Chapter 3

55 4 0
                                        

***

Masuk sahaja ke dalam perkarangan lobi hotel itu. Mereka beriringan menuju ke lif untuk pergi ke ballroom hotel di tingkat 5. Keadaan menjadi kekok kerana hanya mereka berdua sahaja yang ada di dalam lif.

Nak tegur ke taknak? nak tegur ke taknak? Runsing Zayn.

Ha tegur jelah lantak apa aku. Getus hati Zayn.

"Er.. Nama awak apa?" Gugup Zayn menanya.

"Damia. Just Mia. How about you?" Soalnya semula.

"Zaihan, Zayn for short. Nice to know you," Betul tidak Zayn tipu. Hatinya betul berdegup kencang berdiri di sebelah bidadari.

Ting!

Tingkat 5 tiba.

Mereka berdua keluar daripada lift dan masuk ke ballroom secara beriringan. Mata-mata dalam ballroom itu semua teracap pada pasangan yang baru tiba itu dan diberi sorakan. Yelah mana taknya, Zayn dikenali sebagai prince beku terhadap perempuan berjalan bersama gadis idaman ramai. Damia dan Zayn rasa tidak selesa. Mereka berpecah.

Zayn mendekati kawannya, Mark. Manakala, Damia mendekati Marzia.

"Weh kau ada pape ke dengan Damia?" Soal Mark. Zayn mencebik.

"Tu la manusia zaman sekarang. Dengan pandang sekali je mulalah nak buat andaian sendiri. Aku dengan dia baru je kenal lah," Jawab Zayn terselit dengan bebelan. Mark mencebik dengan bebelan Zayn.

"You dengan Zayn tu ada apa-apa eh?" Usik Marzia. Lantas Mia mencubit lengan Marzia.

"Hesy, manada lah! I tak kenal dia pun. Dia tu siapa erk?" tanya Mia. Marzia tergelak.

"Dia tu batch pertama of Saturn Class, sebaya abang I," Jawab Marzia. Mia mengangguk faham.

"Hello and good night everyone! Thanks for coming Reunion Of Saturn Class tonight! I'm Teacher Maria, as you know." Teacher Maria bersuara di atas stage dan bercakap pada mikrofon.

Gamak ballroom tersebut dengan suara sorakan dan jeritan daripada ex Saturn Class apabila cikgu paling mereka rindu paling mereka sayang berdiri di hadapan mereka dengan penampilan yang cukup 'WOW'.

Masing-masing sudah mengambil tempat duduk masing-masing yang tertulis nama. Setiap batch ada empat buah meja, dua meja untuk lelaki, dua meja untuk perempuan. Jadi, kesuluruhannya ada 13 buah meja. Dan sebuah meja untuk para cikgu.

Zayn duduk disebelah Mark. Zayn menilau mencari dimana tempat duduk Mia. Matanya teracap pada seorang gadis sedang fokus mendengar ucapan daripada Teacher Maria. Zayn tersenyum sendiri.

Kenapa lawa sangat ni?

"Sambil-sambil kamu menjamu selera, Teacher sediakan beberapa persembahan daripada Batch pertama, kedua dan ketiga. Enjoy!" Teacher Maria turun sejurus selesai berucap.

Makanan yang sudah siap sedia terhidang di atas meja diperhatikan oleh Mark dengan penuh berselera.

"Wahhh banyaknya makanan. Semua nampak sedap-sedap siot, tak sabar nak rasa. Weh Zayn kau nak makan apa dulu?" Soal Mark sambil mata tertumpu kepada makanan. Terasa soalan sendiri diabaikan, Mark melihat Zayn yang sedang memandang sesuatu atau lebih tepat seseorang dengan penuh minat.

Mulut yang sedia terbuka untuk mencarut apabila diabaikan tertutup kembali dan digantikan dengan sengihan penuh makna apabila dia menangkap figura yang menarik minat mata Zayn.

Oohhh ni kerja kau selama ni ek Zayn, nanti kau aku bahan puas-puas. Berani lagi abaikan aku heh.

Mark berdiri kemudian dia melangkah ke figura yang Zayn perhatikan. Mark membisik sesuatu ke pada perempuan itu dan mata perempuan itu menoleh ke arah Zayn.

Mata bertentang mata. Zayn tersentak. Segera dilarikan pandangannya ke arah kerusi Mark--eh? Mana Mark? Beberapa saat kemudian, Mark duduk semula.

"Kau pergi mana tadi?" Soal Zayn.

"Aik, tak sedar ke aku bangun daripada kerusi melangkah dengan penuh bergaya ke meja perempuan yang kau syok perhatikan dari tadi? Aku siap berbisik dekat dia lagi takkan kau tak perasan? Oh lupa, orang tengah angau mana nak perasan orang lain. Ye ke dak?" Mark menyoal sambil mengangkat-angkat kening dengan senyuman yang agak misteri tu.

Zayn hanya mampu tersengih sambil mengusap belakang lehernya. Typical.

"Err obvious sangat ke aku?" Soal Zayn.

"Obvious tu tak la sangat tapi nampaklah kau tengah usha anak dara orang. HAHAHAH." Gelak Mark.

Merah muka Zayn apabila diusik sedemikian, "Ish kau ni saja je kan nak bahan aku. Dah la aku nak makan, kesian makanan dah sejuk." Sambil berkata sambil tangan mencedok makanan yang semakin sejuk ke dalam pinggan.

Mark hanya tersenyum sinis melihat kelakuan Zayn yang cuba untuk menukar topik. Nak tukar topik pon tak reti kau ni Zayn, takpe takpe kita makan dulu biar kenyang lepas perut dah kenyang baru seronok nak usik kau.

***

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Dec 17, 2016 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Selamanya, cinta.   [H]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang