PART3

98 5 2
                                    



Huda's POV

Setelah membaca mesej daripada mama,aku terus mandi. Tasha terpaksa hantar aku pulang awal. Aku plan nak stay lebih lama di rumah Tasha. Tasha pun naik hairan dengan aku yang  tiba-tiba nak balik awal. Aku tak boleh nak bantah cakap mama,mama kalau dah datang angin taufan dia memang aku tak cukup tanah nak lari. Mesti ada benda mustahak nak dibincangkan. Selama ini,berbual pun jarang  tiba-tiba nak berbincang.

"Dah sampai."

"Apa aku nak cakap dengan mereka nanti?" Tasha mengenggam tangan aku yang mula terasa sejuk.

"Hei,kau kenapa ni? Gelabah sangat. Bukan kau tak biasa stay rumah aku kan? Parents kau pun tak kesah."

"Tapi kali ni lain!"

"Apa yang lain Huda?"

"Aku...aku tak tahu,aku rasa tak sedap hati."

"Ok,now..kau turun. Masuk dalam,jumpa mereka. Aku percaya tak ada apa-apa yang buruk akan berlaku."

"Tapi..."

"Trust me ok? Kalau ada apa-apa berlaku,terus contact aku." Tasha memintas sebelum aku sempat bercakap.

"Kau tahu kan aku sayang kau? Kau patut percayakan aku. Huda yang aku kenal,dia cool dan tak cepat gelabah macam ni." Sambung Tasha lagi. Aku tahu dia mahu menyenangkan hati aku.

"Aku turun dulu,nanti apa-apa aku call kau."

Dia mengangguk.

Sebelum aku turun dari kereta,Tasha mencium lembut bibirku.

"What was that for?" Soal aku,hairan.

"Legakan sikit hati kau." Jawab Tasha sambil melakar senyuman yang manis di bibirnya.

Aku membalas senyumannya lalu terus turun dari kereta.

Mario's POV

"Nah,air." Aku menghulur mug yang berisi air nescafe.

"Terima kasih,buat susah je." Kata Farish malu-malu.

"Alah tak susah pun,aku bancuh air tu lebih tadi. Layan cerita apa ni?"

"Kabhi kushi kabhi gham."

"Layan juga eh?" Aku tergelak untuk seketika,muka maskulin macam Farish ni boleh layan hindustan?

"Alah sekali-sekala je bro. Bukan selalu."

"Suka hati kau lah Farish,asalkan bahagia."

"Eh Mar,cuba kau tengok ni." Farish menunjuk  gambar seorang perempuan kepada aku di telefon bimbitnya.

"Kenapa?"

"Lawa tak?" Farish menyoal.

"Ha cantik lah tu,semua lengkap ada mata,hidung,mulut."

"Kau ni tengoklah betul-betul. tengok sekilas dah cakap cantik."

"Siapa tu? Girlfriend kau ke? Tiba-tiba tunjuk dekat aku."

"Eh,muka aku ni nak ada teman wanita? Memang tak lah. Dia ni friendlist aku,muka not bad tapi sayang betul." Riak wajah Farish jelas tampak kecewa.

"Dah kenapa kau ni?"

"Bukan apa,hari tu aku terserempak dengan dia dekat mamak. Lepas tu aku ingat nak  try dia,tengok tengok dia dah ada girlfriend. Siap bersayang-sayang lagi."

"Lesbian?"

"Yelah. Lepastu dia merokok pula. Terus tersentap jiwa raga. Aku lelaki pun tak pernah sentuh lagi benda tu."

"Umur dia dalam lingkungan berapa?" Tiba-tiba aku rasa tertarik untuk bertanya.

"About18."

"No wonder."

"Kenapa?"

"Budak baru nak naik,baru kenal erti dunia. Mudahlah terpengaruh. Nak pula dengan era globalisasi yang penuh dugaan dan cabaran ni."

"Amboi..bahasa kamus dewan kau guna."

Aku cuma gelak,tak sangka ayat pidato boleh terpacul keluar dari mulut. 


Huda's POV



"Memalukan betul! Aku nak letak mana muka aku ni. Semua jiran dah tahu,dasar anak tak kenang budi!"  Aku terpana bila papa menengking aku sebaik sahaja aku melihat gambar-gambar tadi. Aku tenung lama  gambar aku berpelukan dengan Zack. Memang jelas muka aku dalam gambar itu.

"Mana papa dapat gambar ni?" Aku memberanikan diri untuk bertanya, walaupun aku tahu itu salah aku. 

"Mana aku dapat gambar-gambar tu semua tak penting. Yang penting,kau memang dah conteng arang dekat muka kami. Anak jiran sebelah nampak kau dekat kawasan pub tu. Entah-entah kau dah sedap main dengan jantan mana masa tu,kami pun tak tahu. Berani kau balik semula rumah ni."

"Mind your word papa,selama ni ada papa dengan mama kisah pasal Huda? Pernah ke papa tanya 'dah makan ke belum', 'sihat ke tak', Langsung tak pernah! Tiba-tiba nak tuduh yang Huda main dengan jantan. Huda tak pernah main dengan mana-mana jantan! Lainlah papa! Papa cakap sekarang,dah berapa ramai pelacur papa bayar untuk puaskan nafsu papa! Shame on you!"

 Aku memang jahat. Aku tak macam gadis lain. Aku tak seayu dan sesuci gadis kampung. Tapi aku tak akan pernah gadai badan aku dekat jantan demi nafsu. 

"Stop it Huda." Papa memberi amaran sambil mengetap gigi tanda marahnya sudah sampai kemuncak. Dasar lelaki puaka,salah orang nampak. Salah dia buat tak tahu.

"Papa sama je macam mama. Dua-dua tak kesahkan Huda. Dua-dua nafsu kuda." Mama terpempan dengan ayat aku,dia meraup kasar wajahnya. Bukan aku tak pernah nampak dia bermesra dengan skandal dia.  Sudah lama aku pendam. Akhirnya terluah juga. Aku tahu,aku dah jatuh status anak derhaka. 

Tapi amarah dan nafsu aku sudah memuncak. Papa memang mencabar kesabaran aku kali ini.

"Kurang ajar!" Papa menampar aku sebelum membelasah aku sepuasnya. Mama dari tadi duduk membatu dia atas sofa. Mama cuba untuk menghalang papa daripada terus mebantai aku. Tapi kudrat mama tak sekuat papa.

Aku cuba mengelak apabila papa ingin memukul. Aku terus menolak papa apabila ada kesempatan lalu aku lari masuk ke dalam bilik.

Lega.

Bila rasa mengah dah kurang,aku menelek kesan lebam di badan yang mula rasa sakit. Muka aku habis bengkak ditampar dan ditumbuk oleh papa. Lunyai.

"Shit." Keluhku apabila melihat  muka yang lebam teruk di hadapan cermin,

Petang itu,aku menghabiskan masa dengan membersihkan luka-luka yang ada. Nasib Mak Nah tak ada tadi,cuti. Kalau tak,mesti kena bebel teruk dengan dia.

Sesuci Cinta Mualaf.Where stories live. Discover now