PART 6
" Abang ... nak ais krim." Pinta Ira. Kepala yang di sandarkan pada bahu suaminya di angkat. Wajah Fareeq di tenungnya. Senyuman manis di ukirkan. Tiba-tiba je teringin nak makan aiskrim. Fareeq menutup suis tv. Filem Lucy yang di tayangkan masih berbaki setengah.
" Nak pergi sekarang ke?" Soal Fareeq. Pipi Ira diusapnya. Geram ... Semakin tembam pula pipi isterinya ini.
" Hemm ... Boleh ke?" Soal Ira.
" Jom. Abang nak banana split. Huh ... sedap tu ..." Tiba-tiba je fikiran Fareeq terbayangkan keenakan aiskrim yang di makan bersama pisang. Emm... heaven ...
" Gambar tadi?" Soal Ira. Tadi punyalah khusyuk suaminya menonton filem tersebut. Sampaikan telefon berbunyi pun taknak diangkat. Ira menjadi mangsa. Jadi operator tak berbayar ...
" Biar jelah. Nanti ada ulangan." Kata Fareeq. Tangan Ira di tariknya ke bilik. Nak bersiap ke destinasilah tu ...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
" Ehh ... Aunty Has, Aunty Jun, Aunty Farah. Mizan pun ada." Sapa Fareeq. Kebetulan mereka terserempak isteri-isteri Uncle Jamal di situ.
" Fareeq dengan Ira buat apa kat sini?" Soal Aunty Jun. Isteri kedua Uncle Jamal.
" Kami nak makan aiskrim ..." Jawab Fareeq dengan senyuman.
" Reeq ... joinlah kami." Pelawa Mizan. Anak ketiga Uncle Jamal. Abang si Mira.
" Boleh ke? Reeq dengan Ira tak ganggu ke?" Soal Fareeq lagi.
" Mana ada ganggu. Aunty tengah berbincang pasal majlis Mizan next month. Lagipun kamu bukannya orang lain, dah macam keluarga pun." Kata Aunty Has. Kerusi di tarik ke belakang sedikit untuk Ira. Mizan beralih kerusi untuk memberi Fareeq tempatnya.
" Terima kasih, aunty." Ucap Ira. Kemudian dia mencuit Fareeq, mengisyaratkan agar suaminya memesan aiskrim mereka. Tak sabar nak makan aiskrim. Tambahan pula pelanggan di hujung penjuru kedai tersebut tengah asyik menyuapkan banana split. Terliur kot ... Fareeq memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
" Amboi !! Tak menyempat kamu ni ? Ada berita baik ke ?" Soal Aunty Has setelah pelayan tersebut berlalu. Seronok tengok gelagat pasangan di depannya ini. Sweet ...
" Mengidam aunty." Jawab Fareeq dengan senyuman. Mizan menepuk bahunya. Isyarat tahniah ...
" Dah berapa bulan?" Soal Aunty Farah.
" Nak masuk 4 bulan dah." Jawab Ira.
" Mama kamu nak dapat cucu dah. Aunty ni habuk pun tak nampak. Nak harapkan Khairul dengan Haris? Kerja je diaorang nampak ..." Luah Aunty Has. Anak kembarnya itu hanya tahu berkerja saja. Nak bersosial? Hemm ... jauh sekali. Mengorat? Lagilah tak. Tengok perempuan sekali lalu je. Kadang-kadang dia musykil dengan anak-anaknya. Normal ke anak kembarnya itu? Umur dah nak masuk 40 tahun. Tak teringin nak bina masjid ke?
" Alah ... Aunty Has. Nanti diaorang kahwinlah. Lagipun Mizan kan dah nak kahwin. Sampai masanya aunty dapat cuculah. Manalah tahu Mizan kasi cucu triplet dekat aunty ..." Fareeq bersuara. Belakang Mizan di tepuknya perlahan. Mizan hanya tersenyum.
" Yalah, umi ... Nanti Mizan kasi triplet dengan umi. Umi jaga satu. Ibu jaga satu. Mami jaga satu." Pujuk Mizan. Wajah uminya di pandang. Dia mengerti dilema uminya.
" Kakak kamu nak menikahnya bila?" Soal Aunty Jun.
" Mama tak jemput lagi ke?" Soal Fareeq. Aunty Farah mengeleng.
