Setelah kejadian mama Rai mengumumkan yang dia akan berkahwin lagi, sejujurnya Rai memang belum bersedia untuk mempunyai 'ayah' lagi. Mungkin dia tidak akan pernah bersedia?! hmm tapi nak buat macam mana lagi, itu yang mama mahukan, dan itu yang boleh buat mama bahagia lagi disamping seseorang yang bergelar 'suami' untuknya walaupun untuk kali yang kedua. Memang tak dinafikan yang Rai rasa teringin sangat nak tahu siapa kah gerangan?! siapakah yang akan jadi ayah tirinya kelak. hmm tua sangat ke?! atau pun bujang terlajak, persoalan yang sama masih bermain-main di benak Rai. Tidak sabar rasanya ingin bertemu bakal keluarga tirinya, tapi rasa takut pun ada menguasai diri Rai. Dan dia akan bersua dengan mereka pada keesokan harinya, Rai nervous pada saat ini. Sekarang ni dia tidak perlu memikirkan perkara itu lagi dan hanya perlu menutup kedua-dua kelopak matanya lalu tidur menunggu hari esok.
***
Rai terbangun kerana jam loncengnya berdering dengan nyaring sekali. Jam menunjukkan tepat pukul 5:04 pagi, Rai mematikan jam loncengnya lalu duduk selepas selesai menggeliat, gosok mata dan baca doa bangun tidur menjadi rutin hariannya pada setiap bangun pagi. Rai bangun dari katil dan terus membersihkan tempat peraduannya, lalu bergegas mengambil sehelai tuala menuju ke arah bilik air. Selesai mandi dan mengambil wudhu, Rai keluar solat subuh. Hari ini Rai pakai dress warna Merah, kalau nak diikutkan hati ingin saja dia pakai t-shirt dengan seluar jeans sahaja, tapi disebabkan tetamu nak datang ni, pakai lah elok-elok sikit, lagi-lagi yang nak datang bakal keluarga, pergh nervous yang semalam punya pun belum pudar walaupun sedikit, memang rasa seram sejuk salji aircond beruang kutub selatan utara pun Ada, Rai memang tak tipu, tolonglah percaya kali ni je. Please !.. haha..
"dek! adik dah siap belum?! " suara abang aliff kedengaran dibalik daun pintu bilik Rai.
"apa dia bang, Rai dah siap dah ni." Rai membuka daun pintu biliknya. dan nampak bang aliff terpacak disitu.
"tetamu dah sampai dah tu dek, jom lah turun." bang aliff memberitahu bahawa tetamu yang dinanti telah tiba, dan berita ini membuat aku menjadi semakin nervous huft.
"hah! serius ke bang? cepatnya sampai, perasaan nervous adik ni pun belum hilang lagi tau. Malu lah bang nak jumpa keluarga tu." aku masih lagi terkejut. Lutut ni pun dah mula rasa lembik.
"Alah, tak payah malu lah dik, abang kan ada untuk temankan adik, dah lah jom, nanti lambat pula kita berdua ni." kata abang aliff sedikit meredakan rasa takut aku. Lalu abang aliff menarik tanganku dan membawa turun ke bawah bersama dirinya.
Tangan Rai masih lagi di dalam genggaman erat tangan abang nya aliff, bersebelahan berusaha menuruni anak tangga satu persatu, nafas mula jadi tak keruan, naik turun naik turun dengan laju dari tadi. Habis semua anak-anak tangga yang telah aku dan bang aliff lewati, baru sahaja menjejakkan kaki ke bawah menuju keluarga tersebut. Aku Boleh nampak dari jauh yang mereka gelak sakan bersama, kedengaran ketawa mereka pun tak nak mengalah kuat nya. Lagi beberapa tapak saja langkah hampir mendekati mereka, perasaan takut tu datang lagi bilamana semua melihat ke arah kami berdua, lebih tepat lagi jauh menusuk tajam renungan mereka semua terhadap diriku. Gelak tawa yang sangat meriah tadi tetiba berubah secara drastik menukar pandangan datar tapi tajam ke arahku penuh dengan berminat ingin tahu siapa aku, atau mungkin terkejut akan kehadiran kami. Ingin saja sekarang aku berlari ke atas, tapi tangan bang aliff tersangat kemas memegang tangan ku sehingga niat ku tadi segera hilang begitu sahaja. Dan aku tersedar bahawa seseorang memanggil nama ku untuk datang kepadanya. Iya, itu mama yang menyebut nama ku.
