Nadhirah Reacts To... Tunafoto!

22 1 0
                                    

Twitter: @sitinanadhirah

Sebelum saya ulas isu ini, terlebih dahulu saya mahu jelaskan yang saya di sini untuk mengulas isu dan bukanlah linguistik di sebalik penggunaan perkataan tunafoto. Namun begitu, mungkin ada sedikit komen sosio-linguistik.

Sejujurnya, saya mungkin tidak akan menggunakan perkataan tunafoto dalam masa terdekat, malah ada kemungkinan saya akan melupakannya seminggu selepas ini, seperti juga kebanyakan rakyat Malaysia.

Perkataan tunafoto mungkin perkataan yang paling tepat untuk photobomb, tetapi dalam situasi apakah perkataan ini bakal digunakan? Sudah pasti tidak banyak tunafoto yang berlaku dalam situasi formal. Tidak dinafikan, tidak banyak tunafoto yang berlaku dalam situasi tidak formal juga. Bagi tunafoto yang tidak disengajakan, mungkin perkataan ini bakal digunakan bagi menjelaskan situasi yang berlaku. Tunafoto yang mungkin disengajakan pula sudah pasti akan dilakukan oleh golongan yang berkemungkinan besar akan mengelakkan perkataan yang berbunyi formal (memandangkan mereka juga menyebabkan tunafoto yang seharusnya tidak formal).

Dengan itu, saya memahami yang DBP mengumumkan penggunaan perkataan tunafoto bagi mendekatkan diri dengan generasi muda. Ini usaha yang bagus, tetapi adakah photobomb perkataan yang relevan untuk diberikan perhatian? Jika ini mana-mana syarikat buku indie dan bukanlah DBP, saya akan cepat untuk mengatakan bahawa ini sekadar gimik. Memandangkan hal ini diumumkan oleh DBP, saya dapat simpulkan bahawa ini salah satu usaha mereka bagi kekal in-trend. Usaha yang agak kekok, tetapi apakah DBP jika bukan ayah kita yang tegas tetapi masih membuat dad jokes dalam usahanya untuk kekal muda?

Saya juga ingin mengulas reaksi rakyat Malaysia berkenaan tunafoto. Saya akan skopkan kepada komen Ayman Rashdan Wong dan juga jenaka MGAG serta komen-komen yang turut berjenaka, atau dalam kata Ayman Wong, "ridicule and belittle DBP's effort".

Jika anda seseorang yang sensitif terhadap reaksi saya setakat ini, saya nasihatkan anda berhenti di sini dan teruskan hidup dengan bahagia. Terima kasih kerana membaca.

Bagi mereka yang lain, selamat kembali! Sejujurnya, saya akan komen berdasarkan jenaka yang di-screenshot oleh Ayman Wong (saya anggap komennya itu berdasarkan jenaka tersebut sahaja) dan juga respons Ayman Wong.

"What do you think they are smoking at Dewan Bahasa? I need some" merupakan salah satu komen. Mungkin Ayman Wong tidak biasa dengan jenaka begini, dan saya tidak menyalahkannya. Rakyat Malaysia dibesarkan dengan budi bahasa dan kesopanan ketika berjenaka. Jenaka "what are they smoking" ini sebenarnya budaya negara luar yang jelasnya sudah tempias ke negara kita. Maafkan kami rakyat Malaysia yang terlalu banyak menonton rancangan dan filem negara luar sehingga terikut-ikut jenaka mereka.

Apa yang dapat saya simpulkan, ada golongan manusia yang sudah menjadi terlalu sensitif, overreacting, dan PC (politically correct), atau dalam kata canggih, Social Justice Warriors (SJW).

Saya faham bahawa kita ada hak dan perlu menyuarakan jika sesuatu jenaka menyakitkan hati kita. Namun begitu, saya dapat merasakan bahawa komen Ayman Wong mungkin lebih mengguris hati daripada jenaka tadi. Saya tidak mahu quote mana-mana ayatnya lagi kerana tidak mahu dituduh "taking things out of context".

Saya menghargai usaha Ayman Wong menjelaskan rasional di sebalik perkataan tunafoto. Mungkin yang terbaiknya jika status tersebut tidak diselitkan dengan kata-kata yang sinis dan jelas menunjukkan reaksi yang keterlaluan. Saya tidak merasakan yang MGAG atau komen-komen di post tersebut berniat untuk memperkecilkan DBP.

Dengan itu, saya akhiri reaksi kali ini dengan "It's not that deep, bro".

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 17, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nadhirah Reacts To...Where stories live. Discover now