Jiran ialah orang yg tinggal berdekatan dengan kawasan perumahan kita , semua org Ada jiran .. Termasuk aku . aku berjiran dgn seorang psycho .Aku bangun dari tidurku yg nyenyak tadi .. Aku membersihkan tubuh ku , mandi , gosok gigi .. Selesai sahaja membersihkan tubuhku aku akan bersarapan sedikit bijirin .
MEOW ~
" Ahh aku terlupa nak bagi MinMin makan " degus hatiku sambil mengusap bulu kucing berwarna jingga .
Sebelum aku bersarapan , aku memberi MinMin makan dulu .. Untuk mengisi perutnya sebelum kerja
Selesai sahaja bersarapan , jam menunjukkan pukul 6 pagi . aku dgn segeranya mengambil kunci keretaku dan HP samsungku .
Seperti biasa surat khabar yg dihantar oleh budak-budak tersebut berada di pintu grill ku .
Aku dgn tergesa-gesa utk mendapatkan tempat kereta Ku di parking .
" Zura !! Tunggu sekejap ! "
Yes , tu lah Mina jiran aku yg psycho tu .
Belum sempat aku menutup pintu keretaku , dia sempat menahan pintuku . perempuan tinggi lampai itu hanya memberi senyuman manis semanis gula ( dah kenapa author -_- )
"Zura nanti datang la rumah Mina , Saya masak pasta tau "
" okok .. Saya lewat dah ni.. Malam nanti ok ? "" ala... Nanti sejuk tak sedap la kak Zura . "
" tapi Akak kena pergi kerja ni . sorry eh Mina " aku hanya menutup pintu lalu memecut keretaku laju .
Sah aku kena marah dengan bos baru aku . Dah lah first day .. Aku hanya duduk di sofa yang empuk di dalam office baru ku .
Ting!
Satu mesej muncul .
" Akak , Mina bagi MinMin makan tau .. Jangan lupa singgah rumah Mina malam nanti .. Mina buat steek untuk akak okay ? " .
Aku hanya membalas ok . Dan sambung membuat kerjaku sampai lah pukul 10:00 .
Aku turun ke parking lot untuk mendapatkan kereta Ku .. Perutku lapar dari tadi hanya mkn roti sahaja .. Bila teringat balik yang Mina just steek perut Ku tiba-tiba berbunyi .
Setiba sahaja ku ke rumah . aku nampak Mina berdiri di depan pintu grill rumahnya dgn senyuman yang creepy .
Mungkin dia menantikan kepulangan ku .. Aku hanya membalas senyumannya dan masuk ke rumahnya dan menikmati steek yang dihidangkan olehnya .
Aku balik ke rumahku .. Kepenatan melanda .. Selalunya MinMin akan menjemputku di depan pintu rumah , tapi kali ni takde pula .