Sehelai demi sehelai muka surat sebuah album gambar, di dalamnya sudah tentu sangat bermakna bagi si penyelak pada saat ini. Raishah, iya itu nama bagi seseorang yang sedang mengamati foto-foto keluarganya. Wajahnya sudah pasti tampak sayu, apabila mengingatkan orang yang ia sayang, papa nya. Papa nya telah meninggalkan dirinya, malah bukan hanya dirinya, bahkan ibunya dan abang-abangnya, pergi meninggalkan mereka untuk selamanya. Melihat papa bersama keluarganya, dia juga berada di salah satu gambar yang sangat menarik perhatian sesiapa saja yang melihatnya. Gambar sebuah keluarga yang sedang senyum, ketawa, bahagia dalam satu gambar memberi seribu satu erti yang sangat dalam menusuk hati. Raishah mengamati dalam-dalam gambar tersebut, sejujurnya tidak boleh dinafikan yang air matanya kini berjujuran laju jatuh tepat pada album itu. Benar-benar menghayati perasaannya pada ketika ini, lama ia terpaku di situ...
Tetiba ketukan pintu hadapan kedengaran diketuk seseorang, raishah yang pada ketika ini masih berada di ruang tamu baru tersedar dari lamunannya yang seketika ini berhenti begitu saja. Raishah mengesat air mata nya menggunakan telapak tangannya dan cepat-cepat menutup album lalu meletakkan di atas meja yang berada di hadapannya. Raishah bingkas bangun berdiri berjalan laju untuk mendapatkan pintu yang diketuk oleh tetamu, mungkin.
Pintu perlahan-lahan dibuka raishah dari dalam tentu saja, tidak mungkin dari luar kerana raishah berada di dalam rumah. Seorang susuk tubuh manusia dan diikuti tiga lagi susuk manusia yang masih lagi mahu keluar dari sebuah kereta, raishah mengenal kereta itu dan siapa pemiliknya, kereta itu milik abangnya yang pertama yang bernama Anas Farhan, panggil saja Anas atau Farhan atau Anas Farhan, mana-mana boleh, ikut kenyamanan hati masing-masing. Tapi kalau nak panggil 'sayang' tak bolehlah sebab dia ni dah bertunang, hah jangan macam-macam kang nanti kena serbu pulak rumah tu dengan tunangan si abang aku anas ni hehe.
"Assalamualaikum dik, hah buat ape je kat umah ni, hmm ni mata ni merah kenapa? adik nangis ke?" abang ku anas memulakan pertanyaan yang aku yakin akan di tanyakan kepada aku ni. tangannya memegang pipi aku lembut menatapku dalam.
"Waalaikumussalam bang, eh tak de lah, mane ade nangis, tu tadi adik baru lepas je habis potong bawang merah tu hah, tu yang mata jadi macam ni." kebohongan yang akan dikesan tak lama lagi. Maklumlah raishah bukan pelakon drama sangat hebat yang diberi tawaran begitu banyak kepadanya. haha habislah aku.
"hmm yelah tu." abang anas terus melangkah masuk ke dalam rumah, atau mungkin menuju ke dapur untuk mengecek aku tengah tipu dia atau tak. hmm. aku membiarkan ia pergi saja, aku menatap bayangan yang makin menjauh itu, dan syukurlah ia menaiki tangga menuju biliknya bukan ke dapur. hufft lega rasanya. dan tiba-tiba ada yang menepuk pelan bahu aku dari belakang, memang terkejut tapi aku berpura dan simpan semua rasa terkejut aku tu. berusaha menoleh mendapatkan siapakah gerangan pemilik tangan tersebut.
"Assalamualaikum adik abang seorang yang paling comel ni" hah rupanya dia ni lah pemilik tangan sado tadi, hmm sado lah sangat haha. ni pulak abang aku yang kedua, nak tahu nama dia tak? mestilah nak tahu kan, ni raishah bagitau ni, nama dia Aliff Faiz, macam biasa, suka hati lah nak panggil dia ni apa, aku tak kesah pun. haha. dan dia ni paling manjakan aku, aku pun tak tahulah kenapa, hmm tapi aku bersyukur dapat abang macam dia ni, senang sangat nak buat aku ketawa. hehe
"eh bukan ke abang ade adik lagi satu? kenapa cakap adik ni adik abang sorang aje? btw yang pasal comel tu terima kasih ye." aku pun tersenyum menunduk sedikit untuk berterima kasih haha.
