Aku memang hidup serdahana , Aku hanya tinggal di apartment tu pon sewa je . Adik aku ni ngada-ngada sikit . Ramai orang ejek dia miskin .
One day , dia mintak dekat mak aku untuk berpindah ke sebuah rumah 2 tingkat . Aku memang dah agak mak aku takkan bagi Tapi lain pula jawapan dia .
Dia bersetuju dengan idea adik aku . Aku pun pelik macam mana mak aku bagi .
Last 2 week . mak aku kejutkan aku untuk mencari rumah disekitar kawasan tersebut . Dua tiga hari jugalah cari , Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya .
Aku hanya memasang telinga semasa mak aku bercakap telefon dengan tuan rumah . Yang aku dengar harga rumah ni tak mahal untuk di sewa yang aku pelik rumah ni dahla conerlot then rumah ni besar kenapa murah ?
Keesokanya , aku dan keluarga dapat menjenguk rumah tersebut sambil basuh rumah tu .
Sementara mak aku bercakap-cakap di bawah aku bercadang untuk naik ke atas untuk melihat bilik maklumlah tak pernah dapat bilik sendiri asyik kongsi je .
Aku naik dan aku nampak sebuah bilik yang pintunya di tampal poster .. Poster itu kelihatan sudah terkoyak-koyak .. Jadi aku memutuskan untuk cabut je .
Dibelakang poster tu ada tanda salib yang dilukis dengan pensil . Aku just abaikan maybe owner lama rumah ni orang kristian . Aku turun balik ke ruang tamu .
" rumah ini dulu orang Islam duduk . " peliknya , kenapa owner dulu Islam but ada tanda salib di pintu .
Aku mula tak sedap hati kerana aku mendengar macam - macam bunyi .. Bunyi budak cina menyanyi , Bunyi guli and bunyi budak berlari .
Aku juga pernah kena tindih dengan ' benda ' tu semasa tidur di rumah baru ini .. Aku memutuskan tidak bagitahu emak ku kerana emak aku susah payah mencari rumah ni and kalau aku bagitau mesti dia nak pindah .
One day , jiran aku datang ke rumah dan menanyakan tentang adiku yang kuat menangis emak aku hanya membalas perut bayi itu kembung sahaja .
Aku terdengar jiran aku cakap .. " dulu orang cina yang duduk rumah ni . Dia ada sorang anak tunggal yang kuat menangis . Ada orang cakap budak tu kena santau , one day ayah dia tak tahan dengan anak dia , ayah dia mendera dan akhirnya budak tu mati dan tidak ditanam terus dibaling kat hutan sebelah rumah kamu tu . Pada mulanya saya tak nak bagitahu tapi saya rasa bersalah pula minta maaf ye . "
Patut la aku dengar budak cina menyanyi .
Kitaorang terus pindah .
Haritu juga .
Dan anak cina tu ikut kitaorang ke rumah baru kitaorang .