HAH !! KAU KAHWIN DUDA ??

4.7K 65 1
                                    

" Comelnya ... anak siapa ni , mak ?" Soal Aufa dengan teruja . Patutlah terasa nak balik awal dari universiti . Rupa-rupanya ada tetamu . Si kecil tersebut di pangkunya . Suka benar dengan budak-budak ...
" Anak kawan Abang An . Dia baru pindah ke sini , sebelum ni duduk KL ." Terang Puan Aishah . Tersenyum dia melihat sikap Aufa itu .
" Habis tu mana mak bapa baby ni ? Tak kanlah depa tinggal baby ni kat sini sorang-sorang?" Kritik Aufa . Apa punya parents la ...
" Abang An bawa pergi cari rumah sewa . Aufa suka dengan Audadi , ka ?" Soal Puan Aishah. Mudah mesra pula Audadi dengan anaknya Aufa . Asyik tersenyum memanjang ..
" Mak tahu kan , Aufa memang suka budak-budak . Sweetnya ... dia . Nama dia Audadi ka , mak ?" Aufa bertanya . Puan Aishah mengangguk .
" Baguslah macam tu . Start esok mak mengasuh Audadi ni . Kesian pula mak tengok Adam terumbang-ambing sorang diri uruskan semua . Dahlah bini dia tak dak ." Jelas Puan Aishah .
" Awat bini dia tak dak ? Pi mana ? Lari ka , mak ?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Aufa . Curious ...
" Bini dia dah meninggal . Baru sebulan pi . Si Audadi ni pun baru sebulan umur dia . Sepatutnya Adam daftar diri kat USM 2 minggu lepas . Tapi dah jadi macam ni , dia minta tangguh mengajar dulu ." Panjang lebar penjelasan Puan Aishah .
" Innalillahiwainnahilaihirojiun ... Jadi , Audadi ni baru sebulan ? Tapi kepala dia keras ja , senang nak angkat . Selalunya bukan ka baby lembik lagi ?" Aufa menyuarakan kemusykilannya .
" Arwah mak dia makan banyak susu kot masa mengandungkan dia ." Selamba ja Puan Aishah menjawab .
" Kesiannya dia ... Biar Aufa ja yang jadi mummy dia ." Aufa berseloroh . Sengaja mahu menyakat Puan Aishah .
" Eloklah macam tu , mak berkenan dengan si Adam tu . Rupa ada kerja pun bagus , anak yatim pulak tu . Nanti raya senang , balik sini ja . Tak payah berebut nak balik kampung sapa dulu ." Puan Aishah bersuara . Aufa terkejut , dia hanya bergurau .
" Mak , Aufa saja kata lagu tu . Aufa muda lagi . Mak ni serious sangat ..." Aufa berkata . Peha si kecil di tepuk perlahan .
" Tak salah kalau nak kahwin muda . Mak dulu pun kahwin awal , sweet 17 lagi . Setahun lepas tu dapat Abang An , 5 tahun lepas tu dapat Abang Uz . Tengok sekarang mak muda lagi, tapi anak semua dah besar-besar ."
" Mak ni ... tak kan Aufa nak kahwin dengan kawan Abang An , kot . Abang An dah 34 tahun , kawan dia mesti sama umur . Tua kot ... Aufa baru 22 , lebih dari 10 tahun beza ." Aufa memberi alasan . Si Audadi telah selamat beradu .
" Tua sikit ja . Yang penting dia baik . Aufa tengoklah dulu Adam tu , kot-kot berkenan . Handsome macam ayah dulu-dulu . Macam pelakon sinetron pun ada . Mak gerenti nanti anak-anak Aufa segak . Tengok Audadi tu , comei ja ..." Bersungguh-sungguh Puan Aishah memuji Adam . Entah siapa gerangannya si Adam tu ..
" Kenapa mak kalut sangat ni ?" Aufa bertanya . Pelik dengan promosi yang di lakukan oleh Puan Aishah tadi .
" Mak janji dengan Adam nak carikan dia calon isteri baru , tadi . Adam cakap yang penting perempuan tu , sayangkan Audadi macam anak dia sendiri . Adam tak mau nanti jadi macam dalam tv tu ... Kena dera ... Masa janji tadi tak terfikir pula . Sekarang baru mak terfikir , nak cari calon kat mana ?" Puan Aishah bertutur .
" Patutlah ... Pandai sangat janji , tadi . Mak ... dah jangan pening kepala . Kalau ada jodoh jumpa la .. Nanti mak pi masjid , try tanya kawan-kawan mak tu ... Aufa naik atas dulu . Nak mandi , Asar pun tak sembahyang lagi ." Aufa bersuara sebelum meletakkan Audadi di atas tilam kecil tersebut .
                                +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
" Jemput makan , Adam . Lauk biasa-biasa ja ." Pelawa Puan Aishah .
" Ni , pun dah cukup makcik , pakcik . Dah lama saya tak makan masakan di rumah . Asyik makan kedai je ." Adam berbahasa .
" Makan , Adam . Rezeki jangan di tolak ." Pelawa Encik Firdaus pula .
" Jangan malu-malu , bro . Mak aku masak sedap tau ? Rugi kalau makan sikit ..." Farhan pula mempelawa rakannya itu .
" Terima kasih , makcik tolong jagakan Audadi . Kalau tak kelam-kabut juga saya nak cari pengasuh ."
" Tak pa . Lagipun cucu-cucu makcik jauh nun kat Pantai Timur tu . Boleh juga makcik tumpang bermanja dengan Audadi ." Ramah sekali Puan Aishah berborak .
                     +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
" Adam , ni adik aku . Aufa . Dia ni student USM ." Farhan memperkenalkan Aufa kepada Adam . Aufa pula sedang meriba Audadi yang tengah menyusu botol .
" Aufa ambil course apa ?" Tanya Adam .
" Mass Comm . Abang Adam mengajar under falkuti mana ?" Aufa pula menyoal . Leka dia memandang seraut wajah tersebut . Segak ... Macam Jack dalam cerita sinetron Berlian tu ..
" Samalah , kita . Abang gantikan Prof Madya Zulkifli . Semua kelas dia , abang ambil ." Terang Adam .
" Owh .. jadi nanti Abang Adam mengajar Aufa lah . Patutla Prof cakap nanti ada yang ganti , sebab dia dapat tawaran mengajar kat Perth ."
" Ha .. baguslah . Nanti hang boleh bagi extra marks dekat Aufa . Lagi satu , kalau Aufa ni duk mengatai dengan budak laki ... hang report kat aku ." Farhan bersuara . Dia sengaja mahu mengusik adik bongsunya . Aufa menjeling .
" Abang An , jahat . Mana ada Aufa pi mengatai . Ayah ... tengok Abang An ni ..." Aufa mengadu dengan Encik Firdaus .
" Sayang ooi ... mak dengan ayah dah lama tengok Abang An ni .. Dari kecik sampailah dah jadi bapak budak ." Puan Aishah berseloroh . Aufa mencebik . Geram ... Lantas dia bingkas bangun dari duduknya . Audadi turut di bawanya .
