Bila semua dah ada di rumah ni, rasanya memanglah menyeronokkan, boleh sakat-menyakat, bahan-membahan, sindir-menyindir, hmm kalau boleh semuanya lah, tapi tu lah mesti ada satu yang kekurangan, gelak tawa, tangis air mata dari papa. Bila teringat mesti rasa sebak tu ada, tipulah kalau tak ada kan?! bila orang yang kita sayang tu dah tak ada, walaupun tak dapat lihat dengan mata kasar raga yang selalu menemani kita tu dengan nyata, tapi dia still akan sentiasa ada dalam hati kita ni selalu. hmm aku tak tipu yang aku memang rindu kan papa. Memang sangat berbeza bila tiada kedatangan papa. Berhenti sekejap ingat kat papa, sekarang ni kena berada di dunia nyata.
So bila petang tadi semua dah balik, kita semua sembang lah apa yang terlintas kat fikiran ni, melepaskan rindu lah katakan, maklumlah abang-abang aku dengan mama baru balik bercuti. Hmm aku je sorang yang kena jaga rumah, memang tak adil kan. Tapi apa kan daya, aku ni kena sekolah, tahun ni spm kang nanti kalau tak datang, ada sejarah yang keluarga aku ni, aku sorang je gagal, perghh memang malulah kan. Dan kalau aku pergi siapa pula nak jaga si gendut tu. Siapalah nak bagi makan kat dia tu, kalau aku ikut, entah-entah dah mati kebuluran dah kucing aku tu, sorry lah aku bagi nama dia 'gendut' , habis dia gemok sangat, tu lah siapa suruh makan bebanyak, kan dah macam tu pergi perutnya, kalau pergi dia sikit tak apa, ni pergi nya memang banyak, tak macam kucing jiran sebelah rumah tu kurus sikit, maybe sebab kucing jiran tu betina kot, jaga badan lah katakan, yang 'gendut' ni jantan, hmm memang patutlah gemok hahaha. k k gurau. Lepas bebual dengan dia orang, aku terus naik atas buat apa yang patut, mandi, solat asar. hmm Dah dah aku ni sebenarnya nak kena turun bawah, sebab nak masak makan malam untuk keluarga, bukan untuk suami eh! jangan fikir bukan-bukan, kang kena pukul kang nanti haha. kk bye
Rai turun ke bawah melaju ke dapur. Kerja pertama mestilah kena tanak beras dulu, kang ada tak pasal-pasal lauk dah siap nasi tak ada. haha. k k so untuk malam ni kena masak sedap-sedap sikit sebagai tanda penghargaan menyambut kepulangan keluarga yang pergi holiday best-best tapi tak ajak aku, hikss hikss sedih mengenangkan nasib badan haha.
Rai ni gua cakap dengan lu kan, dia ni memang boleh masuk master chef sebab dia punya rasa air tangan tu lain macam pergi dia, ramalan berita terkini sensasi semalam pun ada mengatakan, menafikan, menyatakan yang rai boleh mengalahkan chef wan tau, hah tak pasal-pasal chef wan tukar nama chef two sebab kalah dengan rai. haha. hehe sorry over pulak.
Kedengaran bawang-bawang besar, kecil, kurus, gemok dan sebagainya dihiris mengikut kata hati sambil menutup mata, jangan cakap rai tak payung ea, bunyi minyak masak jenama 'saji' menggelegak di dalam kuali yang berjenama berkualiti tinggi lupa jenama apa tapi yang penting mahal kuali tu, menandakan sudah tiba masanya untuk memulakan langkah berjaga-jaga sebab takut terperecik minyak tu kena muka, Warning, tidak boleh meniru aksi ini dirumah, yang dibenarkan ialah orang-orang yang terer seperti chef rai kita sahaja, harap maklum, jangan salahkan saya jika berlaku perkara yang tidak diingini, sekian.!!! . Chef rai kita mula menumis dengan caranya yang tersendiri, tak ada siapa yang boleh tiru gayanya. Setelah 25 minit berlalu, semua hidangan telah tersedia.
Rai meletakkan semua hidangan di atas meja, selesai menghias dan menyusun rapi meja makan dengan pelbagai jenis pinggan mangkuk, seperti periuk belanga, besen, kuali, tong gas dan tong sampah, rai meluru pantas ke atas untuk memanggil abang-abangnya dan mama makan bersama-sama. *yang macam melebih tu penulis saja menambah untuk menghiburkan hati para pembaca dengan loyar buruk yang tidak seberapa. maaf.*
Rai mulakan dengan memanggil abang aliff dulu, maklumlah bilik dia paling dekat dengan tangga.