"Rai sini!." panggil mama tersenyum manis memandangku. Hanya mama yang tersenyum pada saat ini, dan semua cuma menatapku lekat seperti tadi, seperti kaku melihatku. Aku pun memberanikan diri mendekati mama dan cepat-cepat mendapatkan tangannya.
"hah! ini lah Rai, satu-satunya anak perempuan saya dan anak bungsu kami." mama memperkenalkan diriku, aku terpaku seketika. Dan keluarga yang bakal menjadi keluargaku pun tersenyum kecuali dia. Iya dia, seorang lelaki muda bertopi berkacamata hitam, muka bajet macam nerd smart gitu. Muka macam budak bajet hensem ar ni citer dia, dan yang buat aku tergamam apabila menyadari baju yang dipakai lelaki itu berwarna merah sama sepertiku. Tapi dia memakai t-shirt biasa yang disarung jacket diluarnya. Dan mungkin dia salah satu anak kepada lelaki yang akan bergelar 'ayah' ku tak lama lagi.
"ohh jadi inilah rai, cantik orangnya." bakal ayah tiriku mula bersuara memandangku tersenyum. Aku hanya tersenyum manis mengangguk kepadanya setelah beliau berkata begitu kepadaku. Sebelah lelaki itu terdapat dua orang anak perempuan yang seorang mungkin masih bersekolah rendah dan satu lagi kemungkinan bersekolah menengah seperti ku, yang pasti dia junior ku. Dan mataku tertuju sebelah perempuan belasan tahun itu, lelaki yang tadi ku katakan, dia hanya acuh tak acuh melihat ku, mungkin dia tak suka aku yang akan jadi keluarganya nanti.
"Oh ya Rai, ni acik nak kenal kan dengan anak-anak acik ni, yang sebelah acik ni 9 tahun Anis Darwisyah namanya, yang sebelah Anis ni akak dia, umur 14 namanya Aina Daniyah, dan yang hujung tu Aniq Darwisy namanya umur dia....." kata bakal ayah tiriku terpotong apabila Aniq bersuara.
"16." pendek saja aniq berkata. Tapi muka dia masih tak berubah, macam tak ada perasaan je muka dia ni, rasa nak pijak pun ada jugak.
"ha iya 16" ayah nya seperti serba salah untuk mengulang kembali kata Aniq.
"oh ok. Saya Rai, Raishah Humaira, panggil je Rai. Umur 17." aku memberanikan diri perkenalkan diri sendiri dihadapan mereka.
"So maknanya kau dah jadi akak lah dik, jadi sekarang ni dah tak payah panggil kau 'adik' lagi, panggil Akak Rai." abang anas berbunyi tetiba sambil senyum ke arahku. ok aku mengaku yang aku akan jadi akak kepada tiga orang adik, dua orang perempuan dan seorang lelaki.
"ha'ah lah abang anas, tak gitu bang aliff?!" bang mirul menyambung.
"iye tak ye jugak, kan Akak Raishah Humaira ." bang aliff dengan sengaja menekankan nama diriku.
Selepas bebual agak lama, tentang banyak benda dan salah satunya sudah pasti tentang majlis kahwin mama. Semua dirancang akan dibuat pada cuti sekolah seminggu bulan mac. Jadi bermakna lebih kurang sebulan saja lagi majlisnya. Sehabisnya cerita, mereka pulang, dan yang paling geram bila budak lelaki tu banyak diam dan muka tu memang tak reti nak senyum. Rasa panas je bila tengok muka dia tu.
*****
Untuk part ni pun sorry kalau tak berapa nak best, maklum saya bukan seorang penulis yang hebat. sorry again. :')
YOU ARE READING
Raishah Humaira (Hold)
RomanceMengisahkan papa Raishah meninggal, dan dia mendapat keluarga tirinya. Dan tak disangka, abang tirinya itu adalah orang yang pernah Raishah suka ketika umurnya 9 tahun.