" Aufa naik dulu . Abang Adam , Aufa pinjam Audadi . Audadi ... say good night to daddy ." Aufa membongkok sedikit , bibir Audadi di dekatkan dengan pipi Adam . Kedua-dua belah pipi Adam di sentuh bibir Audadi . Kemudian Aufa menapak ke atas .
" Biarlah Audadi tidur dengan Aufa , Adam . Jangan risau . Aufa tu dulu pernah jaga nursery , masa tengah tunggu result SPM ." Encik Firdaus bersuara apabila terpandangkan raut gelisah di wajah Adam .
" Takpe ke pakcik ? Nanti menyusahkan Aufa pula ..." Adam bertanya .
" Tak dak susahnya . Esok kelas Aufa pukul 11 . Yang penting Adam tu , esok baru start kerja. Pi tidur awal . First impression tu penting ..." Tutur Encik Firdaus . 
                            +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
" Awat , Abang Adam tu ? Macam tak kenal aku ja ? Ka dia tak perasan ?" Desis hati Aufa .
" Woi , hang pun dah jatuh hati dengan lecturer baru tu . Parah . Ya Allah selamatkanlah kawan-kawan aku . Amin ." Faiza berseloroh . Di sikunya lengan Aufa .
" Mana ada . Aku ..." Aufa tak jadi membocorkan rahsia .
" Hang apa ?" Tanya Faiza lagi .
" Handsome kan Doktor Adam tu .. Agak-agak dia dah kahwin ke ?" Soal Liza pula .
" Bangga aku kalau dia jadi bf aku ." Tutur Zana .
" Hang jangan duk gatai Zana . Hang tu dah ada encik tunang ." Faiza mengingatkan Zana .
" Sudahlah korang . Jom , makan . Satgi kelas Doktor Zafran pula ." Aufa berbicara .
" Hah ... cakap pasal Doktor Zafran . Aku rasa dia suka dekat kau lah Aufa ."    Liza berkata.
" Aku pun rasa macam tu jugak ." Faiza menyampuk .
" Suka ka , tak suka ka . Aku no longer available ." Tiba-tiba je ayat tersebut terkeluar dari mulut Aufa .
" Hah !!" Riuh café tersebut dengan suara mereka . Faiza mengangkat tangan tanda memohon maaf kepada tetamu yang lain . Rakan-rakannya memandangnya .
" Aku gurau jelah ..." Aufa tersenyum manis .
                             +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
" Adam , dah siap ka rumah kamu tu ?" Soal Puan Aishah .
" Dah , saya rasa hujung minggu ni nak pindah sana . Saya beli yang perlu je . Katil , sofa , peti ais dengan mesin basuh . Tv tak beli pun , makcik . Pagi-pagi saya hantar Audadi ke sini." Adam mengkhabarkan perancangannya kepada Puan Aishah . Tak elok dia berlama di rumah Encik Firdaus . Kesian Puan Aishah dengan Aufa terpaksa bertudung 24/7 .
" Rumahnya di mana , Adam ?" Soal Encik Firdaus pula .
" Dekat dengan U , pakcik . Taman Ashley Green ." Audadi di pangkunya terkebil-kebil memandangnya . Senyuman di ukirkan buat puterinya , pipi gebu itu di cuitnya .
" Nanti pakcik dan makcik ikut kamu ke sana . Tolong kamu kemas-kemas apa yang patut ." Ujar Encik Firdaus . Kesian dengan nasib si Adam .
" Boleh je , pakcik . Tapi tak payah susah-susah tolong kemas . Tadi saya panggil tukang cuci, dah bersih dah rumah . Makcik , malam nanti saya ingat nak bawa makcik tolong pilihkan dapur . Boleh tak ?" Pinta Adam .
" La ... makcik dengan pakcik ... Adam bawa Aufa , ja . Makcik dengan pakcik ada majlis di masjid . Hari ni Ustaz Don ceramah . Aufa , bab membeli ni memang pandai . Adam cakap ja nak macam mana , nanti Aufa pilihkan ." Tutur Puan Aishah .
" Tapi makcik , nanti apa pula orang kata ? Saya jalan dengan anak dara ..." Adam merendah diri . Dia sedar statusnya sekarang . Adam tak mahu orang memandangnya serong .
" Bukan kamu berdua tapi bertiga . Audadi kan ada ." Encik Firdaus bersuara .
" Pakcik izinkan ?" Tanya Adam .
" Pergilah , pakcik percayakan Adam . Lagipun pakcik tak risau , Aufa tu pakcik dah hantar ke kelas taekwando dari kecik . Dia ada black belt tu ... Nampak je lembut ."
" Black belt ? Samalah pulak . Saya pun ada black belt , pakcik ." Adam berkata sambil melayan Audadi yang tergawang-gawang tangannya . Nak minta di angkatlah tu ...
" Baguslah tu . Nanti makcik habaq kat Aufa ." Puan Aishah memandang Aufa yang sedang menatang dulang untuk minum petang . Adam turut memerhatikan Aufa .
" Tak sangka budak ni ada black belt . Nampak lembut je ..." Desis hati Adam . Audadi yang di pangkunya mula merengek . Lenguh kot asyik berbaring je ...
" Audadi ... meh mummy dukung ." Aufa mengambil Audadi dari pangkuan Adam . Adam tergamam mendengar Aufa membahasakan dirinya sebagai mummy . Audadi pula senyum sebaik sahaja Aufa mengangkatnya .
" Mummy ?" Terbit perkataan itu dari mulut Adam .
" Sorry . Abang Adam tak suka ke , Aufa bahasakan diri begitu ?" Aufa gugup . Terlepas kata pulak ...
" Abang tak kisah . Takut bf Aufa pula yang jealous . Nanti gaduh pulak ." Kata Adam berikutan terlihat Aufa bersama seorang lelaki di hadapan library .
" Aufa mana ada bf . Ni mesti Abang Adam nampak Aufa dengan Jeff . Jeff tu dah bertunang dengan si Zana , kawan Aufa . Tadi dia kirim barang untuk Zana ." Terang Aufa . Audadi pula menarik manik-manik di tudung Aufa .
" Aufa satgi temankan Adam pi beli dapur . Mak dengan ayah ada ceramah dekat masjid ." Arah Puan Aishah .
" Baik , mak . Lagipun Aufa nak pi Borders nak cari buku sikit . Boleh tak , Abang Adam ?" Aufa bertanya . Audadi di halakan ke depan .
" Buku apa ?" Soal Adam .
" Buku yang Abang Adam suruh beli 2 hari lepas ."
" Tak payah beli . Nanti fotostat je buku abang . Jimat ." Tutur Adam . Kaki Audadi di cuitnya .
" Pi nanti jangan lupa beli perkakas baru si Audadi ni . Baju dah kecik ... Susu pun beli jugak." Puan Aishah bersuara .
" Apa lagi nak kena beli , mak ?" Soal Aufa .
" Satgi Aufa check beg Audadi . Apa yang kurang beli siap-siap ." Pesan Puan Aishah .
" Baik , Maktok ." Aufa melambaikan tangan Audadi .
                              ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
" Aufa , kita nak beli dapur apa ?" Soal Adam kepada Aufa yang sedang membelek-belek dapur . Adam pula sedang menolak stroller . Puterinya Thifal Audadi sedang nyenyak tidur .
" Abang Adam nak dapur gas ke elektrik ?" Aufa bertanya .
