Budak Hitam

17 2 0
                                    

Keadaan di bilik yang panas menyebabkan aku tidur di ruang tamu.

Aku memasang televisyen kerana aku masih belum mahu tidur lagi.

Semasa aku menonton televisyen aku merasakan ada seseorang yang memerhatikan ku dari arah dapur.

Lalu aku memberanikan diri untuk menoleh ke arah dapur.

Aku melihat sesusuk tubuh yang kecil seperti budak yang berumur 7 tahun di atas meja.

Setahu aku...aku tidak mempunyai adik kecil.

Bulu roma ku mula berdiri.

Tapi yang peliknya aku hanya melihat semuanya hitam.

Mukanya hitam badannya juga hitam.

Aku terus mengalihkan pandanganku daripada melihat benda itu terus.

Aku mematikan televisyen dan terus melelapkan mataku.

***********************************
Kees🤓okan paginya aku menceritakan kepada ibu tentang kejadian semalam namun ibuku tidak mempercayaiku malah mengatakan aku hanya bermimpi sahaja.

Tapi bagiku kejadian sebenar adalah benar.

Pada malamnya pula,aku berasa panas ketika berada di dalam bilik.

Lalu aku mengambil bantal dan selimutku dan membawanya ke atas sofa di ruang tamu.

Aku tidak merasakan kehadiran budak hitam tersebut.

Aku terus menutup lampu dan tidur.

Keesokannya ibu membangunkan aku dan memarahiku kerana aku tidak mematikan televisyen semalam.

Ehh jap..bila masa aku pasang televisyen..

Setahu aku...aku langsung tidak memasang televisyen..

Habistu siapa yang memasangnya....

Hahahaha
Sepa pernah jadi camni...

Kita dah matikan tv sebelum tidur tpi bila kita bangun pagi tv terpasang pula....

#ayatberteraburlagi😂
#sayatakpandaibuatcerita
#sorrykalauayatsalah

Dark( Slow Update )Where stories live. Discover now