Time kita belajar atau tengok drama korea atau dengar lagu,time tu lah mak kita selalu panggil kan?Mak kita bukan sengaja nak menyusahkan suruh kita buat house chores itu ini.Dia bukan sengaja taknak bagi kau belajar dengan aman.Kalau dia larat nak bersihkan semua sampah yang kau buat,dia takkan minta bantuan kau.
Bila mak sakit,terlantar di atas katil, baru kau nak tunjuk sikap rajin tu.Cuci kain lah,kemas rumah lah.Kenapa? Sebab time tu kau sedar.Kalau kau tak bersihkan,siapa lagi kan?
Jangan anggap ibu kita sebagai pembantu rumah.Segala sumpah serapah yang keluar dari mulut dia sebab anak-anak yang tak pandai menghargai jasa,kau ingat itu bukan satu doa?
So kawal mulut tu daripada mengeluh.Sila hargai ibu anda selagi belum terlambat.