" Abang rasa elektrik mudah sikit . Bila-bila nak guna pun boleh . Kalau gas , nanti gas habis nak kena call orang hantar gas pulak ." Adam memberi penerangan . Aufa pula beralih ke arah dapur elektrik .
" Ok , senang sikit kerja Aufa nak pilih . Aufa berkenan yang ni , design dia cantik . Kita ambik colour hitam . Abang Adam suka tak ?" Aufa menunjukkan model LG tersebut , ada corak bunga-bunga lagi .
" Cantik juga . Abang suka . Kita ambil yang ni . Adik , saya nak yang ni ." Adam memberitahu jurujual yang mengekori mereka sejak dari tadi .
" Nak beli apa lagi , Abang Adam ?" Aufa menyoal sambil tunduk melihat Audadi yang sedang bergerak-gerak . Audadi mula merengek .
" Kita beli periuk nasi dengan kettle . Frying pan and pots tak nampak pulak ." Adam bersuara sambil meninjau kedai elektrik tersebut . Aufa mendukung Audadi .
" Yang tu kita beli dekat Jusco . Lagipun kita nak beli barang Audadi ." Aufa berkata . Audadi di sandarkan ke dadanya .
" Jom , pilih periuk nasi pulak ." Pelawa Adam . Audadi di pandang . Mesra sungguh dengan Aufa .
" Abang suka yang ni . Nak beli yang kecik ke besar ?" Soal Adam .
" Aufa rasa better yang sedang . Ambik colour putih , kalau ada semut senang nampak . Panasonic ke Elba ?"
" Its up to you . Anak daddy ... Meh sini , kesian mummy ." Adam mahu mengambil Audadi .
" Lapar ke sayang ?" Aufa bersuara . Jarinya di bawa ke mulut Audadi . Ternyata Audadi kelaparan . Kerap pula dia menyusu , nak membesarlah katakan ... Adam mengerti , dia mengambil botol susu dari dalam beg .
" Nah susu . Aufa nak bagi ke abang je ?" Tanya Adam .
" Biar Aufa ja . Abang Adam pi uruskan semua . Kettle abang pilih sendiri . Aufa duduk kat sofa tu kejap ."
" Baik , mem ." Kata Adam dengan senyuman . Pipi Audadi diciumnya . Keadaan Adam yang mendekatinya , mendatangkan debaran di dada . Bau minyak wangi Adam melekat di hidungnya .
" Mummy nak juga ke ?" Adam mengusik .
" Err ..." Tergamam Aufa dengan pertanyaan Adam .
" Abang gurau jelah ... Tunggu di situ . Nanti abang datang ." Adam bersuara sebelum berlalu .
" Ya Allah , duda ni nak menggatal ke ? Meremang bulu roma aku ." Desis hati Aufa . Dia melangkah ke sofa berdekat dengan stroller yang di parkingkan Adam tadi .
                                  +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Sudah 4 bulan Adam tinggal di rumah sewanya . Baru-baru ini dia terpaksa menghadiri seminar selama 3 hari . Audadi di tinggalkan bersama Puan Aishah dan keluarga . Kini dia dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dari Pahang . Sempat dia memikirkan masa depannya dan Audadi . Seminggu yang lalu Puan Aishah telah memperkenalkan dia dengan seorang wanita . Haruskah dia mempertimbangkan keputusannya untuk beristeri lagi ?
" Yana ... abang tak tahu nak buat keputusan ? Kalau abang tak kahwin , kesian Audadi tak dapat kasih sayang seorang ibu . Abang rasa abang tak mampu cintakan orang lain selain Yana . Please help me , sayang ..." Luah Adam seorang diri di dalam kereta . Sekali tengok dah macam orang tak betul bercakap sorang-sorang . Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi . Adam melihat nama si pemanggil yang terpapar di skrin telefonnya .
" Assalamualaikum . Abang Adam , sampai kat mana dah ?" Soal Aufa .
" Waalaikumusalam . Dah sampai tol Juru . Ada apa Aufa ?"
" Aufa nak bawa Audadi ke hospital . Hari ni kan Audadi kena injection ." Terang Aufa .
" Ya Allah . Abang lupa . Aufa , tunggu abang . Nanti kita pergi sama-sama ." Adam berkata .
" Ok , lagipun 1 hour lagi appointmentnya . Aufa nak suap Audadi makan dulu . Bye ."
" Bye ." Talian di matikan Adam .
                         ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Usai mendapatkan suntikan buat Audadi mereka singgah di restoren masakan Thai . Mereka menjamu selera sambil bercerita . Audadi pula sudah terlentok di dalam stoller .
" Abang Adam . Aufa nak tanya personal question , boleh ?"
" Tanyalah , kalau mampu abang jawab . If not , I better be silent ." Kata Adam dengan senyuman .
" Abang Adam serious ke dengan anak Makcik Bedah , tu ?"
" Maksud Aufa , Kak Qai ke ?" Soal Adam pula .
" Hemm ..." Aufa meneruskan suapannya .
" Entah ... I don't have any feeling towards her . Apa yang abang nampak sekarang , abang perlukan seorang ibu buat Audadi . Apa pendapat Aufa tentang Kak Qai ? Boleh ke dia jadi ibu yang baik buat Audadi ?"  Adam bertanya .
" Aufa tak tau nak habaq lagu mana . Tapi Aufa tak berkenan sangat dengan Kak Qai tu ..."
" Kenapa ? Aufa jealous ke dia dengan abang ?" Adam menarik senyum lebar . Sekadar bergurau dengan Aufa . Aufa menjeling Adam .
" Mana ada jealous ... Kalau Abang Adam nak kahwin dengan dia pun Aufa tak kisah . Tapi biarlah Audadi dengan kami . Aufa rasa tak yakin kalau Kak Qai yang jaga . Mungkin Aufa dah sayangkan Audadi . Kalau lama sikit tak jumpa , asyik teringat je ... Kadang- kadang rasa sebak , alih-alih air mata dah meleleh ..." Jujur bicara Aufa . Adam terkejut .
" Ya Allah , sayang sungguh Aufa dengan Audadi . Audadi pun sama , sampaikan nak tidur mesti kena selimut dengan tudung Aufa ." Desis hati Adam , dia mengelamun sejenak . Nasib baik Puan Aishah memberikannya tudung Aufa . Ini adalah rahsia mereka berdua . Sehingga kini Aufa masih tidak tahu yang tudungnya sebenarnya tidak hilang tetapi di berikan Puan Aishah kepada Adam .
" Abang Adam !! Aufa cakap dia boleh berangan pulak . Tahulah tak sabar nak kahwin ..."
" Sorry ... abang tertengok something ..." Perlahan tutur Adam .
" Abang Adam , it sound like scary thing . Don't tell me , abang boleh nampak aktiviti paranormal ." Aufa mula cuak . Padahal Adam ternampak kelibat seseorang yang di kenalinya. Tertawa kecil Adam dengan raut wajah Aufa .
" Tak sangka Aufa penakut , padahal ada black belt ." Tutur Adam .
" Ada sungguh ke benda tu , Abang Adam ?" Tanya Aufa . Adam yang mahu meneruskan usikannya hanya mengangguk . Tiba-tiba Aufa duduk bertinggung . Audadi didekatinya . Ayat Kursi dibacanya sebelum menghembus Audadi yang sedang lena itu . Tergamam Adam .
