Ice Cream 👻

289 25 3
                                    


Mary seorang budak kecil yang berambut panjang dan dijaling menggunakan reben merah . Mary berumur 3 tahun dan masih tidak pandai berkata kata . Manakala adiknya Melina sedang tidur .

Pada suatu hari , Ibu Mary iaitu Isabella sedang menghiris sayur di dapur manakala bapanya John sedang membaca surat khabar .

Mary sedang bermain dihalaman rumah nya bersama Koki anjing , binatang peliharaannya .

Selang beberapa minit , Mary kedengaran musik seperti van ice cream .

Bila van itu berhenti di hadapan rumah Mary , Mary bergegas masuk ke dalam rumahnya dan meminta wang dari pada ibunya untuk membeli ice cream . Mary menarik baju ibunya tanda memujuk .

Ibunya hanya diam dan sambung menghiris sayur .

Mary menarik baju ibunya buat kali yang kedua dan kali ini dia berjaya menarik perhatian ibunya .

Ibunya mendonggakan dagu bermaksud ' nak apa '

Mary hanya menujukkan satu di jarinya .

Issabella hanya mengganguk lalu menggosok kepala Mary

Selepas itu , ibunya menghalakan pisau di kepalanya anaknya Mary .

CHARK !

BUNYI SESUATU TERKOYAK .

Reben merah dirambut Mary putus . Lalu Issabella meletakkan reben tersebut ke jari nya . Mary terus ikat reben merah tersebut di jari kelingking ibunya .

Dengan perlahan lahan ibunya mengambil pisau dan mengihiris jarinya . Darah terpercik ke muka Mary dan Mary hanya endahkan sahaja .

Selepas jari ibunya terputus , Mary cepat cepat mengambil jari ibunya tersebut lalu keluar dari rumah .

Mary mendapatkan van ice cream dan tingkap van tersebut dibuka dan hanya gelap sahaja di dalamnya .

Mary meletakkan jari ibunya tadi ke atas meja van tersebut dan seorang pakcik mengeluarkan kepalanya dan mengambil jari tersebut .

Pakcik tersebut yang dikenali sebagai Grandpa Van meletakkan jari tersebut ke dalam sebuah botol yang berisi air dan terdapat banyak jari di dalamnya .

Grandpa van menghulurkan ice cream kepada Mary dan pergi .

Ibunya hanya berbuat seperti biasa , barangkali sudah banyak kali jarinya dihiris untuk anaknya kan ?

HOT CREEPYWhere stories live. Discover now