" Kalau begitu saya jemputlah, bagi pihak mama dengan papa. Semua jemput datang hari Jumaat malam. Akad nikah Kak Alia pukul 9 malam lepas Isyak." Kata Fareeq.
" Jumaat minggu ni ke?" Soal Aunty Has.
" Hemm ... keluarga pengantin laki nak cepatkan. Bulan depan baru bersanding." Jawab Fareeq lagi.
" Cepatnya. Baru hari Sabtu lepas Alia bertunang. Minggu ni nak nikah dah." Mizan bersuara.
" Mana tak cepatnya ... Family Tengku Ahmad nak Kak Alia join diaorang pergi umrah. Lagipun Kak Alia bukannya muda lagi nak masuk 35 tahun dah ..." Fareeq memberi laluan kepada pelayan untuk meletakkan mangkuk yang berisi aiskrim itu. Semangkuk aiskrim coklat yang di penuhi strawberi, kacang badam dan sos coklat di suakan kepada Ira. Bersinar mata isterinya itu. Siap tersenyum manis lagi si Ira.
" Aunty semua, Mizan, jemput makan." Pelawa Fareeq. Ira pula telah mencedok aiskrimnya setelah membaca doa.
" Sedap pula aunty tengok Ira makan. Aunty pun nak jugalah. Kak Has nak tak?" Soal Aunty Farah.
" Boleh juga. Jun share dengan akak. Takut kolestrol naik pulak." Kata Aunty Has.
" Kejap Mizan pesankan. Mami nak yang serupa dengan Ira ke? Umi dengan ibu macam biasa?" Soal Mizan. Mereka bertiga mengangguk.
Melalui cerita isteri-isteri Uncle Jamal dulu. Papa Mira telah menceraikan mama mudanya si Kat tu ... Rupa-rupanya Aunty Has, Jun and Farah dah upah penyiasat untuk siasat kegiatan luar madu mereka itu. Ternyata madu mereka itu telah menduakan Uncle Jamal. Patutlah ada khabar-khabar angin bertiup. Jadi, sebagai langkah keselamatan mereka telah mengupah penyiasat persendirian. Kata Aunty Has untuk menjaga air muka keluarga mereka..
++++++++++++++++++++++++++++++
Pejam celik, pejam celik Ira telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Alhamdulilah ... semuanya sihat. Anak perempuan mereka memiliki kombinasi raut wajahnya dan Fareeq. Mata bulat, hidung mancung, pipi tembam, rambut lebat cuma kulit je ikut daddynya ... Tapi taklah secoklat daddynya ... Sedap mata memandang. Fareeq punyalah happy. Asyik sebut anak daddy, anak daddy ... Kadang-kadang cemburu pula Ira di buatnya.
" Comelnya cucu mama. Sara ... Sara ..." Panggil Datin Adawiyah. Mama Ira, Datin Hanani tersenyum. Masing-masing teruja dengan kehadiran cucu pertama keluarga itu. Tubuh si kecil di angkatnya.
" Berapa kilo masa Ira lahirkan Sara?" Soal Datin Adawiyah. Maklumlah dia ketika itu berada di tanah suci mengerjakan haji bersama suaminya. Cepat pula menantunya melahirkan si Sara. Kalau di ikutkan jangkaan, Ira di jangkakan melahirkan Sara selepas mereka pulang dari tanah suci. Mungkin cucunya ini tak sabar melihat dunia. Kini, usia Sarah telah mencecah 13 hari.
" Kecil je, mama. Baru 2.5 kilo. Tapi sekarang dah 3.3 kilo. Cepat sungguh membesar, sekejap-sekejap Ira kena susukan Sara." Kata Ira.
" Patutlah berasa je mama pegang. Kalau ikut daddynya, 4 bulan dah tumbuh gigi. Badan usah cerita, tembam amat. Ketul-ketul ..." Cerita Datin Adawiyah. Pipi Sara di ciumnya.
" Samalah dengan Ira, Kak Ada. Masa 6 bulan, gebu amat. Sampaikan makan air celah-celah pelipat. Masa tu, Nani guna petua mak. Mak kata letak tepung ubi. Nasib baik berkesan." Datin Hanani bersuara.
" Nani tak guna krim?" Soal Datin Adawiyah.
