🎀BAB 3🎀

46 6 5
                                    

Selepas beberapa minggu dari perlantikan, persahabatan Amar, Nazim dan Hisyam semakin akrab. Guru - guru pun gembira melihat kerakraban mereka.

"Cikgu gembira melihat kamu berkawan. Cikgu harap persahabatan kamu kekal dunia akhirat. Best Friend Till Jannah" kata Cikgu Jannah kepada mereka semasa di dalam kelas.

"Terima kasih, cikgu. Kami juga berharap begitu" balas Nazim.

"Tidak.. Kalian berkawan tidak lama.. Nazim, Hisyam, kau tunggulah suatu hari nanti.. Persahabatan kalian akan terputus juga" bisik Wafiy di dalam hati.

--------------------------------------------------------------
Sewaktu rehat, Wafiy bercadang untuk berjumpa dengan Fakhri. Dia ingin bercakap tentang sesuatu kepada Fakhri.. Mereka berjumpa di dalam kelas 5 Cerdik iaitu kelas Fakhri.

Mereka dapat berjumpa di situ kerana semua murid di dalam kelas itu rehat di kantin manakala di dalam kelas 5 Bijak, Cikgu Jannah sedang membuat kerja.

"Fakhri.. Kau tau tak? Aku meluat tengok persahabatan mereka.. Jadi, apa plan kita untuk memutuskan persahabatan mereka? " tanya Wafiy kepada Fakhri

"Sabar, sabar.. Aku pun meluat.. Kau tunggu dan lihat sahaja.. Persahabatan mereka akan terputus juga.. Aku akan membuat Amar akan bencikan mereka..Di samping itu, aku juga akan membuat Amar menjadi kawan baik kita" balas Fakhri

"Ok.. Aku rasa plan kita akan berjaya" balas Wafiy.

--------------------------------------------------------------
"Nazim, Amar, selepas makan boleh kita berjumpa di belakang dewan? " tanya Hisyam.

"Boleh, tapi kenapa?" balas Amar.

"Nanti aku cakaplah. Engkau boleh tak, Nazim?" kata Hisyam.

"Aku boleh je.. " kata Nazim

Usai mereka makan di kantin, mereka bersama² pergi ke belakang dewan.

"Jadi, kenapa kau nak jumpa, Hisyam? " tanya Nazim kepada Hisyam.

"Aku nak cakap tentang persahabatan kita.. Aku berharap kita akan menjadi kekal selama-lamanya.." kata Hisyam..

"Kenapa kau kata begitu? Semestinya kita harus menjadi kawan baik selamanya" balas Amar.

"Aku rasa tidak sedap hati tentang persahabatan" sambung Hisyam

"Tiada apa apalah.. Jangan risau" kata Nazim

"Jadi, korang berjanji kita berkawan selama lamanya? " tanya Hisyam lalu mengeluarkan jari kelingkingnya..

"Janji !! " balas Nazim dan Amar serentak.

Dua pasang mata sedang memerhatikan mereka berdua..

"Hahaha!! Korang berjanjilah dulu" kata seseorang yang memerhati mereka.

P/S : Kalau ada idea, mohon komen ye 😊😊😊

Best FriendsWhere stories live. Discover now