Rambut Palsu

25 2 0
                                    

Aku seorang pekerja yang bekerja di sebuah kedai yang menjual rambut palsu dan perhiasan rambut yang lain.

Pada bulan pertama,aku bekerja seperti biasa.

Pada bulan seterusnya,aku rasa seperti ada yang tidak kena dengan rambut-rambut palsu di kedai ini.

Rambut-rambut yang ada disini seperti rambut yang asli daripada seorang manusia.

Aku hanya berfikiran positif mungkin sebab rambut-rambut ini kelihatan asli yang menyebabkan ramai orang berminat untuk membeli rambut palsu di sini.

***********************************
Semasa aku bekerja aku baru teringat seseorang iaitu rakan sekerja ku,Ina.

Kami mempunyai persamaan yang banyak antaranya warna kegemaran kami ungu dan kami sangat suka shampoo yang berbau lavender.

Pada suatu hari,rakan sekerjaku,Ina dikatakan sudah berpindah dan bekerja di tempat lain.

Aku terkejut kerana baru sahaja semalam dia ingin membelanja aku makan tengahari ini.

Setiap hari aku menunggu panggilannya namun langsung tiada.

Aku juga pernah mencuba untuk membuat panggilan tetapi semuanya sia-sia kerana panggilan ku tidak berjawab juga.

Beberapa minggu selepas itu,ketika aku melayan pelanggan,aku ke stor untuk melihat stok yang tinggal.

Jika tiada aku terpaksalah mencari alasan munasabah kerana aku sendiri tidak tahu stok dibekalkan oleh siapa!!

Huh!Jumpa pun.Aku membetulkan rambut tersebut.Emm...lavender.

"Maa.....macam bau shampoo Ina..ahh mungkin aku rindu dengannya"
desis hatiku..

Aku abaikan...

Akhirnya kedai telah pun tutup tepat jam 12 malam.

Aku sudah ingin mengunci kedai tetapi telinga ku sempat menangkap bunyi bising dari stor.

Aku terus ke stor untuk mengetahui apa yang terjadi di stor.Suasana yang gelap menyebabkan aku sukar untuk melihat apa yang terjadi.

Aku melangkah masuk ke dalam stor.Tangan ku meraba- raba ke dinding untuk mencari suiz..

Tiba-tiba tanganku ditahan dengan kuat oleh tangan seseorang(atau benda?).

Aku tidak sempat untuk menjerit kerana badan ku ditarik ke dalam dan pintu ditutup dengan kuat.

"Kau tak takut berseorangan sekarang"suara itu mengingatkan aku tentang....INA?

"Kenapa kau jual rambut aku?Kau tahu kan aku sayang rambut aku.."suara itu bertukar kepada nada sedih..

"Rambut kau?"
"Ya!yang berbau lavender tu!"
"Tak mungkin"
"Tuan kedai tu pembunuh!PEMBUNUH!"

Klik!suasana di dalam stor jadi terang benderang.

Aku lihat tuan ku datang dengan membawa kayu.

"Ish!kamu rupanya!kenapa malam-malam ni kat sini?Tak balik lagi?Saya ingat pencuri yang buat bising tadi,"katanya sambil meletakkan kayu di bawah tapi masih menggenggamnya erat.

"Betul ke...rambut yang saya jual tadi milik Ina?"tuan ku tersenyum

"Kau dah tahu lah..hmm kau nak ikut dia"

"Haaaa!!ikut ke mana"

"Jadi barang jualan"

Kayu itu pun menembusi badanku...

//hanya rekaan semata-mata😊

Idea:SyauQinaa


Dark( Slow Update )Where stories live. Discover now