I HATE YOU, ENCIK SADO !!!(part 5)

1.7K 26 1
                                    

PART 5
" Papa nak Reeq berhenti jaga gim tu." Arah Dato Bahari. Terkejut Fareeq di buatnya. Nasib baik dah selesai makan.
" Papa ... Reeq sayangkan gim tu ..." Fareeq bersuara. Giliran Ira pula yang terkejut. Amboi!! Lembutnya bahasa. Suami aku ni bermanja dengan papa ke?
" Papa dah buat offer letter untuk Reeq. Minggu depan masuk kerja as GM assistance . Papa nak Reeq belajar dari bawah." Datin Adawiyah hanya tersenyum mendengar arahan suaminya. Muka Fareeq pula usah cerita, dah mencuka.
" Habis gim Reeq macam mana? Takkan nak tutup pula? Customers dah banyak ..." Luah Fareeq. Alia turut tersenyum siap tumbs up lagi. Fareeq menjeling kakaknya itu.
" Pasal tu papa dah uruskan. Nanti si Umar anak makngah kamu yang uruskan. Biar dia jadi keras sikit. Makngah kamu minta tolong papa suruh keraskan balik anak lelakinya tu. Dah serupa obor-obor kata makngah kamu." Tutur Dato Bahari. Alia pula sudah tergelak kuat bila papanya meliuk lentokkan tangan. Dah serupa Usup Wilcha dalam gambar Kak Limah tu ...
" Tapi papa ..." Fareeq masih tidak berpuas hati.
" Sayang mama ... listen to your papa. Lagipun, kamu dah nak jadi bapa orang. Kamu bukannya bujang lagi macam dulu-dulu. Mama nak kamu lebih bertanggungjawab. Ingat !! kamu dah berdua nak masuk bertiga sudah. Esok-esok dah berempat, berlima lagi ..." Datin Adawiyah pula bersuara.
" Mama ..." Fareeq seperti merengek pula.
" Reeq ... Kamu tak kesian ke dengan Ira? Emosi dia boleh terganggu kalau kamu masih berdegil nak uruskan gim tu. Hari tu, di goda isteri muda Uncle Jamal. Esok-esok di ganggu perempuan tak senonoh mana lagi ... Kamu nak Ira terbeban ke? Dah lah isteri kamu ni masih belajar." Datin Adawiyah mengusap lengan Fareeq. Nak menenangkan anaknya kot ..
" Betul kata mama kamu tu. Papa nak kamu bersedia gantikan papa. Papa nak bersara. Papa nak pergi honeymoon dengan mama kamu pulak. Untung-untung kamu dapat adik ..." Kata Dato Bahari. Datin Adawiyah menampar lengan suaminya itu. Ada ke patut di usiknya orang di depan menantu ...
" Apa papa merepek ni? Ada dah 50 tahun, mana boleh beranak dah ..." Perlahan tutur Datin Adawiyah. Malu dengan Ira . Alia tertawa lagi.
" Gelakkan mama pula. Patutnya kita kahwinkan Alia ni. Boleh juga tambah cucu ..." Tambah Datin Adawiyah lagi.
" Mama ..." Alia bersuara. Dia tidak suka bila soal kahwin di bangkitkan. Memori lama masih menghantuinya.
" Pasal tu, Reeq dah ada calonnya. Reeq rasa Along mesti setuju." Celah Fareeq.
" Siapa?" Soal Alia serentak dengan mama dan papanya. Teruja ...
" Senior Reeq masa kat Cardiff dulu. Reeq jumpa dia balik masa nak jemput Ira kat U. Bujang, tak kahwin lagi. Along mesti kenal satu batch dengan along dulu. Tapi course je lain. Dia ambik engineering. Siap tanya pasal along lagi. Korek punya korek, dia pun cerita. Dia dah lama minat along. Along je tak nampak. Mana nak nampak, bila dah mabuk cinta dengan Jeff playboy tu ..." Perli Fareeq. Alia waktu bercinta sangat agresif, sampaikan ugut mama dengan papa suruh setuju dengan pilihan hatinya. Kalau tak, nak kahwin lari. Alih-alih si tunang buat hal. Frust menonggenglah jawabnya ...
" Dr Tengku ke?" Soal Ira. Dia tebak je, sebabnya dah banyak kali si suami bertemu dengan pensyarah tersebut. Fareeq mengangguk. Alia membulatkan matanya.
" Tengku Asfar Kasyaf ? Si nerdy tu ?" Alia menyoal. Fareeq hanya tersenyum.
