#AkuDaily42

82 6 0
                                    

Kringgg!!

5.45.Waktu kebebasan datang menjemputku.I mean waktu balik.Aku mengatur langkah ke arah pondok bas yang berada di luar sekolah.Menunggu kedatangan kakakku.

10 minit,15 minit,kini lebih daripada 40 minit tetapi kelibat kereta kancil kakakku masih belum kelihatan.Aik?Takkan la dia lupa kot?

Matahari sudah lama melabuhkan tirainya.Maklumlah, di sini 6.15 sudah gelap bagaikan jam 8 malam.

Cuak,panik.Pelbagai rasa bertandang. Pelbagai bayangan muncul di benak fikiran.Aku memberanikan diri untuk meminjam telefon milik salah seorang 'kakak' yang masih berada di situ.

Lantas jari jemari pantas mendail.

"Hello?Ni Dayah.Kau kat mana?"
"Oh Dayah.Kejap lagi kakak sampai.Sorry terlupa amik kau"

TERlupa.Jujur aku katakan,rasa sedih menyinggah.

Aku mengerling sekilas jam tangan casio berwarna ungu yang tersarung kemas pada pergelangan tangan.6.43.Kini tinggal aku seorang sahaja di pondok bas tersebut.

Kelihatan beberapa kelibat manusia sedang berjalan.Entah ke mana arah yang hendak dituju.

Aku cuak.Ingin lari daripada tempat itu.

Pppit!Ppitt!

Bunyi hon kereta di bahu jalan seberang sana memeranjatkan aku.Kereta tu macam...kakak aku.

Aku berlari ke bahu jalan di seberang sana lalu masuk ke dalam kereta.Fuh!
Nasib takda apa-apa jadi.

Disebabkan dia terlupa maka kakak ku membawa aku ke satu kedai makan sebagai tanda meminta maaf.
.
.
.

Sekian sahaja terima kasih.

#AkuDailyWhere stories live. Discover now