" Kenapa tengok macam tu ? Aufa baca Ayat Kursi untuk Audadi je ..." Aufa kembali duduk di kerusi , dia meneruskan suapan . Adam terharu .
" Abang rasa abang dah jumpa ibu untuk Audadi ." Adam bersuara . Aufa di perhatikannya .
" Gelojoh betul Abang Adam ni , tahulah tak sabar nak kahwin dengan Kak Qai ." Aufa tersenyum .
" Abang nak kahwin dengan orang yang sayangkan Audadi . Yang pentingkan Audadi and most important thing is Audadi suka orang tu ..." Kata Adam dengan pandangan yang masih tertancap pada wajah Aufa .
" Hish ... Abang Adam ni . Awat tengok macam tu ? Dah serupa orang miang .. Memang Abang Adam ni wajib kahwin dah ... Tak pa nanti Aufa suruh mak cepatkan proses pinang Kak Qai ." Selamba je tutur Aufa . Adam tertawa kecil .
" Betul Aufa tak dapat tangkap maksud abang ? Ke Aufa malu ?" Soal Adam sambil memerhatikan gelagat merpati dua sejoli di hadapannya .
" Aufa faham . Aufa rasa Kak Qai pun suka kahwin awal . Tapi abang janji , Audadi kena stay dengan kami . Weekends baru abang ambil , boleh ?"Aufa cuba berunding dengan Adam .
" Kalau Audadi nak stay dengan Aufa terus pun boleh . Abang setuju tapi ... dengan satu syarat ."
" Apa syaratnya ?" Ceria saja suara Aufa kedengaran .
" Kita kahwin . Aufa terus jadi mummy real Audadi . If not abang tak sanggup kongsi Audadi dengan orang luar ." Tutur Adam . Aufa tergamam .Matanya memandang tetap ke muka Adam .
" Sampai hati Abang Adam anggap Aufa orang luar . Aufa tahu Aufa muda lagi , tapi tak salahkan kalau Aufa sayangkan Audadi ? Kalau ya pun Abang Adam suka sangat dengan Kak Qai , tak kan sampai nak buang Aufa terus ..." Aufa mula sebak . Air mata mula turun dari tubir mata . Adam gelabah .
" Salah ke bahasa aku sampai budak ni nangis ?" Desis hati Adam .
" Aufa ... abang minta maaf .  Maksud orang luar tu ... abang sengaja guna untuk pancing perhatian Aufa . Abang nak Aufa jadi mummy Audadi . Abang nak Aufa jadi isteri abang yang sah . Abang tak nampak Kak Qai dapat jadi ibu yang baik buat Audadi . Faham ?" Adam sudah menarik kerusinya mendekati Aufa .
" Kenapa dia tak layak pulak ? Bukan Abang Adam suka dekat Kak Qai ke ? Kenapa tiba-tiba ajak orang kahwin ? Orang muda lagi ..." Aufa menunduk malu , Adam sangat dekat dengannya . Aufa sedikit tidak selesa begitu . Adam faham lalu dia kembali ke tempatnya .
" Tahulah abang dah tua ... Anggap jelah abang terlepas cakap ." Adam terasa hati .
" Sentap ke pakcik ni ?" Desis hati Adam . Lantas pandangannya di labuhkan ke wajah Adam.
" Pasal tu , Abang Adam better tanya dengan mak dan ayah Aufa . Aufa sayangkan Audadi but Aufa tak ready nak jadi wife ." Jujur tutur Aufa .
" Abang faham . Abang pun masih tak dapat lupakan arwah isteri abang . Tapi Audadi perlukan kasih sayang ibu . Aufa jangan risau , kita belajar terima satu sama lain slowly , boleh? Pasal pakcik dengan makcik tahulah abang uruskan ..."
" Tapi kenapa pilih Aufa ?"
" Sebab Aufa sayangkan Audadi dan Audadi pun sayangkan Aufa ." Jawab Adam . Senyuman menghiasi bibirnya .
" Kak Qai , macam mana ? Nanti bising satu taman dengan mulut Makcik Bedah ." Soal Aufa. Risau juga kalau Makcik Bedah menyerang maknya .
" Pasal tu , kita ada bukti . Aufa tengok belakang , bawah pokok tu . Looks like Qai with a guy. Kejap abang rekod . Kalau abang kena smash nanti , kita boleh smash balik ." Kata Adam sambil tertawa kecil sebelum merakam aksi suap menyuap merpati dua sejoli itu . Aufa hanya diam membisu .
                                 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sebulan kemudian
" Aku terima nikahnya Fariza Aufa Binti Firdaus dengan mas kahwinnya 2000 ringgit tunai ." Adam melafazkan akad .
" Sah . Sah . Sah ." Kata saksi serentak . Doa di bacakan sebelum tok kadi menyuruh Adam membaca lafaz taqlik . Usai membaca Adam segera menunaikan solat sunat .
   Pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Aufa . Hanya kenduri kesyukuran di jalankan memandangkan Aufa tidak mahu majlis besar . Lagipun Puan Aishah dan Encik Firdaus akan berangkat ke tanah suci keesokkan harinya . Maka , majlis tersebut di satukan .
   Abang Aufa , Farhan dan Fairuz mempelawa Adam untuk menyarungkan cincin di jari manis adik mereka . Adam duduk bersila sebelum menyarungkan cincin yang di tempah mereka bersama . Aufa turut berbuat demikian . Lega hati mereka kerana sudah ada orang yang menjaga Aufa . Tambahan pula mereka jauh di negeri orang .
" Terima kasih , sudi jadi isteri abang ." Bisik Adam di telinga Aufa . Adam melutut . Bahu Aufa di pegangnya untuk mengimbangi diri . Wajah Aufa merona merah . Dia malu . Tidak pernah dia sedekat itu dengan mana-mana lelaki . Sedikit sebanyak debaran itu terasa .
" Woi !! Bawa bersabar , bro . Adik aku tu ..." Farhan menyakat Adam . Adam tersenyum apabila isteri Farhan menampar lengan Farhan .
" Sudah-sudahlah mengusiknya ..." Encik Firdaus turut tersenyum . Terasa lapang dadanya menyerahkan satu-satunya anak gadisnya ke tangan yang betul . Alhamdulillah , semuanya berjalan lancar ....
" Adik , ni hadiah dari Kak Su dengan Abang Farhan ." Suhana menghulurkan hadiah untuk pasangan pengantin baru itu .
" Ini pula dari Abang Fairuz dengan Kak Jas ." Fairuz mengambil tempat di sebelah Aufa . Pipi Aufa di ciumnya kiri dan kanan . Terasa berat hendak melepaskan Aufa kerana Aufa rapat dengannya berbanding Farhan . Air mata Aufa sudah mengalir , Fairuz juga begitu .
" Uz ... hang bagi adik teriak ." Farhan turut mengambil tempat di kanan Aufa . Adam beralih memberi laluan . Pipi Aufa turut di cium Farhan . Air matanya turut membasahi pipi walaupun hanya setitik dua .
" Why you guys crying ? I thought only the bride crying . Happiness tears ..." Kata Jasmina dengan Dania di dukungannya . Isteri Fairuz ni mualaf . Orang Rusia ...
