REAL STORY.
**
Ramai orang mengatakan bahawa dewan sekolah itu banyak kes yang mencurigakan seperti pernampakan ' benda ' . Terkena histeria.. Dan macam-macam lagi.
Pada suatu hari cikgu pergi mesyuarat , jadi cikgu serahkan ketua kelas menjaga kelas supaya tidak membuat bising . seperti biasa ketua kelas pun bermain di luar kelas juga , Typical pelajar right ? 😂Aku dan rakan ku Dani dan Dina bercadang untuk jalan-jalan di sekitar sekolah..
Sampai sahaja kami di dewan kami sungguh bangga kerana banyak meja tersusun di dalam dewan tersebut kerana ujian SPM sudah dekat..
Kami dengan riang hati menyanyi.. Bermain.. Melihat nama-nama calon SPM dan kami juga bermain di atas pentas. Di situ terdapat mic . Kami dengan suka hatinya mengambil dan acah-acah menari kpop..
Kami berlakon menjadi cikgu.. Berlakon di atas pentas dan macam2 cerita kami lakon kan .
Tiba-tiba kami terdengar bunyi bising seperti orang berbual-bual . Kami terkejut kerana dalam perjalan ke dewan hanya kami sahaja yang ada dan kalau kami ditangkap oleh cikgu kami disahkan sebagai ponteng kelas .
Aku memberi isyarat untuk diam . Dani yang leka bernyanyi ditepuk bahu oleh dina .
" WOI ! "
Kami menjerit dengan serentak dan terus lari turun ke kantin .
Kami berbincang tentang apa yang baru sahaja berlaku tadi , Pernafasan ku turun naik tak henti2 ." aku dengar ada orang menjerit mcm marah kita . Maybe mak cik cleaner ? " mungkin betul juga ape yg Dina cakap .
" tapi suara tu macam suara lelaki , kita mana ada cleaner lelaki . " dani menafikannya .
" Aku tak dapat dengar dengan jelas tadi sebab macam dia tak bercakap bahasa kita au . "
Kami tidak puas hati jikalau tuan mata sendiri tidak lihat ' benda ' tu.
Kami bercadang untuk menyiasat ala-ala membuat paranormal di dewan tersebut.
Kami sudah sampai di dewan , dengan tiada perasaan takut .. Aku mula menyanyi lagu wonder pets diikuti dina..
Dani ditinggalkan jauh di belakang hanya aku dan dina sahaja yang mara ke hadapan maklum lah kami paling tua.
Aku mendapati dani bersuka ria di belakang sambil berjoget-joget .
Aku hanya tergelak dan sambung menyanyi sambil meneruskan perjalanan ke pentas dewan tiba-tiba dina berhenti bernyanyi .
Aku pelik dengan tindakan dina , Dalam beberapa saat dia lari sambil menjerit aku pula mengikutinya juga kerana terkejut aku turut menjerit .
Semasa aku berlari, aku sempat pandang dani yang kaku tidak bergerak aku memanggilnya barulah dia macam tersedar .
" kenapa tadi weh ? " tanyaku sambil nafasku naik turun .
" mula-mula aku tak nampak apa2 lepas aku perhati dekat langsir merah tu tiba2 keluar bayang-bayang hitam pastu aku perhati je dia aku dapat lihat yang kepala dia makin kedepan dia tiada muka hanya bentuk badan je yang aku nampak . " terang dina
" aku rasa dia makcik cleaner lah , sebab aku dengar suara makcik tu jerit " kata dina
" dia lelaki lah ! "
" tak perempuan "
" lelaki , klau dia makcik cleaner dah lama dia halau kita dengan batang penyapu macam haritu "
" tapi suara dia macam perempuan la ! " kata dina yang masih membantah
" sudahlah jangan gaduh.. Yang penting kita selamat.. Tapi aku risau lah kalau dia makcik cleaner pastu bagitahu cikgu yang kita main dalam dewan camna ? " terangku
Kami hanya menghiraukan perkara tadi . Mungkin dina hanya berhalusinasi kerana ketakutan .
👻
Aku pergi sekolah macam biasa.. Jumpa rakan-rakan. Aku tanya dani
" dina tak datang lagi? "
" Belum weh , Dah seminggu dia tak datang.. "