"Bang aliff! ohh bang aliff, bang aliff buat ape je tu, rai dah siap masak dah ni, jom lah kita makan sesama!." rai mengetuk pintu bilik bang aliff.
Daun pintu mula memainkan peranan untuk membukakan dirinya.
"hmm nak apa rai, bising-bising ni." bang aliff menggosok mata dengan tangan kanannya. Menandakan yang dia baru saja bangun dari tidur nyenyaknya, ni kalau rai tak kejutkan gamaknya dia esok pun belum tentu bangun, sebab dia ni memang kalau tidur ,tidur mati haha. mungkin penat sangat kot baru balik melancong.
"oi tak mandi lagi ke dari balik tadi, hish kau ni bang, dah lah gi mandi, busuk tau tak, kang tak pasal-pasal kak epa lari cari boyfriend lain kang baru tau." saja rai membawa-bawa nama kak atiffa dalam percakapannya itu.
"hish apalah adek ni, kak epa kau tu tak kan cari orang lain lah, abang tau lah dia tu macam mana, walaupun abang tak mandi seminggu pun dia masih sayang lagi tau kat abang ni. kau apa tau kau budak kecik lagi. couple pun belum pernah haha." abang aliff masuk air jap. hmm tetiba nama rai pula yang naik, layankan je lah abang kau ni rai.
"hmm dah dah tak payah nak perasan sangat k, dan jangan nak naikkan nama rai pula ea, orang cerita pasal dia, dia cerita pasal kita pula. Dah cepat mandi, gi solat sekali, pastu turun makan, rai dah siap masak tu. tau bang!!." rai mengingatkan bang aliff.
"baiklah tuan puteri, nanti patik turun ye." bang aliff senyum-senyum haha.
Selesai memanggil semua turun, tiba masanya untuk mencekik beramai-ramai.
"hmm anak-anak semua, mama ada benda nak cakap ni. harap kau orang semua boleh terima apa yang mama nak cakapkan ni." mama tetiba berkata sebegitu. seram sejuk pulak rasanya menunggu apa yang ingin mama katakan.
"apa dia ma?! cakap je. kita orang tak sabar nak tau ni." bang anas menyambung. aku dengan yang lain hanya mengangguk sambil sambung menyuap makanan lima bintang ke dalam mulut masing-masing.
"hmm sebenarnya mama dah jumpa someone , dan mungkin dia orang yang tepat untuk jadi ayah tiri kamu semua. jadi mama rasa dah tiba masanya mama cari teman hidup yang lain setelah papa kamu meninggal. Dah 3 tahun papa kamu tinggalkan kita semua. dan mama dah buat keputusan yang tak lama lagi mama akan berkahwin dengan dia." habis saja mama menyatakan hasrat nya.
"apa!! mama nak kahwin lagiii .!!" kata 'lagi' memang kita semua sengaja tekan kan. serius muka kita orang ni adik beradik terkejut beruk, tak sangka yang mama akan berkahwin lagi, tapi siapa kah dia?!
"ha'ah. kenapa kamu semua tak setuju ke dengan apa yang mama cakapkan ni?" tanya mama resah takut-takut.
"err bukan kita orang ni tak setuju mama, tapi mama dah fikir ke masak-masak? kita orang taknak mama bersedih lagi, tapi dah kalau itu yang membuatkan mama bahagia lagi, kita orang setuju je ma." abang sulung berkata lagi.
"hmm iye mama dah fikir dah, dan mama dah buat keputusan. Dan kalau semua setuju, nanti hujung minggu ni mama akan suruh keluarga dia datang rumah kita." jelas mama lagi.
"hujung minggu ni mama? biar betul? cepatnya mama." aku terkejut apa yang mama katakan.
"iye rai, hujung minggu ni, sebab mama nak kamu semua ni kenal dengan bakal keluarga tiri kamu semua. dan mama harap semuanya boleh sambut kedatangan mereka dengan baik." mama buat aku tak percaya, rasa macam mimpi yang aku akan dapat ayah tiri dan keluarga tiri.
"iye kita orang akan sambut dengan baik ma." abang aliff tersenyum.
"iye mama jangan risau k." abang mirul menyambung.
"rai pun ma." aku pula beri kata penutup.
*******
maaf lah kalau cerita ni tak berapa nak best. maaf lagi sekali.
YOU ARE READING
Raishah Humaira (Hold)
RomanceMengisahkan papa Raishah meninggal, dan dia mendapat keluarga tirinya. Dan tak disangka, abang tirinya itu adalah orang yang pernah Raishah suka ketika umurnya 9 tahun.