" Sweetheart ... it's hard to let Aufa go . She the only sis we had ." Terang Fairuz .
" Saya tahu ." Jawab Jasmina dengan pelat .
" Aufa , ni Audadi tak mau duduk dah . Mengantuk kot . Mak Lang dah bagi susu tapi tak mau tidur pon ..." Ujar Puan Juhara . Adik ayahnya .
" Thifal Audadi ... meh daddy tidurkan ." Adam mengambil Audadi dari Mak Lang .
" Jom , mummy dodoikan ." Aufa pula bersuara sebelum beriringan dengan Adam . 
" Adik , tidurkan Audadi ja . Jangan daddynya pulak . Tak kan nak biarkan kami layan tetamu pulak ..." Farhan mengusik lagi . Aufa menjeling Farhan . Adam hanya tersenyum . Mereka yang berada di situ ketawa .
" Abe !! Gelenya ..." Suhana mencubit lengan Farhan . Anak mereka Fazura dan Sofia tertawa melihat abah mereka menggosok lengannya itu .
                                ++++++++++++++++++++++++++++++++
" Apa diorang bagi ?" Adam bertanya . Tubuhnya di baringkan di sebelah Audadi .
" Abang An dengan Kak Su bagi pakej penginapan kat Berjaya Resort , 3 hari 2 malam . Abang Uz dengan Kak Jas pula bagi tiket flight ." Jawab Aufa sambil membuka tudungnya .
" Pergi mana ?" Adam bertanya . Pipi Audadi di ciumnya .
" Pulau Tioman ." Aufa melabuhkan punggung di atas tilam . Rambut Audadi di elusnya .
" Bila datenya ?" Adam memerhatikan wajah cantik Aufa . Rambut Aufa yang panjang paras pinggang itu kelihatan amat menawan . Sesuai dengan wajah isterinya yang ayu .
" Hari Rabu ."
" Aufa , ok ke dengan date tu ?" Adam menyoal . Pandangannya tidak beralih . Kini jari jemarinya ingin menyentuh rambut Aufa . Terasa mahu membelai rambut itu .
" Ok . Cuti study week , kan ? Kalau setakat 3 hari Aufa setuju ."
" Cantik rambut Aufa ... Abang suka ." Adam bersuara dengan nada yang perlahan . Jari jemarinya menyentuh rambut Aufa . Diusapnya perlahan hingga ke hujung . Tindakan Adam itu menyebabkan Aufa kaku . Terkejut barangkali ... Mana tak terkejut elok-elok berborak tiba-tiba je tukar siaran ....
" Aa ... Aa .. Abang . Aufa nak bancuh susu Audadi . Abang pergi mandi dulu ." Tersekat-sekat suara Aufa , seram sejuk dibuatnya . Dia bingkas bangun berdiri di tepi katil . Adam yang tersedar dari lamunannya berdeham .
" Sorry , I was carried-out ." Kata Adam . Tuala di capainya sebelum menuju ke bilik air . Aufa pula mengambil bantal untuk menghadang Audadi daripada terjatuh sebelum dia melangkah keluar dari biliknya .
                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
" Abang , Aufa ada discussion dengan kawan dekat foyer . Aufa bawa Audadi sama ."
" Discussion ? Bukan ke paper Aufa ada lagi 1 tak exam ? Assignment should be finish before exam , am I right ?" Adam berkata .
" Dah selesai . Tapi part Liza kena buat tambahan , so kita orang nak buat semakkan sebelum hantar ."
" Ok . Pergi naik teksi , nanti balik dengan abang . Kita dinner dekat luar ." Adam berkata .
" Nanti singgah Tesco sekali , boleh ? Aufa nak beli barang dapur ." Aufa menyoal .
" Yes , mem ." Jawab Adam sebelum menamatkan talian .
   Kaki melangkah turun dari teksi . Nasib baik pakcik teksi ni memahami , dia menolong Aufa mengeluarkan stroller . Siap pasang lagi . Maklumlah Audadi ni tengah membesar , badan semakin gebu sekarang . Nak dukung memang cepat lenguh . Jadi , Adam pesan supaya Aufa bawa stroller .
" Terima kasih , pakcik ."
" Sama-sama . Teringat pakcik dekat cucu . Dah berapa bulan ?"
" Nak masuk 7 bulan , pakcik . Saya pergi dulu ." Aufa bersuara . Tubuh Audadi di letakkan ke dalam stroller . Audadi pula sibuk menggigit toys , gatal gusi . Maklumlah gigi nak tumbuh .
                         +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
" Aufa !! Comelnya , anak siapa ni ?" Faiza bersuara . Rakan yang lain turut melihat ke dalam stroller . Audadi pula asyik dengan toysnya . Di gigit-gigitnya dari tadi lagi .
" Anak akulah . Tepi sikit , aku nak angkat Audadi . Kesian dia panas , korang block dia ." Aufa mengangkat Audadi .
" Agak-agaklah nak menipu pun ... Anak menakan hang ka ? Comei sungguh , putih gebu ." Zana pula bersuara .
" Audadi ni anak aku ."
" Tipu . Bila masa kau mengandung ? Kita orang tak nampak pun perut kau besar ?" Giliran Liza pula menyoal .
" Last year , aku kan off 1 sem . Aku cuti deliver lah ." Aufa menipu rakannya . Dia mahu menduga samada mereka mempercayainya atau tak .
" Betul juga , patut pun kau tak datang . Aku terserempak Abang An kau kat pejabat dekan ." Tutur Zana .
" Betullah tu ..." Aufa menjawab . Audadi duduk di ribanya . Sekeping biskut di beri kepada Audadi menggantikan toys tadi . Padahal dia cuti potong apendiks .
" Aku tak percaya . Kalau kau kahwin , mana cincinnya ? Kenapa tak jemput kami ? Mana bukti ? Gambar ?" Faiza menyoal tidak henti . Kepo betul makcik ni ...
" Ni cincin kahwin aku . Kami dah lama kahwin . Tak jemput korang sebab tak kenal lagi masa tu .. Gambar ? Tak payah kot ... Kalau nak tengok , tunggu petang nanti . My Mr Hubby datang ambil kami . Kan , Audadi ..." Aufa mengelap sisa makanan di tepi bibir Audadi .
" Amboi !! besarnya batu . Suami kau orang berada ke ?" Soal Liza .
" Biasa ja ." Aufa memberi Audadi minum air masak .
" Hang jangan nak tipu aku , Aufa . Aku tak percaya . Kalau betul hang dah nikah , masa tu umur hang berapa ? " Kata Faiza . Aufa mengelabah .
" Emm ... kami nikah lepas matrik ." Aufa masih meneruskan lakonannya .
" Sudahlah korang . Asalkan nikah , bukannya buat benda tak elok ... Continue kerja kita , tapi ... sebelum tu bagi aku pegang anak kau kejap ." Liza bersuara apabila banyak mata mula memerhatikan mereka . Audadi bertukar riba .
" Apa nama anak kau , Aufa ?" Soal Zana . Pipi putih Audadi di cuitnya .
" Thifal Audadi ." Jawab Aufa . Nasib baik Liza jadi penyelamatnya .
