Dari jauh kelihatan figura seorang lelaki. Aku terus tersenyum lebar,badanku tidak berhenti bergoyang meliak-liuk di bawa alunan muzik yang rancak. Aku ke meja untuk meneguk rakus air kencing syaitan yang terletak di atas meja.
Lelaki tadi memaut bahuku,dasar lelaki. Suka ambil kesempatan dalam kesempitan,lagi kemas dia peluk bila aku dalam keadaan yang separuh sedar ini.
"Rindu ?" Aku terus tergelak besar,perasan sungguh!
"Of course not,big no ok. I nak lepak tapi member semua sibuk. Kalau tak buat apa I nak ajak you ke mari." Lantas aku bangun. Zack membuntuti aku dari belakang,aku nak sambung menari sebenarnya. Sambil tu memerhati ragam dan celoteh manusia,ada yang goyang tak ingat dunia, ada yang berasmaradana di tengah lautan manusia itu.
Selama aku lepak dekat kelab malam ni,tak ada pula rasa nak minum,menari bagai nak gila. Langsung tak pernah,aku cuma akan berbual sahaja dengan kawan-kawan.
Bagai dirasuk,aku terus memaut lengan sasa Zack. Mengajaknya untuk menari bersama. Aku peluk badan tegap milik Zack. Aku tidak sedar,aku tidak pernah dekat dengan lelaki seperti ini.
YOU ARE READING
Sesuci Cinta Mualaf.
RomanceCinta kerana Allah,cinta kerana Rasul dan bukan berlandaskan nafsu. Mati itu pasti,dunia ini fana' tapi In Shaa Allah cinta kita akan kekal hingga ke jannah dan yang pasti diredhai oleh-Nya -MUHAMMAD SAIFULLAH. Semoga hati ini tetap dan tidak akan b...