Keesokannya, Amar mula mencari kawan baiknya iaitu Nazim dan Hisyam. Dia ingin bertanya kepada kawannya tentang semalam. Tiba-tiba, dia terjumpa Fakhri dan Wafiy.
"Amar! Nak ke mana?" tanya Wafiy
"Aku nak cari Hisyam dan Nazim. Korang ada nampak mereka?" tanya Amar.
"Tak ada.. Oh ya! Semalam, selepas aku jumpa kau, aku dengar Nazim cakap 'Menyesal la pulak aku tinggal Amar tadi, kalau tidak mesti dia akan belanja kita membeli buku.. Dia kan kaya' betul tak Wafiy?" terang Fakhri..
"Ha'ah betul tu!" balas Wafiy.
"Aku rasa mereka kawan dengan kau sebab kau kaya" kata Fakhri.
"Lagipun, kau kan ketua pengawas" sambung Wafiy.
"Satu lagi! Aku juga dengar Hisyam cakap 'kita bagilah alasan kononya ada orang cakap Amar balik ke kampung kerana urusan keluarga'.." ujar Fakhri.
"Betul ke?" tanya Amar.
"Betul! Kalau kau tak percaya, jom kita tanya Saharul sebab dia pun terdengar juga perbualan Hisyam dan Nazim semalam" kata Fakhri.
Wafiy hanya mengangguk tanda setuju dengan Fakhri.
Fakhri dan Wafiy membawa Amar berjumpa Saharul.
"Hai, Saharul. Aku nak tanya ni, betul ke kau dengar Hisyam cakap dia nak bagi alasan kononnya ada orang cakap aku ni balik ke kampung sebab urusan keluarga?" tanya Amar kepada Saharul.
"Ha'ah.. Aku dengar Hisyam cakap begitu.." jawab Saharul.
"Jadi, sekarang kau nak percaya ke tidak?" tanya Fakhri.
"Aku tak sangka mereka akan cakap begitu" kesal Amar.
"Aku nak pergi bercakap dengan mereka betul ke mereka akan bagi alasan begitu." kata Amar
"Kau pergilah dahulu.. Kami nak berbual dengan Saharul kejap.." kata Fakhri.
"Ok.. Aku pergi dulu yee.." kata Amar
Amar pun pergi mencari Nazim dan Hisyam..
"Hahaha.. Bagus Saharul.. Nanti aku bagi upah yee.." kata Fakhri..
*Flashback*
Ketika Wafiy dan Fakhri pulang dari rumah Amar, mereka terjumpa Saharul yang sedang berjalan.
"Hai Saharul" kata Wafiy
"Hai!" kata Saharul.
"Boleh tak kami nak minta tolong dengan kau?" tanya Fakhri.
"Apa dia?" tanya Saharul
"Kalau Amar tanya betul ke Hisyam kata kononnya ada orang kata Amar balik kampung sebab urusan keluarga, kau kena cakap kau dengar Hisyam kata begitu" jelas Fakhri..
"Boleh tu boleh.. Tapi kau kena bagi upah kepada aku boleh?" tanya Saharul..
"Ok.." jawab Fakhri
*End Flashback*
--------------------------------------------------------------
"Hisyam, kenapa kau tak datang ambil aku semalam?" tanya Amar sebaik sahaja dia terjumpa Hisyam dan Nazim..
"Bukankah kau balik ke kampung sebab ada urusan keluarga?" kata Hisyam
"Siapa yang cakap?" tanya Amar..
"Wafiy dan Fakhri cakap!!" jelas Nazim..
"Betullah apa Wafiy dan Fakhri cakap.." kata Amar lalu meninggalkan mereka..
*Apakah yang akan terjadi kepada persahabatan mereka?*
P/S : Sorry lambat update sebab berdebar menantikan result Upsr.. Kalau ada kesalahan mohon komen yee..
YOU ARE READING
Best Friends
Short StoryNazim, Amar dan Hisyam berkawan baik sejak dari darjah 2 lagi.. Tetapi, semasa mereka darjah 6, Amar mula berubah disebabkan 2 orang yang bernama Fakhri dan Wafiy.. Amar juga melupakan kawan baiknya iaitu Nazim dan Hisyam.. Siapakah Fakhri dan Wafi...