"Aku dekat anak tangga yang ke lapan..."
............
"Aku dekat anak tangga yang terakhir...."
Kata² itu merupakan yang terakhir sebelum suara itu menghilang begitu saja.
Jungkook yang berada di dalam selimut sudah semakin berpeluh. Dengan beraninya dia mengintai daripada dalam selimut.
"Senyap je ???"
Sedang Jungkook memikirkan persoalannya, pintu biliknya di tolak dengan perlahan. Dengan segera Jungkook mengangkat kepalanya. Matanya tertumpu pada pintu.
Krekkk......
Pintu itu ditolak dengan betul-betul perlahan.
BANG !
Jungkook terlompat bila pintu biliknya dihempas kuat. Tetapi, tiada sesiapa pun. Jadi, dengan perlahan, Jungkook bangun daripada katilnya.
Jungkook berjalan ke arah pintu dan terlihat anak patung nya terbaring di situ .
Jungkook baru hendak menghembuskan nafas lega kerana bukan benda² yang pelik kacau dia. Tetapi, dia berfikir semula.
"Macam mana patung ni boleh sampai sini?"
Jungkook mengerling ke arah jam dinding di biliknya dan segera mengangkat anak patung itu untuk diletakkan di tempat asal.
"Baik aku jangan fikir macam². Pukul 3 pagi macam ni..."
Dengan berhati² Jungkook segera berjalan menuruni tangga. Jungkook meletakkannya semula di tempat asal.
Sebelum Jungkook menutup pintu, dia memberi satu pandangan akhir pada patung itu untuk memastikan yang dia tidak bergerak.
YOU ARE READING
CREEPY BTS [3]
HorrorThis is something u shouldn't read if you're scary cat🐯 [MALAY] Highest Ranking:- #3 in Horror