"Kenapa eh dengan Amar?" tanya Nazim
"Tak tahulah.. Jomlah kita balik" ajak Hisyam
"Hisyam, nak tak kita pergi rumah Amar petang ni? Kita pergi tanya dia apa yang Wafiy dan Fakhri cakap kat dia" kata Nazim
"Boleh jugak tu.. Kita pergi pukul 4 petang ye? " ujar Hisyam
"Okey.. Aku pergi ambik kau kat rumah kau " ujar Nazim
"Okey"
Mereka pun berjalan pulang. Seperti biasa, Wafiy dan Fakhri memerhatikan mereka di sebalik pokok.
"Fakhri! Ada plan ke? " tanya Wafiy
"Ada.. Begini, dalam pukul 3 setengah petang.. Kita pergi rumah Amar.. Kita ajaklah dia pergi keluar bermain.. Jadi, Nazim dan Hisyam tak dapatlah berjumpa dengan Amar.. Setuju tak? " bisik Fakhri kepada Wafiy
"Setuju" balas Wafiy
"Dahlah jom kita balik.. Sekarang dah nak pukul 2.. Aku pergi rumah kau pukul 3.15 ye" kata Fakhri sambil lihat jam tangan Frogman yang dihadiahkan oleh bapanya kepadanya
"Jom" balas Wafiy
-----------------------------------------
3:10 petang"Ibu! Fakhri nak keluar kejap boleh? " tanya Fakhri kepada ibunya yang sedang memasak di dapur
"Boleh! Hati-hati ye" balas ibunya, Puan Maisarah
Fakhri pun keluar dengan basikalnya menuju ke rumah Wafiy.
3:15 petang
Tepat jam 3:15 petang, Fakhri sampai di depan rumah kawannya, Wafiy.
"Wafiy, oh Wafiy! Fakhri ni " jerit Fakhri
"Kejap kejap.. Aku dah nak siap makan ni " balas Wafiy
"Ibu, saya nak keluar dengan Fakhri boleh? " tanya Wafiy kepada ibunya, Puan Alia
"Boleh, nak" balas Puan Alia
Tidak lama kemudian, Wafiy keluar berjumpa Fakhri untuk ke rumah Amar.
"Okey aku dah siap dah.. Jom ke rumah Amar" kata Wafiy sambil mengambil basikal miliknya
"Jom" balas Fakhri
------------------------------------------------
"Assalamualaikum.. Amar! Wafiy dan Fakhri ni " jerit Wafiy memanggil AmarAmar pun keluar bertemu mereka.
"Waalaikumsalam.. Ada apa korang datang? " balas Amar sambil tersenyum.
"Takde pape.. Kami cuma nak ajak kau keluar bermain je.. Nak ke? " tanya Fakhri
"Ouhh.. Boleh je.. Tunggu ye, aku nak minta izin dengan emak aku dahulu" balas Amar
"Emak! Boleh tak Amar nak keluar bermain? " tanya Amar kepada emaknya, Puan Aminah
"Boleh.. Dengan Hisyam dan Nazim ke? " balas Puan Aminah
"Bukan.. Amar nak keluar dengan Fakhri dan Wafiy" kata Amar
"Ouhh.. Pergilah" balas Puan Aminah
Amar, Fakhri, Wafiy pun pergi dengan berbasikal
*Jadi, bagaimana Nazim dan Hisyam nak berjumpa dengan Amar?*
YOU ARE READING
Best Friends
Short StoryNazim, Amar dan Hisyam berkawan baik sejak dari darjah 2 lagi.. Tetapi, semasa mereka darjah 6, Amar mula berubah disebabkan 2 orang yang bernama Fakhri dan Wafiy.. Amar juga melupakan kawan baiknya iaitu Nazim dan Hisyam.. Siapakah Fakhri dan Wafi...