AMUSEMENT PARK

2.8K 384 32
                                    

Setelah tiba di rumah, member BTS yang lain hanya memandang Suga dan Jimin yang tercungap-cungap.

V: wowowow asal ni? Suga Hyung?

Suga: Ja-jangan tanya aku. T-tanya budak ni.

Suga masih cuba untuk menarik nafas daripada larian tadi.

Jin: Jimin?

Jimin: Urm... tak-takde pape...

Suga: Kau jangan nak tipu. Kau ade kata something pasal nyawa tadi.

Semua mata sedang memandang ke arah Jimin dan Jimin mengeluh.

Jimin: Okay fine. tapi, bagi aku rehat dulu.

Setelah beberapa minit, semua telah berkumpul di ruang tamu dengan mata yang tidak lepas daripada memandang Jimin.

Jimin: Korang... please jangan pandang aku mcm tu. Scary tahu tak.

Jin: okay cepat cerita.

Jimin mula menceritakan tentang apa yg dilihatnya di dalam mimpi. Dengan penuh teliti, tidak tertinggal walaupun sedikit.

Namjoon: Jadi, maksudnya kita tak boleh tinggalkan Jhope sorang² dekat rumah dan jangan bagi Jungkook main anak patung and bla bla bla?

Jimin mengangguk pantas.

Jimin: Diorang dalam bahaya kalau kita biarkan.

Jin: Cerita kau tu betul lah! Aku baru terfikir nak pergi shopping and tinggalkan Jhope yg tgh tidur tu.

Mereka semua memandang sekeliling. Betul. Jhope tiada bersama mereka. Dia sedang tidur. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk mempercayai kata-kata Jimin.

Jin: Okay, aku tak kesah. Perfume aku still dah habis. Kalau bahaya jangan tinggalkan Jhope sorang², bawak je lah dia sekali.

BTS: seriously Jin -.-

Jin: Ape?

V: Hyung please hyung. Kita pergi pagi esok je.

Jin: Fine fine fine.

Kali ini, Jin menerima kenyataan yang perfumenya sudah habis. Dan mereka semua mengambil masa ini untuk berbincang.

Namjoon: Okay, selain tu, takde benda yang bahaya kan Jimin?

Jimin: Takde... tapi kita still kena berhati-hati.

Jhope: Aku ada satu idea!

Semua mata tertumpu pada Jhope.

Jhope: Jom pergi taman tema nak?

Jungkook: Nak!!!

Suga: Aku malas nak keluar dan lagi satu memang bahaya kan kalau keluar?

V: Cakap je lah kau malas. Even kita stay je dekat rumah, kalau dah takdir kita mati jugak kan?

Semua terdiam berfikir sejak bila V ni genius. Tapi, memang betul apa yang dia katakan. Takdir.

Suga: whatever. korang semua memang serius tak swag. babai.

Suga berjalan menuju ke biliknya yang dikongsi berdua dengan Jimin.

V: membuta lah tu.

Jhope: Dah la... Jom pergi taman tema.

Jungkook: okay!

Jimin: Namjoon hyung ikut?

Namjoon: yup . biar aku drive.

Namjoon segera mencapai kunci kereta dan memandu kereta untuk pergi ke taman tema. Hanya mereka berlima yang pergi.

"Yeay!!!"

Dalam masa 20 minit, mereka tiba di taman tema itu. Semua kelihatan sangat gembira dan bersemangat kecuali Jimin.

V: kau okay?

Jimin: Okay. Tapi, macam.....

V: macam?

Jimin: takde pape lah. Jom!!

Oleh kerana Jhope dan Namjoon tidak berapa minat dengan permainan yang berkaitan dengan ketinggian, mereka bercadang untuk berjalan-jalan dan makan.

Jhope: Mungkin kita boleh tunggang kuda ke...

Itu adalah kata² terakhir Jhope sebelum dia dan Namjoon hilang daripada pandangan mereka.

Jungkook: Jadi.....

V: Jom pergi main!!!!

Mereka bertiga berlari ke kawasan roller coaster.

Jimin: Korang... aku rasa kita main benda lain je lah.

V: kenapa pulak- oh okay..... betul cakap Jimin.

Kata-kata mereka berdua membuatkan Jungkook mengeluh dengan kuat.

Jungkook: Tapi, kenapa?! Ni lah permainan yang paling best!

Sementara Jungkook memberontak, mereka berdua hanya menarik Jungkook ke permainan yang lain.

Jungkook: ape? roda Ferris? please hyung..

Mereka berdua tidak melayan karenah Jungkook tetapi hanya beratur untuk mendapat giliran.

V: senyap ah Jungkook. Nanti, bila balik aku suruh lah Jin beli anak patung baru untuk kau.

Pada mulanya Jungkook hanya mengalah dan beratur. Tetapi, apabila hampir 5 !unit menunggu, Jungkook merasakan seperti 5 jam. Terlalu lama.

"mungkin, kalau aku pergi senyap² diorang tak perasan."

Jungkook mengambil peluang ini untuk berlari pergi ke roller coaster. Dan, dia berjaya. Dia sudah menaikinya dan bersedia untuk bergerak.
Tapi, yang peliknya, tiada orang lain lagi yang menaiki nya . Hanya dia seorang.

"mungkin hari ni bertuah aku yeay"

Sementara itu, V dan Jimin sudah tiba di barisan paling hadapan di roda Ferris . Ketika mereka ingin memasukinya, Jungkook. Jungkook hilang.

Jimin: Mane Jungkook?!!!

V: Aku rasa...

Jimin: Tak . Jangan cakap dia pergi dekat roller coaster.

V: Tu yg aku nak cakap.

Jimin: Shit. Takkan lah Jungkook tak perasan?! Memang ramai yg naik. Tapi, yang aku nampak roller coaster tu akan datang dengan kosong dan tempat duduk tu penuh dengan darah.

Jimin dan V segera berlari mencari Jungkook. Tetapi, sudah terlambat. Ianya sudah bergerak.











___________________________________________________

Semua tunggu part seram ke? serius? 😱
Sorry sorry. Tunggu malam ni.

Tepat pukul 11 malam, author update.

And tolong baca waktu korang sorang² atau dalam gelap.

👻👻👻

CREEPY BTS [3]Where stories live. Discover now