         ++++++++++++++++++++++++++++++
    Alia gelisah apabila terkenangkan peristiwa seminggu yang lalu. Buat pertama kalinya dia bersua muka dengan si peminat rahsianya. Si nerdy yang menaruh hati padanya dalam diam. Hampir saja dia malukan dirinya sendiri. Apa tidaknya tertenung anak teruna orang. Nasib baiklah ada Ira yang mencuitnya. Kalau parents si nerdy tu nampak mahu di rejectnya aku. Yang gelabahnya, dah sampai tahap giga sebab inilah. Hari ini merupakan majlis pertunangannya dengan si nerdy. Minggu depan pula majlis nikahnya. Cepatkan ? Mahunya tidak, si nerdy cakap dah lama dia tunggu tuan puterinya. Papa pula setuju je, katanya takut si bunga expired ... Apalah papa ni, ingat orang makanan tin ke? Si nerdy tak menjawab pun, dia tersenyum memanjang ... 
" Along !! Ira cakap dia berangan pulak? Family doktor dah sampai ..." Laung Ira dari muka pintu.
" Hah !!" Giliran Alia pula terpekik.
" Keluarga bakal mertua along dah sampai. Mama suruh turun." Ulang Ira. Dia mahu lekas turun. Sejak jadi mak buyung ni, asyik nak melekat je dengan encik hubby. Rasa tak tenteram kalau Fareeq takde di sisinya.
" Kejap." Jawab Alia. Tangannya membetulkan baju di tubuh sambil penampilannya di tilik pada cermin tersebut.
" Korang, nanti iring along turun bawah. Suruh along duduk atas pelamin tu, korang duduk kiri kanan step pertama. Step kedua kosongkan." Ira bersuara lagi.
" Baik, Kak Ira. Ju dengan Hani bawakan along nanti." Jawab Juwita. Nasib baik ada budak berdua tu, anak makngah. Adik-adik si Umar ... Nak harapkannya? Naik tangga ni pun dah semput ...
               +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
" Assalamualaikum ... Awak cuti bila?" Soal si nerdy di talian. Sejak jadi tunangan orang ni, asyik tersenyum je ....
" Waalaikumusalam ... Saya dah cuti pun. Mama kata banyak benda nak buat." Jawab Alia malu-malu. Kenapalah aku malu dengan si nerdy ni ... Dulu dengan Jeff poyo tu, tak pula nak malu bagai ....
" Ye ? Abang nak bawa awak ke butik. Mami suruh fitting baju akad."
" Mami ada beritahu. Bila tu? Sebab Alia ada appointment." Kata Alia. Berdebar je rasa ... Mesti si nerdy tengah senyum yang boleh menggugat iman ni ... Sempat Alia berangan.
" Pukul 2 petang esok abang jemput Alia. Appointment apa?" Soal Kasyaf.
" Tak penting pun. Mama suruh Alia pergi spa. Kata mama biar berseri atas pelamin ..." Tulus jawapan Alia kepada tunangnya.
" Untuk abang lah tu ..." Ucap Kasyaf. Alia terasa wajahnya membahang. Pandai pula si nerdy mengusiknya. Alia membisu.
" Alia ... abang happy sangat. Tak sabar abang nak jadi suami sayang. Berbaloi penantian abang selama ni. Alia tahu, lepas mami suarakan hasratnya nak abang kahwin. Abang gelisah, nasib baik abang tak suruh mami tolong carikan. Malam tu, abang solat istikharah buat sekian kalinya. Jawapannya still sayang. Abang asyik ternampak senyum sayang. Muka tak nampak pulak. Tapi ... abang tahu tu, senyum sayang. Esoknya, abang pergi main campus ada kelas. Tup-tup terjumpa Fareeq. Sayang ... berapa hari lagi ye, hari kita ? Rasa sesak je dada abang ni..." Luah Kasyaf. Alia tergamam.
" Dia panggil aku apa? Sayang ? Kenapa lain sangat bunyinya? Kenapa hati aku rasa something?" Desis hati Alia. Air matanya menitis.
" Sabarlah, abang. Just few days lagi je ..." Tanpa sedar Alia memanggil Kasyaf dengan panggilan abang. Kasyaf di hujung talian tersenyum manis. Rasa berbunga je hatinya ...

Koleksi CerpenWhere stories live. Discover now