Empat

226 7 0
                                    

Rai berada di sekolah pada saat ini, hari isnin lah katakan. Nak cerita lah sikit tentang Sekolah ni, memang besar tapi design dia lain sikit berbanding sekolah-sekolah lain yang ada di Malaysia ni. Sekolahnya ala ala macam cerita harry potter tu, penuh misteri, tu yang seronok tu, terasa yang diri ni macam emma watson lah pulak, haha. k k, selepas tamat perhimpunan di lapangan depan sekolah yang berlaku pada setiap hari. semua para pelajar dikehendaki naik ke kelas masing-masing untuk memulakan sesi membelajaran seperti hari-hari biasa.

"eh hai Rai, aku rindulah kat kau." Nisrina sahabatnya memeluk erat tubuh Rai. Rindu sangat akan sahabatnya itu.

"aku pun rindu kat kau jugak Rin." Rai melepaskan pelukan dan balas senyuman sahabat nya tadi.

"aku nak tanya ni Rai, kau dah siap belum kerja rumah yang Sir Adam bagi hari jumaat lepas tu?" tanya Rin kepadaku.

"aku dah siap dah, kenapa kau belum ke?" Rai mengerutkan keningnya mendengarkan pertanyaan Rin.

"ohh baguslah kalau macam tu, aku ada satu soalan ni belum siap, kau boleh tolong ajarkan tak?! sebab Semalam ingatkan nak datang rumah kau, tapi tu lah, ibu aku ajak keluar lah pulak suruh temankan pergi jumpa kawan-kawan dia, tu tak sempat nak pergi rumah kau Rai." jelas Rin meminta Rai mengajarnya.

"oh macam tu, boleh boleh, mana buku latihannya?!" Rai mengangguk setuju.

"ni hah! soalan nombor 19 ni, aku tak tahu nak buat macam mana lah." Rin mengeluarkan buku latihannya dari beg galasnya dan menunjukkan soalan yang ingin dia tanyakan.

"ohh yang ni senang je, macam ni....." Rai menjelaskan dengan teliti dan terperinci agar Rin faham.

***

Waktu pembelajaran telah tamat 6 minit yang lalu, tiba masa nya untuk menanti bang aliff datang menjemputku pulang. Sementara menunggu ni, aku sempat berborak dengan Rin sekejap.

"eh Rai, nanti petang kau nak tak keluar pergi jenjalan jap, temankan aku. boleh tak?" Rin mengajakku keluar.

"hah! keluar? petang ni? nak pergi mana kau Rin?" Rai memandang Rin.

"ha'ah, teman aku pergi makan ke petang nanti, tak apa aku belanja jangan risau, kau temankan aku je, ala boleh lah Rai." Rin merayu kepadaku agar mengikuti dirinya sambil membuat muka gediknya menarik-narik tanganku.

"hmm, ok bolehlah, tu pun sebab aku kesian dekat kau merayu mana ni tau." Rai menerima ajakan sahabatnya. Dan waktu yang sama kereta yang dipandu oleh bang aliff sudah sampai.

"oh ok ok nanti aku amik kau tau. bye" Rin melambaikan tangannya ke arah aku yang sedang berjalan mendekati kereta tersebut.

***

"So Rai macam mana hari ni sekolah, okay tak?" tanya bang aliff sesudah aku memasuki ke dalam keretanya.

"okay je bang. sama macam hari-hari biasa."

"oh k, nanti petang ikut abang nak tak?" bang aliff menatapku.

"ikut pergi mana pulak bang?" tanya aku balik pada bang aliff.

"alaa pergi tempat biasalah, pergi mana lagi, nak tak?" bang aliff mengajaknya pergi ke tempat yang selalu didatangi mereka berdua.

Raishah Humaira (Hold)Where stories live. Discover now