***
"Sarapan pagi akan dihidangkan sebentar lagi." Itulah apa yang didengari oleh Zayn apabila dia hampir terlelap. Jam dilihatnya. Jauh lagi perjalan New York ke Malaysia.
Zayn menegakkan kerusinya apabila pramugari yang menyorong troli makanan itu hampir mendekatinya. Tiba tempatnya, Zayn memilih Nasi Lemak dan juga segelas jus oren. Nasib baiklah, yang dia naik ini kapal terbang Malaysia.
Selesai dia makan, Zayn menunggu pramugari untuk memungut bekas makanan penumpang. Sedang dia membaca majalah, seorang pramugari lalu dan terus mencapai bekas makanannya.
Zayn terpampang. Dilihatnya pramugari tersebut. Dan entah kenapa, saat ini.. hatinya berdegup begitu laju.
***
Zayn melambatkan pergerakkannya menuju ke pengambil bagasi. Dia mahu melihat pramugari tadi.
Hatinya merontah-rontah tidak mahu melepaskan padangan.
"Bidadari ke tu?" Gumamnya apabila melihat pramugari tadi melintasinya. Dan mungkin, tiada harapan lagi dia akan menjumpai bidadari tadi.
ZAYN menguap. "Haa, penatnya mata. Rehat jap." Zayn berkata dengan diri sendiri. Dia menekan butang 'sleep' pada komputer kerjanya. Blazernya dibuka, kemeja kerjanya dilipat hingga ke paras siku.
Zayn membaringkan dirinya di sofa di dalam bilik kerjanya. Baru saja dia ingin terlelap, pintunya diketuk. Zayn mengerutkan dahi.
"Zayd here."
Dah agak dah. Adiknya satu ini suka menganggu masa rehatnya. "Come in." Sahut Zayn. Zayd masuk ke dalam ofis abangnya.
"Hi. Hows everything going?".
"Hm, nothing much happen besides..... " Sengaja Zayn meleretkan suaranya untuk melihat reaksi adiknya.
Mendengar sahaja suara abangnya yang sengaja dileretkan itu membuatkan dia mengangkat muka memandang wajah abangnya sambil mata bersinar-sinar. Mesti ada cerita menarik ni.
"Apa dia?" Soalnya tidak sabar.
Zayn hanya menggelengkan kepalanya sambil tersengih, "Takde apalah,"
Eeee abangnya ni sengaja tau buat suspen ey sepak kang. Gerutu Zayd dalam hati.
"Alah along cepatlah, jangan main-main please." Rayu Zayd sambil mengoncang lengan abangnya. Gedik persis perempuan.
Zayn menepis tangan Zayd, geli. "Ok, ok. Ni along nak tanya kau, kau percaya bidadari wujud tak?" tanya Zayn.
Entah kenapa meletus ketawa Zayd apabila abangnya menyoal soalan begitu.
"Dah kau gelak pula. Tadi nak sangat along cerita, ish budak ni," Zayn melangkah ke meja komputernya.
"Takdelah, tetiba je tanya macam ni. Along dah 'jatuh' lagi ke?" Soal adiknya. Zayn hanya diam.
Aku jatuh hati lagi ke? Tanya hatinya sendiri.
"Along pun tak..tahu," Gumam Zayn.
Zayd tersengih. Dia berdiri disebelah abangnya yang sedang duduk menghadap komputer itu. Ditepuknya bahu Zayn.
"Along. Tak salah pun kalau along nak jatuh hati lagi. Angah faham along takut nak jatuh hati lagi lepas apa yang Hana buat kat along kan?" Kata Zayd cuba memberi semangat pada alongnya.
Zayn tersenyum sendiri. "Along tahu, cuma along tak pasti dengan perasaan sendiri. Lagi pula, along jumpa dia sekali je. Lepasni tak jumpa dah, she just a random strangers," Ujar Zayn.