"hmm ohh si mirul tu, hmm kalau dia tu tak comel lah adik, kalau nak dibanding kan dia dengan abang, abang lagi plus plus plus comel tau dik. dia tu biasa-biasa je. haha" ketawa kami sama-sama terlepas memecahkan suasana krik krik rumah ini.
"oh abang, kalau bab-bab membahan ni nombor satu ea." geli hati mendengar kata-kata abang Aliff sebentar tadi.
Kedatangan mama dengan abang aku yang ketiga baru muncul. dan sebelum aku terlupa, cuma nak bagitau yang abang aku ketiga ni nama dia Amirul Hafidz, bukan apa, aku takut korang semua tak tahu nak panggil dia apa nanti. huhu
"Assalamualaikum adik" mama dan abang mirul berkata serentak dan saksama, sehati sejiwa lah katakan.
"Waalaikumussalam mama dan abang mirul yang tercinta." aku pun tersenyum sampai ke telinga.
"eh eh apa dia? tercinta? habis yang abang tadi tak cinta ke? " abang aliff merajuk olok-olok, seriously abang aku yang satu ni memang macam ni, dia ni memang suka merajuk, macam budak-budak kecik. memang dah biasa dengan dia ni. haishh susah ni nak pujuk kalau dah mula perangai dia ni.
"eh oh terlupa pulak adik, iye iye abang aliff yang tercinta tersayang eh semuanya lah. abang jangan lah merajuk. Orang tua-tua kata kalau asyik merajuk je ni nanti cepat tua tau, macam orang tua-tua yang cakap tu. kan betul kan mama, abang mirul? kan kan? " aku menoleh ke arah mama dan abang amirul sambil mengenyitkan mata berkali-kali kepada mereka. supaya faham bahasa isyarat yang diberikan aku ni.
"hah ha'ah bang, betul kata adik ni, nanti cepat tua. kan mama kan?" abang mirul menyenggol siku pada mama.
"oh iya iya, betul betul betul." mama meniru aksi ipin.
"hish apalah korang semua ni, bukan ke kalau marah yang baru cepat tua. " abang aliff memperbetulkan kami semua. padahal memang saja je cakp macam tu kat abang aliff ni. haha
"eh iyeke? oh salah lah kalau macam tu, ingatkan merajuk cepat tua, rupanya marah baru cepat tua. oh okay okay, sorrylah adik salah pulak hehe, terima kasih sebab betulkan adik tau bang, hmm kalau tak ade abang mesti adik, abang mirul dengan mama ni dah terpesong jauh tenggelam ke dasar laut dah. nasib baik abang ade, kalau tak, tak tahu lah apa nak jadi dengan kita ni kan kan?" sekali lagi aku mengenyitkan mata pada mama dan abang mirul.
"hah ye ye be betul tu kata adik ni. kan mama kan?" kali ini abang mirul menyuit lengan mama pula.
"hmm i iye betul betul betul" mama tak habis-habis dengan ipin dia tu hmm..
"hmm sudah-sudah lah tu, kalau nak bebual pun masuk lah dalam dulu, ni kat depan pintu pun jadi eh." kedengaran suara abang anas dari atas menuju turun mengunakan tangga, dan maklumlah rumah kita ni tak ade lift, tak macam rumah korang semua kan, hmm kita tau lah.
"eh lupa pulak nak masuk, rancak sangat berborak ni sampai lupa hehe." aku mula bersuara.
kami pun masuk ke dalam rumah...
sekian tamat sudah cerita...untuk bab satu nii...
kk jumpa lagi...
kalau dapat lah tapi...
YOU ARE READING
Raishah Humaira (Hold)
RomanceMengisahkan papa Raishah meninggal, dan dia mendapat keluarga tirinya. Dan tak disangka, abang tirinya itu adalah orang yang pernah Raishah suka ketika umurnya 9 tahun.