Nadhirah Reacts To... Lokasi Event Sastera

130 4 2
                                    

Twitter: @sitinanadhirah

Semalam saya ada hadiri Bengkel Penulisan Esei dan Kritikan yang diadakan di KL Literary Fest, yang hashtagnya #KLLF (obviously), namun penganjur sendiri boleh tersilap beberapa kali di laman sosial; pastinya bukan KL Fiterary Fest ya.

Kembali kepada bengkel tadi, ia telah dikendalikan oleh Hafiz Hamzah dan Wan Nor Azriq. Sebenarnya mereka menggalakkan kami menulis esei mengenai bengkel tersebut, tetapi saya akan ambil satu selekoh yang agak tajam dan menulis mengenai lokasi event. Di sini, perlu saya katakan yang saya lebih selesa menggunakan perkataan event kerana ia lebih santai dan sering digunakan dalam scene sastera, lebih-lebih lagi indie.

Saya rasa terpanggil untuk menulis mengenai lokasi event, bukan hanya kerana mahu mengomel tentang KLLF, atau event lain yang sudah diadakan, tetapi juga sebagai peringatan kepada kita semua, termasuk diri saya sendiri atas kepentingan memikirkan lokasi semasa mahu merancang sesebuah event.

Terlebih dahulu, seperti biasa, saya perlu berikan beberapa disclaimer yang saya kira penting. 1. Ya, saya tidak pernah menganjurkan event sastera sebelum ini, jadi kalau boleh tu jangan go all Ahmad Idham on me please. Hehe. 2. Saya menulis ini dari kaca mata seorang pengunjung.

Sebelum saya menyentuh mengenai KLLF, saya rasa elok saya komen mengenai negeri kelahiran saya, Johor. Jika anda ada apa-apa masalah dengan orang Johor, boleh campak masalah tersebut dan makan kacang pool dengan saya.

Saya sudah dua kali ke JB Writers Readers Festival (JBWRF) dan kedua-dua kali ia diadakan di Medini Mall. Ada juga beberapa event lain yang saya dapati diadakan di situ.

Bagi mereka yang tidak tahu, Medini Mall terletak berdekatan Legoland, jauh dari bandar dan kawasan perumahan, dalam erti kata lain, jauh dari orang JB. Bagi menjelaskan lagi konteks bagi pembaca saya semua, tiada public transport ke sana. Jadi apa masalahnya di sini? Masalahnya target audience JBWRF adalah golongan anak-anak muda yang berminat dengan buku, sastera & seni. Namun begitu, sudah ternyata kebanyakan orang muda tidak berkenderaan sendiri, serta poketnya nipis-nipis belaka.

Adakah ini sesuatu yang tidak diketahui penganjur? Mungkinkah penganjur terlalu teruja dengan Legoland? Perlukah cengkerik di kawasan "festival" berdiri di atas meja beramai-ramai dan berbunyi dengan lebih kuat?

Kedua-dua kali yang saya hadiri event ini di tempat yang sama, memang tidak ramai pengunjung. Penjaga booth yang melawat booth kawan-kawan, dan penjaga booth juga yang menonton persembahan, serta penjaga booth juga yang mempersembahkan. Sempat saya berbual dengan beberapa penjaga booth, dan keuntungannya sangat sedikit. Dalam ayat seseorang itu, "Asalkan cukup nak bayar tiket bas balik pun aku dah bersyukur dah."

Sudah pastinya mereka yang biasanya berkunjung ke event di Medini Mall; (a) pelancong yang sekadar minum-minum di situ setelah pulang atau sebelum pergi ke Legoland; (b) orang Singapura yang ke sana untuk apa yang saya suka panggil sebagai seni orang kaya, seperti persembahan orkestra, atau apa-apa lagi aktiviti orang kaya yang boleh mempamerkan standard mereka; (c) belia yang berjaya memujuk ibu bapanya agar menghantarnya sebelum ke Mydin (baca: saya).

Medini Mall juga terletak di sebuah lokasi yang bukanlah mudah untuk manusia rawak stumble upon tanpa pengetahuan mengenai event tersebut. Jika ia terletak di bandar, mungkin akan ada ramai pengunjung yang sebenarnya mahu ke tempat lain tetapi sempat lalu di situ untuk berkunjung serta mungkin juga membeli.

Saya lihat ini persamaan Medini Mall dengan Art Printing Works lokasi KLLF, di mana orang yang berkunjung di sana memanglah yang mengetahui dan berniat untuk menghadiri event tersebut. Walaupun ia agak berdekatan dengan LRT, ia bukanlah pusat tumpuan manusia.

Ini mungkin membuatkan event tersebut nampak exclusive, tetapi ia juga memberikan persepsi bahawa ia event tertutup dan tidak menggalakkan penglibatan orang lain dan pendedahan kepada mereka. Seni untuk semua, atau seni untuk insan-insan terplih yang kami kenal?

Sejujurnya, KLLF merupakan satu usaha yang menarik dan sangat mengujakan saya. Namun begitu, lokasi event ini merundumkan mood saya. Sudah tentunya saya kecewa dengan kekurangan lighting yang mungkin sepatutnya bersifat artsy tetapi membuatkan suasana sedikit muram. Saya cukup kecewa dengan ruangan yang susunannya mungkin nampak minimalis tetapi hakikatnya sempit. Dan saya mengharapkan lebih daripada sound system di luar, bahagian pentas.

Cuaca juga merupakan isu yang cukup penting untuk dikenalpasti. Walaupun kita tidak mampu mengawal cuaca, kita mampu mengawal keadaan agar bersesuaian dengannya. Malang sekali forum diadakan sehingga lewat petang yang terlalu sinonim dengan hujan di hujung tahun ini. Pengunjung sayup-sayup sahaja menangkap intipati perbualan di pentas. Mungkin lebih elok forum diadakan dalam bangunan, dan bukan di luar, di bawah khemah, pada waktu lewat petang sebegitu.

Bukan saya kata tiada yang baik di KLLF. Sudah tentunya makanan dan minuman yang cukup mewah itu membuatkan semua pengunjung teruja. Harus juga dikatakan bahawa mereka berjaya memanggil cukup ramai nama-nama besar, dan menyusun segmen-segmen yang menarik dan bermanfaat. Namun begitu, penganjuran event sastera bukan sekadar tetamu A-list & santapan menyelerakan.

Mungkin kadangkala kita terlalu mementingkan untuk nampak gah di mata luar yang kita terlepas pandang akan prioriti sebenar event sastera tersebut, iaitu meraikan dan menyatukan pengkarya dan pembaca.

Nadhirah Reacts To...Where stories live. Discover now