Random strangers, seseorang yang kau jumpa dan lihat tanpa kenal hanya dalam beberapa minit dan akan lesap begitu saja. Kalau berjumpa dengan random strangers untuk kali kedua itu mungkin hanya kebetulan.
Begitu Mia bagi Zayn.
***
Jus oren ditenguk supaya menghilangkan rasa hausnya. Peluh dilap guna tuala menyangkut dibahunya. Rambutnya diikat satu. Dia memusingkan badannya tetapi dia terlanggar sesuatu menyebabkan dia menjerit.
"Danny!" Jeritnya apabila melihat dia terlanggar baldi yang diikat dengan tali lalu tali itu disambungkan dengan gayung kecil berisikan telur yang diletakkan diatas pintu dapur. Jadi apabila baldi itu dilanggar serta-merta gayung itu terjatuh.
"Apanya?" Lelaki berusia muda dua tahun dari Damia itu datang ke dapur dengan muka baru bangun tidurnya.
"Tak payah nak buat muka mengantuk, Danny. Kak tahu, Danny yang buat ni kan?!" Marah Damia. Danny terkekek-kekek ketawa dan berlari jauh dari kakanya.
"Ibu, tengok apa Danny buat kat kak!" Adu Damia pada ibunya, Puan Dania. Puan Dania terkejut melihat anak daranya yang dipenuhi telur atas kepala itu.
"Ya Allah, Ilham Danial!" Jerit Puan Dania pula. Apabila disergah begitu barulah Danny datang memohon maaf pada kakaknya.
"Eleh, lepas ni Danny buat jugak balik. Asal kak tak kerja, ada je 'benda' Danny nak kenakan kak. Kak dahlah penat nak rehat, Danny lagi buat masalah, tak faham kak dengan Danny ni," Bebel Damia sambil membersihkan dapur itu.
Danny yang berdiri dipintu dapur itu mula rasa bersalah, "Yalah, sini Danny bersihkan. Kak naiklah pergi bersihkan diri," kata Danny. Damia tersenyum menang. Memang kalau Danny, buat suara sedih sikit memang rasa bersalah budak tu.
Damia naik ke biliknya. Dibuka t-shirtnya itu dengan selamba. Sport-bra hanya dipakainya. Damia melihat bentuk tubuhnya, langsing. Dia memang seorang yang menjaga badan.
"Cis, bau telur." Gumam Damia sambil melemparkan baju itu pada bakul baju kotoran.
Beep beep!
Terdapat satu pesanan daripada Facebook Massenger. Dia membuka pesanan itu daripada rakan sebelah kelasnya dahulu.
From : Marzia
Hi, Mia! Minggu depan ada Dinner Reunion of ex Saturn Class for tiga batch terawal rasmi kelas tu. So, jangan lupa tau! Kat Galaxy Hotel, 8PM. See you there babe x.Damia menjerit riang. Wah, ada reunion! Kelas Saturn ialah kelas KRK yang pertama ditubuhkan. Jadi, tiga batch yang rasmi awal kelas itu ialah batch yang bernasib baik kerana mereka tidak perlu banyak keluarkan duit.
Masuklah batch ke4 kelas Saturn, mereka mula banyak mengeluarkan duit untuk kelas itu kerana guru yang mengurus kelas itu sudahpun berubah.
"Wah, tak sabarnya." Kata Damia pada diri sendiri.
Adiknya, Danny yang terdengar kakanya menjerit dari dalam bilik tergeleng kepala.
"Kesian kakak aku dah gila lepas kena telur atas kepala." Gumam Danny.
***

YOU ARE READING
Selamanya, cinta. [H]
RomanceApabila matanya teracap pada pramugari yang sedang menghidangkan makanan pada penumpang, saat itu lah dia rasa jodoh diantara mereka sangat kuat apabila sekian lama terpisah dari bangku sekolah. Saat itulah dia rasa, bidadari itu wujud. Saat itulah...