" Guna, Kak Ada. Tapi tak berkesan, kulit si Ira ni sensitif." Kata Datin Hanani lagi. Ira membetulkan duduknya. Segan berbaring di hadapan ibu mertuanya ini. Datin Adawiyah mencium wajah Sara bertalu-talu. Sara yang kerimasan mula merengek. Tangisan mula kedengaran.
" Sara sayang ... Nenek cium sikit saja. Sayang ..." Tutur Datin Adawiyah. Memujuk cucunya. Tiba-tiba muncul kelibat Fareeq di muka pintu.
" Mama cubit anak Reeq ke?" Fareeq bersuara. Sara di pangkuan mamanya di ambil.
" Amboi !! Sepantas kilat dia datang bila dengar Sara menangis. Tapi bila kita panggil responnya lambat. Abang pilih kasih ..." Desis hati Ira. Wajah Fareeq di jelingnya. Fareeq menjuihkan bibirnya. Faham jelingan yang di hantar isterinya.
" Mana ada, mama cium je ... Kan Sara sayang ..." Panggil Datin Adawiyah lagi.
" Anak daddy ... Senyap sayang, nenek cium je ... Sara ..." Pujuk Fareeq. Tetapi Sara masih menangis. Gelabah Fareeq di buatnya.
" Sayang ... Sara nangis ni." Fareeq mendekati Ira. Tubuh si kecil beralih tangan. Ira memerhatikan anak sulung mereka. Macam Fareeq. Mata coklat tu berkaca-kaca.
" Sara Aisyah ... anak mami. Nak susu, ekh?" Ira bersuara sambil jarinya di bawakan ke bibir si kecil. Bibir Sara mengikut gerakan jari Ira. Ira tersenyum. Fareeq telah pun duduk di sebelah Ira. Ira menyusukan anaknya. Fareeq menepuk perlahan peha anaknya. Dodoilah kononnya ...
" Sayang ... thanks." Pipi Ira di ciumnya. Rambut Ira yang terjuntai ke depan di bawa ke belakang telinga. Wajah isterinya di tilik sebelum ciuman di daratkan ke bibir Ira. Terlupa mereka akan kehadiran mama-mama mereka.
" Jomlah, Kak Ada. Kita minum di bawah. Mami dengan daddy Sara nak bermanja tu ..." Perli Datin Hanani. Terkejut Ira dengan kata mamanya itu. Tautan di lepaskan. Memerah wajah Ira di landa malu. Suaminya punya pasal lah ni ... Peha Fareeq di tamparnya. Malu ... Mama-mama mereka terlihat aksi tak senonoh anak menantu ...
" Reeq, jangan nak lebih-lebih. Ira tengah pantang. Kamu pun kena pantang. Ingat !!" Pesan Datin Adawiyah sebelum menutup pintu bilik Ira.
" Dulu bangkang sangat keputusan aku nak jodohkan dia dengan Ira. Alih-alih lekat pun. Bercinta sampai naik geli-geleman menegoknya. Asyik berkepit 24/7 ..." Perli Datin Adawiyah di dalam hati. Dia bersyukur rumahtangga anak-anaknya bahagia ...
" Abang lah ni ... Kan mama dah nampak ..." Ira membulatkan matanya.
" Takde apa yang nak di malukan. Bukannya kita tak pakai baju. Kalau tak pakai baju sekali pun, mama takkan malu punya. Diaorangkan orang lama, banyak pengalaman ..." Selamba je, jawapan si suami. Ira mencubit lengan Fareeq. Gatal ...
Tersenyum Ira dibuatnya. Dulu, encik sado inilah yang di bencinya. Bukannya benci yang membawa dendam tapi benci ala-ala sayang. Yang akhirnya, membuatkannya jatuh cinta berkali-kali dengan encik hubbynya ini. Kalau dulu asyik sebut I hate you, tapi sekarang I LOVE YOU, ENCIK SADO !!! sentiasa meniti di bibirnya. Sungguh dia bahagia dengan pilihan ibu bapanya ini. Sekarang dia pula yang biol macam si suami. Asyik tersenyum je ...
" Sayang ni kenapa senyum sorang-sorang?" Soal Fareeq.
" I love you ..." Ucap Ira. Pipi suaminya di cium.
" I love you too ..." Balas Fareeq. Pipi Ira di ciumnya. Mereka berdua tersenyum manis. Dah serupa orang tersuntik serum happy ... Tegang je pipi, asyik tersenyum ...