" Amboi !! Nama ... Bapak dia orang Arab ke ?" Faiza mula kepo .
" Bukan . Orang Malaysia la ..." Aufa menjeling Faiza .
" Nama penuh dia apa ?" Zana pula bertanya .
" Thifal Audadi Binti Mohd Adam Thaqif ." Aufa terlepas cakap . Minta-mintalah mereka tak sedar nama tersebut .
" Liza , bagi aku pulak ." Pinta Faiza . Audadi beralih tangan .
" Nasib baik depa tak perasan ." Desis hati Aufa .
" Jom , mula cepat ." Arah Liza .
                          ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
" Alhamdulillah . Akhirnya siap juga ." Liza mengucap syukur .
   Mereka melangkah ke bilik Dr Zafran di tingkat dua . Stroller di tinggalkan di lab komputer. Itu pun Kak Jannah tolong jagakan . Audadi di dukung Aufa . Tengahari tadi mereka makan di Kafe Desasiswa . Berehat sebentar di bilik Zana dan Faiza . Siap mandikan Audadi lagi . Nasib baik ada electric kettle , senang nak jerang air . Kalau tak , mandi air sejuklah Audadi .
   Masing-masing terpegun melihat Aufa yang cekap memandikan Audadi . Nasib baik , Zana ni pakai Baby Johnson punya bath cream . Bolehlah Audadi tumpang . Besen pula pinjam jiran sebelah bilik Liza , Kak Balqis . Dia pun join sekali tengok acara mandikan Audadi . Siap tidurkan Audadi lagi . 2 jam lepas tu baru mereka turun ke Falkuti .
" Korang pergi dulu . Aku nak ke tandas dulu . Zana , nah pegang anak aku kejap . Jumpa korang kat atas . Anak mummy ... mummy pergi tandas kejap . Stay with Aunty Zana , ye sayang ..." Aufa bersuara sebelum mencium pipi anaknya itu .
" Aku nak ikut ." Ujar Faiza . Liza dan Zana meneruskan hajat mereka ke bilik Dr Zafran .
                                  ++++++++++++++++++++++++++++++++
" Assalamualaikum , Doktor Zafran ." Liza memberi salam .
" Walaikumusalam . Sila masuk ." Kata Zafran yang sedang membelakangkan mereka .
" Eekk ..." Audadi berbunyi . Zana menepuk punggung Audadi perlahan untuk menenangkannya . Aura nak nangis menguasai anak kecil itu . Terasa tangan kot . Lagipun kelibat Aufa tidak kelihatan di matanya . Tentulah mummynya di cari ...
" Anak siapa ni ? Kamu berdua je ? Yang lain mana ?" Soal Dr Zafran . Kelibat Aufa di carinya . Rindu hendak melihat wajah Aufa yang telah mencuri hatinya . Liza menyerah tugasan mereka kepada Zafran .
" Anak kawan kami . Yang lain kejap lagi sampai ." Ujar Liza . Zana gelabah , Audadi bertukar tangan . Helaian demi helaian di semaknya sekali imbas. Audadi masih merengek . Zafran memerhatikan Audadi . Comel . Dia suka dengan Audadi .
" Kamu ni ... macam mana nak kahwin ? Jaga anak pun tak tahu ? Meh , bagi saya . Nama dia apa ?" Soal Zafran . Audadi di ambil dari dukungan Liza .
" Thifal Audadi ." Jawab Zana .
" Sedapnya nama ... Sesuai dengan rupa . Mesti mak dengan ayah dia segak ." Kata Zafran . Pipi Audadi di ciumnya . Kereta mainan di atas mejanya di berikan kepada Audadi . Liza dan Zana hairan melihat Zafran . Macam pandai je layan budak-budak ...
" Yang kamu berdua berdiri buat apa ? Duduk ." Arah Zafran . Mereka duduk di kerusi . Audadi di lepaskan atas karpet biliknya . Tugasan muridnya di teliti kembali .
" Bagus , semuanya macam saya nak . Saya bagi full mark untuk tugasan . Tunggu kawan kamu dulu baru boleh tandatangan ."
" Terima kasih , Doktor Zafran ." Ucap Liza dan Zana serentak .
" Assalamualaikum .." Faiza memberi salam . Aufa di belakangnya .
" Waalaikumusalam . Hah .. sampai pun . Pergi mana ?" Zafran menyoal . Matanya tertunak ke wajah Aufa .
" Panggilan alam , Doktor Zafran ." Faiza menjawab .
" Anak aku mana ?" Soal Aufa .
" Tu ... kat bawah ." Liza memberi tahu . Aufa segera mengambil anaknya itu . Zafran terkejut .
" Anak dia ke ? Bila dia kahwin ? Dengan siapa ?" Ligat otaknya berfikir .
" Doktor Zafran .. tandatangan kat sini , ke ?" Soal Zana .
" Hemm ..." Zafran tidak percaya . Gadis pujaan hatinya isteri orang . Hancur harapannya hendak menyunting Aufa , bila Aufa tamat pengajiannya . Tiba-tiba telefon bimbit Aufa berbunyi . Tersenyum Aufa melihat si pemanggil .
" Waalaikumusalam . Dah settle dah . Give me 5 minutes . Aufa nak turun dah . Abang tunggu dekat mana ?" Tanya Aufa .
" Ok , Aufa turun nanti . Bye ." Talian di matikan . Tandatangan di turunkan di kertas tersebut.
" Mr Hubby kau dah sampai ke ?" Liza bertanya .
" Dah . Dia tunggu kat bawah ." Jawab Aufa .
" Aku turun dulu . Korang kalau nak tengok hubby aku cepat sikit . Doktor Zafran , terima kasih ." Aufa tersenyum manis .
" Betul ke kamu dah kahwin ? Tak percaya , saya ..." Ujar Zafran .
" Doktor Zafran , jom join kita orang . Kami nak ushar hubby Aufa , ni . Betul ka dia dah kahwin ?" Selamba Faiza mengajak pensyarah mereka itu .
" Jom , saya pun nak tengok ." Kata Zafran . Terkejut mereka dengan gelagat Zafran .
   Mereka melangkah ke bawah , Audadi di dukung Aufa . Zana turun dahulu ,  stroller di ambilnya di lab komputer . Zafran mengekori mereka dari belakang . Aufa berjalan ke kereta suaminya . Adam yang perasan kelibat isterinya , segera keluar dari kereta . Audadi mula tersenyum bila ternampak kelibat daddynya . Tangan di suakan kepada daddynya . Adam melangkah beberapa tapak untuk mengambil Audadi dari dukungan Aufa . Terkejut mereka melihat Adam . Tak sangka Doktor Adam ialah suami sahabat baik mereka , Aufa .
" Doktor Adam !!" Terjerit kecil mereka bertiga .
" Korang , kenalkan hubby aku ." Aufa bersuara .
" Sudahlah tu , tutup mulut . Tak boleh ke saya kahwin dengan student saya sendiri ?" Soal Adam . Mereka diam .
" Abang Adam ke ? Senior ..." Soal Zafran .
" Yup . Awak siapa ?" Adam bertanya .
" Abang Adam , saya Zafran . Budak management . Duduk tingkat atas apartment ..." Terang Zafran . Adam tersenyum .
