Surat Buat Abah (I)

23 4 0
                                    

Abah, hentilah katakan tentang duit yang banyak. Apis tak berminat pun nak kejar wang banyak. Apis banyak belajar dari abah macam mana hidup yang mudah. Abah pun tak berminat nak ada duit yang banyak. Masa abah banyak diluangkan untuk komuniti yang abah tolong, terutamanya orang di pedalaman. Abah banyak bantu orang iban terutamanya dalam pendidikan. Ada masa bawa sekali semua orang yang mahu ke tempat kerja dari Sarikei ke sana.

Apis tengok semua gambar yang abah ada. Tak mudah perjalanan hidup abah. Dari sekolah tempat orang Melanau, ke tempat orang Iban. Ini bukan tentang keuntungan. Ini tentang sumbangan abah kepada orang.

Dan Apis belajar dari situ. Apis tengok abah kalau ada jual buah dari kebun, jual harga lebih murah. Apis tertanya, kenapa bersusah payah, berpeluh-peluh nak daki bukit tinggi, angkat pokok tumbang reput di gaung, buang semak hanya untuk beberapa ringgit? Memang pengajaran di situ, berkali-kali abah kata jual buah tak untung.

Abah mahu Apis belajar betul-betul. Belajarnya untuk apa abah? Apis suka belajar tentang kehidupan cara abah.
Pemakaian abah, cara abah bergaul, cara abah layan anak dan isteri, semua Apis perhati.

Terima kasih abah sebab banyak ajar benda yang abah tak perlu sebut. Dan maafkan Apis sebab jarang dapat keputusan yang bagus. Maafkan Apis sebab selalu muka masam bila kena bawa pergi ke kebun. Maafkan Apis.

WasiatWhere stories live. Discover now