V yang merupakan rakan sebilik Jhope seperti merasakan sesuatu yang tidak baik berlaku bila dia merasakan tepi katilnya kosong.
"Mana Jhope hyung?"
V bangun daripada katil dan turun ke bawah untuk pergi ke bilik Jin. Dan ketika itu jugalah Namjoon keluar dari dapur.
V: Hyung pun bangun?
Namjoon: Aku haus.
V membuat mulut ooooo tanda faham.
V: Jhope hyung takde dalam bilik. Aku takut. jadi aku nak pergi dekat bilik Jin hyung.
Selepas itu, mereka berdua gerak ke bilik Jin dan cuma melihat Jin tidur dengan penutup mata. Oww macam princess~
V menggoyangkan bahu Jin dengan lembut.
Jin: Urghhh....
V: Hyung bangun, Jhope hilang.
Dan dengan sekelip mata Jin terduduk tegak.
Jin: Macam mana ? Yang lain semua okay tak?
V dan Namjoon hanya mengangkat bahu.
JIN'S P.O.V
"Haih diorang ni... susah betul lah. Aku jugak yang kene."
Jin bangun dan pergi ke bilik sebelah iaitu bilik dimana Yoonmin tidur.
Jin: Diorang okay je tengah tidur. Kita pergi tengok Jungkook pulak. Lepastu cari Jhope.
Ketika mereka baru sahaja ingin menutup pintu bilik, eletrik terputus. Dan ianya membuatkan Jimin dan Suga juga turut tersedar akibat kepanasan.
Suga: Panas nya... siapa tutup aircond ni?
Namjoon: Woi bangun ah. Jhope hilang.
Terdengar kata² Namjoon, Jimin segera melompat turun dari katil dan pergi ke arah mereka manakala Suga....
Suga: Oh... ok. Aku sambung tidur.
Oleh itu, telinganya ditarik oleh Namjoon.
YOU ARE READING
CREEPY BTS [3]
HorrorThis is something u shouldn't read if you're scary cat🐯 [MALAY] Highest Ranking:- #3 in Horror