" Zafran . Budak nerd tu ..."
" Ya Allah . Kau kerja kat sini ke ?" Soal Adam setelah bersalaman dengan Zafran .
" Haa ... Saya lecturer management depa ."
" Abang kerja sini juga . Ajar comm dekat diaorang . Students abang ni .. "
" Jadi , Aufa ni ..."
" Isteri abang , ni pula anak abang . Kau dah kahwin ke ?" Adam menyoal .
" Kalau ada jodoh ada la ... abang ." Sayu suara Zafran .
" Insyaallah . Doa banyak-banyak . Solat hajat . Nanti adalah tu .." Nasihat Adam . Audadi mula merengek . Panas .
" Abang ... Jom ." Ajak Aufa . Audadi di dukungnya . Stroller telah selamat di dalam bonet .
" Kami pergi dulu ." Adam berbahasa sebelum masuk ke tempat pemandu . Zafran hanya melihat kereta putih tersebut berlalu .
                                +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Beberapa bulan telah berlalu . Audadi semakin membesar . Usianya sudah menjangkau 17 bulan . Semakin petah berbicara , mana tak nya ? Di usia 10 bulan sudah pandai bercakap . Teringat Aufa apabila Audadi mula memanggilnya mummy . 2 minggu lepas tu , di panggilnya daddy pula . Adam merajuk gara-gara mummy di sebutnya dulu . Tapi rajuknya reda apabila Audadi menyebut daddy pula . Muka Adam gembira habis . Siap belanja KFC lagi , semua orang . Masa tu , Abang An , Abang Uz semua ada . Aufa tersenyum manis apabila terimbas kenangan lalu .
" Aufa ... abang rasa , kita patut move on ." Adam bersuara .
" Move on ?" Aufa tidak mengerti maksud Adam itu .
" Hubungan kita . Abang nak kita jadi suami isteri sebenar like others ." Adam menyuarakan pendapatnya . Aufa menghalakan pandangannya pda wajah Adam .
" Abang dah boleh terima Aufa , ke ?" Soal Aufa .
" Sebenarnya , dah lama abang sayangkan Aufa . Tapi abang bagi peluang kat diri kita kenal satu sama lain lebih jauh . Sekarang abang tak leh tahan lagi rasa hati ni . Bila jauh rasa sakit sangat hati ni . Sayang ... abang cintakan Aufa ." Luah Adam .
" Aufa pun dah sayangkan abang ..." Tutur Aufa . Tangan Adam di kucupnya . Adam pula menarik Aufa ke dalam dakapannya .
" Shall we proceed ..." Perlahan bisik Adam di telinga isterinya . Adam mula mendaratkan ciumannya di leher Aufa .  Aufa menelan liur . Takut . Sebelum ni pun setakat peluk je ..
" Abang , Aufa red flag ." Kata Aufa sambil menahan dada Adam .
" La ... melepaslah abang . Ingat nak rasmi malam ni ..." Adam mengusik isterinya . Seronok pula melihat pipi Aufa yang merona merah dek usikannya .
" Abang janganlah gatal . Seram Aufa ..." Aufa beralih kekatil Audadi . Tubuh Audadi di selimutnya . Adam mengikutinya .
" Seram apanya ? Abang bukan hantu ." Pinggang Aufa di peluknya . Pipi isterinya itu di cium .
" Abang , stop it . Gelilah . Aufa tak biasa ."
" Tak biasalah kena biasakan . Lama-lama biasalah ..." Selamba tutur Adam dengan senyuman nakal terukir di bibirnya . Aufa menjeling . Kemudian dia tertawa . Ada-ada saja Adam ni ...
" Aufa nak tidur . Abang tutup lampu ." Aufa berkata .
" Jom , abang tidurkan . Hari ni abang bacakan Surah Ar- Rahman ." Kata Adam sebelum melangkah ke kamar mandi untuk mengambil wuduk . Ipad dihulurkan setelah Adam duduk bersandar di kepala katil sebelum memulakan bacaan .
                         +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
" Assalamualaikum , jumpa lagi kita sem ni . Kebanyakkannya saya kenal . Yang muka baru sila tanya senior kamu , cara kerja saya . Paper kali ni susah sikit . Saya nak grouping dalam 6-7 orang , mesti ada lelaki dalam kumpulan sebab kali ni kamu semua kena buat filem pendek dalam sepuluh minit . Next class submit nama ahli kumpulan . Now , kita continue chapter 1 ." Adam berdiri sebelum memulakan kuliahnya . Sekali-sekala pandangannya di hala ke arah Aufa .
" Kau ok , tak ?" Soal Zana .
" Ok , cuma pening sikit . Audadi demam , semalam asyik merengek . Aku jagalah Audadi , nak suruh laki aku dia pun baru balik je semalam dari KL ada conference ." Jawab Aufa .
" Aufa laki hang dari tadi asyik tengok hang ja . Hang lupa buat breakfast kot ?" Faiza berseloroh . Aufa menjeling . Kepalanya di picit .
" Faiza , mulut hang ... Aku buat nasi goreng cina tadi . Siap tambah 2 pinggan lagi . Sedap mulut hang ja nak kata kat aku . Liza , kau tukar perfume ke ?" Aufa menelan liur . Terasa semacam je ..
" Mana kau tahu ? Aku pakai perfume baru ?" Liza menyoal .
" Korang , aku nak pi toilet sat . Faiza teman ." Aufa menarik tangan Faiza . Tiba-tiba rasa tekaknya tidak selesa . Adam hanya melihat kelibat isterinya berlalu . Risau juga apabila terpandang raut wajah Aufa yang pucat .
" Kenapa pucat pula ? Tadi cakap pening je , tak cukup tidur ." Desis hati Adam . Kakinya di bawa ke tempat duduk isterinya . Liza yang duduk di tepi di suruh menyusul mereka .
" Liza , pergi tengok diaorang . Apa-apa inform saya ." Perlahan tutur Adam .
                             ++++++++++++++++++++++++++++++++++
" Ya Allah , Aufa . Aku panggil laki kau , na ?" Faiza cemas . Sebaik saja mereka masuk ke toilet . Singki terus di terjah Aufa , dia muntah .
" Faiza , jangan tinggal aku . Aku tak larat nak berdiri ni ." Aufa bernada lemah . Faiza dengan pantas memapah Aufa .
" Hang nak muntah lagi , ka ?" Faiza bertanya . Aufa mengangguk . Faiza mengusap belakang sahabatnya itu .
" Korang ..." Liza menyapa . Dia agak terkejut dengan keadaan itu .
" Liza , panggil Doktor Adam . Kita kena hantar Aufa pergi klinik . Dari tadi lagi dia asyik muntah ." Faiza bersuara . Liza segera beredar ke kelas . Berlari-lari anak dia ke sana . Nafas di tarik sebelum pintu di tolaknya .
" Doktor Adam , Aufa tak sihat . Lebih baik Doktor Adam bawa dia ke klinik ." Tenang Liza berbicara .
" Diaorang dekat mana ?"
" Toilet pompuan . Aufa muntah tadi ."
" Kamu kemas barang saya . Masuk dalam kereta Aufa . Barang Aufa dengan Faiza sekali . Kamu boleh drive , kan ?" Arah Adam . Liza mengangguk .
