#AkuDaily68

53 7 0
                                    

Aku rasa semua perempuan pun nak difahami.Aku bukan nak kutuk spesis sendiri tapi aku tujukan benda ni untuk diri aku jugak.

Selalu sangat aku dengar,

"Tak perfect tak kisah.Asal hati dia baik"

Cehh sembang lebih.Bila kau tak kisah pasangan kau tak perfect,means kau sedar dia seorang manusia.Tidak lari daripada kesalahan.

Kenapa segala beban kau letak di bahu si dia bila hubungan dalam keadaan rapuh?Kau minta dia untuk faham kau.Tunaikan segala permintaan kau.

Tapi pernah?Kau tanya apa dia rasa? Pernah kau layan dia macam mana sabarnya dia layan karenah kau? Mungkin dia orang bukan perempuan jadi emosi dia orang tak macam kita tapi still dorang manusia.

Eh robot dalam cerita kartun pun ada emosi kot.

Respect lah each other.Aku ibaratkan satu penimbang.Kalau sebelah terlebih berat,item yang ditakung tu akan jatuh.

Samalah jugak dalam sesebuah relationship.Kalau sorang je tanggung derita untuk menggembirakan yang sorang lagi,ingat sampai bila dia dapat tahan?Kalau dah tak tahan? Memang sah dia angkat kaki.Berambus dari hidup kau.

Dan di situlah akan ada hati yang patah.Update kat wechat,facebook, twitter etc.Memaki si dia kerana tingggalkan kau sedangkan kau terfikir tak itu salah siapa?

Ye lah memang kekadang,si dia yang salah.Aku tujukan untuk segelintir sahaja.Mohon tak usah dikecam diri ini.

#AkuDailyWhere stories live. Discover now