Hisyam dan Nazim tertanya-tanya pasal Amar. Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran mereka.
"Nazim! Kenapa dengan Amar? Apa yang Fakhri dan Wafiy cakap kat dia?" tanya Hisyam.
"Entah. Aku pun tak tahu. Jomlah masuk kelas.. Waktu rehat pun dah nak habis" kata Nazim.
"Jomlah" ujar Hisyam.
Dua pasang mata sedang memerhatikan mereka..
-----------------------------------------------
"Yes! Rancangan kita kali ini berhasil.. Hahahhahah" kata Wafiy sambil ketawa"Shhh.. Perlahankan sikit suara kau tu.. Nanti diorang dengar" tegur Fakhri kepada Wafiy
"Sorry sorry"
Fakhri tersenyum lebar lalu berkata dengan megah "Tengoklah rancangan siapa.. Hahahaha"
"Jadi, apa rancangan kita seterusnya?" tanya Wafiy kepada Fakhri
"Kita kena buat Amar betul-betul percayakan kita.. Tapi kau pun kenalah bagi idea jugak.. Jangan asyik goyang kaki je.. Aku je yang selalu kena fikir" kata Fakhri dengan nada yang agak marah.
"Hihihi.. Kau kan bijak.. Kau jelah yang fikir.. Aku takde idea" kata Wafiy sambil tersenyum
"Amboi kauuu" ujar Fakhri sambil bercekak pinggang
"Okey okey.. Kita fikir sama-sama.. Dahla jom naik kelas.. Nanti terlambat" kata Wafiy
Fakhri dan Wafiy segera menuju ke kelas mereka.
-----------------------------------------------
Nazim dan Hisyam tiba di kelas mereka.. Mereka terus duduk di tempat masing-masing kerana takut jika guru mata pelajaran masuk ke dalam kelas.Selang beberapa minit, Wafiy dan Fakhri juga tiba di kelas.
Tidak lama kemudian, Teacher Fauziah iaitu guru mata pelajaran bahasa inggeris masuk ke dalam kelas
-----------------------------------------------
Waktu tamat persekolahan"Amar!" jerit Nazim dan Hisyam serentak memanggil Amar yang jauh di hadapan mereka.
Amar menoleh kebelakang
"Korang nak apa?" tanya Amar
"Jomlah jalan sama-sama.. Kita kan bestfriend" kata Hisyam
"Betul tu.. Kita kan selalu bersama" sambung Nazim
"Tak perlulah.. Dah la aku nak balik dulu" ujar Amar lalu meninggalkan Hisyam dan Nazim
Nazim dan Hisyam berpandang sesama sendiri
*Apa akan jadi dengan persahabatan mereka? Dan apa rancangan Wafiy dan Fakhri seterusnya?*
P/S : Sorry, bab ini pendek.. Saya xde idea sebab saya tidak sihat.. Walaupun saya xsihat tapi saya tetap nak update sebab lama dah xupdate. Jadi tunggu bab seterusnya ya.. Oh ya! Jangan lupa vote dan comment ya 😄😄😄
YOU ARE READING
Best Friends
Short StoryNazim, Amar dan Hisyam berkawan baik sejak dari darjah 2 lagi.. Tetapi, semasa mereka darjah 6, Amar mula berubah disebabkan 2 orang yang bernama Fakhri dan Wafiy.. Amar juga melupakan kawan baiknya iaitu Nazim dan Hisyam.. Siapakah Fakhri dan Wafi...