" Drive kereta Aufa . Kita jumpa dekat klinik ." Kata Adam . Liza berdiri di sisi meja .
" Class dismissed . Kita jumpa next class . Saya ada hal ." Adam bersuara sebelum melangkah keluar dari kelas .
                         ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
" Abang ..." Ucap Aufa sebelum tubuhnya longlai . Nasib baik Faiza menahannya . Maka , sempatlah Adam mencempung tubuh Aufa . Sempat lagi kunci kereta di hulurkan kepada Faiza .
" Faiza , kamu buka pintu kereta . Ikut saya ke klinik ." Arah Adam . Risau apabila melihat keadaan Aufa yang tidak sedarkan diri . Kakinya melangkah laju ke tempat pakir kenderaan .
                              ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
" Doktor ... isteri saya ok , ke ? Boleh saya tengok dia ?" Adam bertanya . Risau dengan keadaan Aufa .
" Sekejap , Doktor Adam . Mai , masuk dulu . Kita tunggu Aufa , dia ke tandas sat ." Kata Doktor Alia . Aufa masuk semula ke dalam bilik rawatan .
" Sayang , buat abang risau . Sayang ok ke ?" Belum Aufa duduk , dia di hujani dengan soalan dari Adam .
" I'm ok ." Jawab Aufa .
" Actually , Doktor Adam . Isteri kamu ok . She just having low blood pressure ." Doktor Alia berkata .
" Tapi kenapa muntah segala ?" Soal Adam .
" Pasal tu , kita tunggu result urine . Saya rasa Puan Aufa mungkin mengandung . She told me that her period tak datang lagi this month . Dah lewat 3 minggu . So , saya assume isteri doktor mengandung ." Terang Doktor Alia . Kemudian , jururawatnya menghantar stick yang telah di isi di dalam plastik .
" Apa keputusannya , doktor ?" Tanya Adam teruja .
" Positif . Tahniah Doktor Adam , Puan Aufa ." Ucap Doktor Alia .
" Alhamdulillah . Terima kasih sayang ... Audadi mesti suka nak dapat adik ." Adam mengucup dahi Aufa . Tersipu-sipu malu Aufa di buatnya . Dahlah Doktor Alia nampak ...
" Aufa nanti ambik vitamin dekat kaunter . Jangan buat kerja berat ." Pesan Doktor Alia kepada Aufa .
" Doktor Adam . Kurangkan aktiviti . Kamu fahamkan apa saya maksudkan ? Benda baru , very delicate and fragile ." Doktor Alia ketawa melihat muka cemburut Adam .
" Sudahlah , kenakan aku . Isteri siapalah ni ?" Adam bersuara .
" Isteri akulah , bro ." Jawab Doktor Badrul .
" Bad , aku nak dapat anak lagi satu ." Adam memeluk sahabatnya . Gembira ...
" Tahniah . Aufa , Abang An kamu apa khabar ?" Soal Badrul . Mereka bertiga sekolah bersama di MCKK dulu .
" Abang An , alah sekarang . Kak Su pregnant ." Jawab Aufa .
" Patutlah , kau pun join sekaki . Korang bet ke ?" Selamba pertanyaan Badrul kepada Adam . Alia hanya menggelengkan kepalanya .
" Mana ada . Dah rezeki . Bet apanya ? An nak masuk 3 dah . Aku baru nak masuk 2 . Kau pulak dah 4 . Mana larat aku nak kejar ...." Adam tertawa . Badrul juga begitu .
" Guys , sudah . Adam bawa Aufa balik rehat . Aku bagi off 3 hari . Take care . Kalau ada apa-apa nak tanya ? Call Kak Alia . Nombor minta kat Adam ." Pesan Alia .
" Aku pergi dulu ." Adam bersuara .
" Jumpa lagi ." Kata Badrul .
                                 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa bulan berlalu
" Korang ... aku nak buat confession sikit ." Aufa bersuara . Anak lelakinya , Ahmad Izz Furqan di tepuknya perlahan supaya tidurnya tidak terganggu . Hari ini merupakan ulang tahun ke-3 , Audadi .
" Apa ? Kau mengandung lagi ke ?" Zana menyoal . Aufa menampar lembut lengan Zana .
" Bukanlah ... Sebenarnya aku tipu korang pasal Audadi . Dia sebenarnya anak hubby aku dengan arwah isterinya ." Aufa berterus-terang .
" Hah !! Kau kahwin dengan duda ??" Suara mereka bertiga bergabung . Nasib baik jauh dari tetamu yang lain .
" Hish ... korang . Perlahanlah sikit ." Tegur Aufa . Nasib baik Izz tak terjaga . Anaknya itu telah berusia 4 bulan .
" Sorry , kita orang terkejut ." Jawab Liza .
" Kenapa duda ?" Soal Faiza .
" Dah jatuh cinta ." Aufa membuat pengakuan .
" Faiza , if aku pun aku terima Doktor Adam . Dahlah segak bergaya , ada kerjaya lagi . Caring , suka senyum ... cair aku ." Zana mengedik .
" Woi !! Kau tu minggu depan nak kahwin . Dengarnya dekat si tunang kau . Mahu cancel wedding korang ." Liza menyampuk .
" Mulut kau ... Aku gurau jelah ." Zana bersuara . Aufa tersenyum manis .
" Korang dah makan ke ?" Soal Aufa .
" Dah ."
" Terima kasih , datang ." Ucap Aufa .
" Hang bila nak masuk balik ?" Tanya Faiza .
" Sem depan . Susahlah nak tinggal Izz sekarang . Kuat menyusu , biarlah dia besar sikit ." Aufa mengusap rambut anaknya .
" Jangan next sem buat hal pulak ..." Faiza bersuara . Rakan-rakannya kebingungan .
" Yalah . Kot-kot kawan kita ni mengandung pulak ... Laki dia kan handsome ...." Faiza berseloroh . Aufa menjeling , lengan Faiza di tamparnya . Rakan yang lain hanya ketawa .
" Faiza .. aku telefon Makcik Som suruh kahwinkan hang baru tahu , langit tinggi ke rendah . Jangan lari sudah ..." Aufa pula mengusik rakannya .
" Mummy , daddy panggil . Uncle Bad ngan Aunty Alia nak balik dah ." Tutur Audadi dengan pelat .
" Korang jaga Izz kejap . Aku nak melayan tetamu . Jom , sayang ." Aufa memimpin tangan Audadi .
                                  +++++++++++++++++++++++++++++++++
" Sayang , terima kasih . Abang bahagia sangat . Ada sayang , ada anak-anak . Ada family mertua yang sempoi , and of course next coming juniors ..." Kata Adam sambil mengucup pipi Aufa .
" Terima kasih juga kat abang . Bagi Aufa kasih sayang , anak-anak . Pasal next coming juniors boleh postponed dulu , tak ? Aufa nak habiskan study dulu . Insyallah ...kalau ada rezeki ." Aufa tersenyum . Adam membalas senyuman isterinya itu . Dia amat bersyukur kerana di kurnia seorang isteri yang baik dan memahami .
" Terima kasih , Ya Allah ." Desis hati Adam . Semoga kebahagian mereka berkekalan . Amin .

Koleksi CerpenWhere stories live. Discover now