I HATE YOU, ENCIK SADO !!!(part 4)

1.8K 25 2
                                    

PART 4
" Fareeq !!!" Jerit Alia. Fareeq yang mendengar suara kakaknya itu segera terjaga. Terkejut dia dengan kehadiran si dia yang melutut di sisinya. Tangan Fareeq dengan automatik menolak tubuh wanita tersebut. Dia bingkas duduk di sofa itu. Wanita yang terjatuh itu tidak di pedulikan. Matanya menikam wajah Ira di belakang Alia.
" Sayang ... abang tak tahu pun bila pompuan ni masuk. Abang tidur tadi, sakit kepala ..." Adu Fareeq. Yelah, takut isterinya salah faham. Padahal, Ira dah tahu pun. Suaminya itu telah menghantar sms tadi. Katanya sakit kepala ... Ketika itu, dia tengah shopping dengan Alia di tingkat bawah. Niat di hati nak lunch bersama encik hubby sebab itulah mereka menapak ke atas. Nak surprisekan si Fareeq kononnya ... Alih-alih ada orang nak ambil kesempatan. Patutlah berdebar-debar jantungnya tadi ...
" Awak isteri Benz ke? Teruknya taste you Benz ... Hebat lagi I dari dia. Setakat budak sekolah macam ni pun you hadap. Apa yang dia ada? Entah nak layan you pun tak pandai ..." Sindir perempuan rambut karat tadi. Bajunya di betulkan, siap tarik leher baju yang sedia luas itu  kebawah lagi. Nak menunjuk lurah dendamnya lah tu ...
" Aku punya lagi cantiklah ..." Sempat lagi otak Ira membandingkan dalam situasi ini.
" So, youlah perempuan murah tu ..." Alia bersuara apabila Ira tidak mengeluarkan kata-kata. Bimbang juga kalau adik iparnya termakan hasutan syaitan ketika melihat aksi tak senonoh perempuan tadi yang seakan-akan nak mencium bibir adiknya itu.
" Sayang ..." Fareeq bangun dari sofa yang dia baring tadi. Dia menghampiri Ira. Risau dengan penerimaan Ira.
" Nanti sekejap, kau pompuan. Ni laki aku, mengata aku tak pandai layan ye ... Aku nak tengok juling tak mata kau kejap lagi ..." Desis hati Ira. Geram ...
" Abang ... Ira faham. Ira percayakan abang ..."
" Tapi ... Abang tak salah ... Abang ..." Fareeq kalut. Kata isterinya tadi tidak dapat di tangkap maksudnya. Yelah, dah risau tahap gaban ... Ira tersenyum. Comel pula suaminya gabra begini. Lantas, leher Fareeq di rangkul sebelum bibir seksi suaminya di jamah. Sesaat, dua saat, tiga saat ... Fareeq membalas kucupan tersebut. Terbuntang mata mereka di situ. Kelat muka perempuan gedik tersebut. Alia mengalih pandangan, dia sembunyi senyum.
" Padan muka kau pompuan ... pergi cabar orang muda. Darah panas beb ... Makan dalamlah kau ...." Kata hati Alia siap senyum tepi lagi. Mana taknya, muka pompuan pengacau tu dah serupa jeruk ...
" Sayang minum coffee ke?" Soal Fareeq. Pipi Ira di usapnya lembut.
" Tak. Ira just minum a sip je, mocha Along tadi." Jawab Ira. Dia tahu suaminya risau akan pemakanannya lebih-lebih lagi sejak berbadan dua ni ... Macam-macam pantang larang nak kena ikut ... Kalau tak mulalah encik hubby membebel ...
" Korang sudah-sudah le, bercintanya .... Nanti sambung kat rumah. Kita in the middle of problems sekarang. So, focus please ..." Alia bersuara.
" Ehem ... macam yang Along nampak tadi, dia yang terkam Reeq. Reeq ..." Kata-kata Fareeq putus apabila Fika muncul di muka pintu bersama sahabatnya, Mira.
" Abang Fareeq, Fika ada bawa kawan. Fika dapat komisen tak?" Soal Fika teruja. Terkejut dia apabila melihat ramai orang di dalam pejabat suami rakannya itu. Nampak macam serius je ...
" Ira, aku salah timing ke? Aku bawa Mira tunggu kat luar dulu." Kata Fika. Dia mahu melangkah keluar bilik tersebut.
" Ehh ... mama muda buat apa kat sini? Mama muda pun ahli gim ni ke?" Soal Mira apabila dia ternampak kelibat isteri keempat papanya itu setelah Fika beralih tempat tadi.
" Mira kenal ke perempuan ni?" Soal Alia. Mira mengangguk. Alia kenal anak rakan papanya itu.
" Mama muda, isteri papa nombor 4. Umur 30 tahun. Diploma Marketing from Segi. Anak last dalam family. Kak Alia nak tahu? Sebab mama muda lah, umi Mira lari ke Perak. Papa tipu umi. Umi tahu pun after a year papa kahwin. Habis semua isteri papa marahkan papa sebab papa cakap banyak kerja, rupanya kerja dengan mama muda. Umi, ibu dengan mami boikot papa 2 months. " Jawab Mira. Siap segala details lagi. Alia tersenyum.
" Ligat juga papa si Mira ni. Isteri 4 orang kot ..." Desis hati Fika.
" Isteri orang rupanya? Ada hati nak goda laki aku. Kejap kau, tahulah aku nak kenakan kau. Apa kau ingat aku budak sekolah ..." Kata hati Ira. Geram dengan niat perempuan rambut karat tu masih belum reda.
" You isteri Uncle Jamal? Kecilnya dunia ..." Fareeq tersenyum sinis. Bertambah gelisah si rambut karat itu.
" Mira, aku nak kau telefon papa kau. Suruh dia datang sini. Cakap isteri muda dia buat hal." Arah Ira. Kakinya di angkat sedikit, terasa kejang pula betisnya. Fareeq yang perasan keadaan isterinya lantas mengambil kerusinya untuk Ira.
" Apahal Ira?" Soal Mira sambil mencari telefonnya di dalam beg tangan. Telefon Samsung S5 di keluarkannya.
" Mama muda kau buat hal dengan suami aku. Dia nak goda hubby aku ni ... Nasib baik aku dengan Along cepat sampai. Kalau tak di rogolnya hubby aku ni ..." Ira bersuara. Matanya menjeling suaminya di sebalik meja. Fareeq menjegilkan mata sambil membawa kerusi untuk Ira. Ada pula perempuan rogol lelaki ....
" Sayang ..." Fareeq menegur.
" Ada ke perempuan rogol laki?" Fika berfikir. Siap memandang ke atas siling lagi. Mira pula menelefon papanya. Alia mengekori Mira ke luar dari pejabat tersebut. Fareeq pula menutup pintu pejabatnya. Takut pesalahnya lolos pula.
" Benz lepaskan aku, please ..." Rayu si gedik . Namanya Kat ...
" Kuasa untuk lepaskan kau bukan kat tangan aku. Tapi kat tangan suami kau, merangkap uncle yang aku kenal sejak kecil lagi. Dah berapa lama kau buat kerja ni? Aku percaya ni bukan hal pertama yang kau cipta. Dah berapa banyak mangsa sebelum aku? Tak cukup ke dengan apa yang uncle bagi?" Riak wajah Fareeq berubah. Jelas terpancar kemarahan di wajahnya. Ira menelan liur takut dengan suara Fareeq sudah bertukar ton. Ira menggamit Fika supaya berdiri di sebelahnya.
" Lepaskan aku, please ..." Rayu Kat lagi.
" No. Aku cukup pantang perempuan curang. Lagipun, aku kenal Uncle Jamal. Aku tak boleh biarkan perkara ni. Sebabnya aku kenal isteri-isteri uncle yang lain. Semuanya baik-baik kecuali kau." Fareeq bersuara lagi. Sempat wajah isterinya di kerling. Tangan Ira di lihat sedang mengurut betisnya.
" Fika, duduk di sofa. Jaga dia, jangan kasi lolos." Arah Fareeq sambil melangkah ke mejanya sebelum kerusi di tarik mendekati isterinya. Fika pula sudah duduk di sisi Kat.
" You tak faham? I perlukan ..." Kat masih nak bersuara. Geram dengan perhatian yang di berikan Fareeq terhadap Ira. Fareeq menjegilkan matanya. Terus kata-kata Kat terputus.
" Aku tak peduli apa yang kau perlukan. Kau ada suami. Bincanglah dengan dia ..." Sindir Fareeq.
" Agaknya begini kot si Kat ni menagih simpati dengan lelaki lain ..." Omel hati Ira.
" Lenguh ke?" Soal Fareeq. Ira mengangguk. Kaki Ira diangkat ke ribanya kemudian betis isterinya itu di urut perlahan. Fika tersenyum. Ira pula yang malu dengan Fika. Mana taknya, encik suami buat selamba badak je buat sesi memanjakan dirinya ...
" Sweetnya ... Aku pun nak cari Encik Sado jugaklah ... Susah-susah sangat, aku suruh Abang Fareeq tolong rekomenkan." Desis hati Fika. Siap telentok lagi di bahu Kat. Terpinga-pinga Kat di buatnya. Wajah Kat dalam tanda tanya. Tak lama ... sebabnya Mira dengan Alia masuk ke dalam pejabat dengan beberapa orang termasuklah Uncle Jamal. Kat menelan liurnya apabila terpandangkan wajah kelat Dato Jamal yang makin memerah menahan amarah.

Koleksi CerpenWhere stories live. Discover now