Chapter 2

54 4 2
                                        

***

Zayn keluar daripada bilik air seusai mandi dengan hanya memakai tuala dipinggang menunjukkan badannya yang kekar dan berotot tersebut. Zayn menuju ke ruang wardrobenya lalu mencapai tshirt berlengan pendek dan joggerpants.

*beep*  *beep*

Kedengaran phonenya berbunyi menandakan ada sms masuk. Zayn mencapai phonenya di atas meja kecil sambil tangan ligat mengeringkan rambutnya menggunakan tuala.

From Mark :
Hai, Zayn !! Anda dijemput untuk hadir ke majlis dinner reunion bagi ex Saturn Class tiga batch terawal rasmi kelas itu. The reunion will be held at Galaxy Hotel at 8pm. So, dont forget to come. See you there !

Zayn tersenyum riang, segera dibalasnya sms sahabatnya itu.

To : Mark
Serious?! Wah, tak sabarnya aku.

Belum pun dua minit laju saja Mark membalas sms Zayn.

From : Mark
Yeap, ko jgn lupa dtg. Semua ada ;)

Kemudian, Zayn meletakkan semula telefonnya di laci meja. Dia menyandar pada kepala katil. Entah kenapa dia tiba-tiba teringatkan bidadari dia jumpa tempoh hari.

"Mustahillah kita akan berjumpa lagi kan?" Gumam Zayn sendiri.

Zayn terasa bosan, dia pergi ke ruang tamu. Kelihatan Zahirah dan ibu bapanya sedang menonton televisyen. Zayn melabuhkan punggungnya disebelah Zahirah.

"Eh, along," Tegur Zahirah. Zayn hanya melemparkan senyuman buat mereka.

"Kerja ok, along?" tanya papanya, Dato' Zainal.

"Alhamdulillah, ok pa. Tu la susah sikit kalau ada syarikat lain susah nak beri kerjsama ni." Adu Zayn pada Dato' Zainal.

"Hm, biasalah tu long." Jawab Dato' Zainal.

"Janganlah terlampau sibukkan diri dengan dunia kerja tu, along. Sampai bila along nak bujang macam ni? Dah nak masuk 30 along ni, tak kahwin lagi," Sampuk mamanya, Datin Sofia yang sedang ralit menonton drama tv3nya yanh bertajuk Penjual Karpet Jiranku.

"Sofia.." Tegur Dato' Zainal. Tidak suka isterinya mengungkit hal kahwin ini.

"Apanya bang? Sakit hati saya ni masih tersisa dengan Hana tu. Kalau saya jumpa Hana tu, saya sebat dia guna hanger besi saya tu," Bebel Datin Sofia. Bebelan itu menggelikan hati Zayn.

"Apa lawaknya long? Aish,"

"Mama jangan risau, ok? Inshaallah kalau along ada jodoh along kahwinlah. Mama ni, comel je. Haa," Usik Zayn.

"Along tau mama pun nak merasa cucu tapi sabar-sabarlah ye? Sabar tu kan separuh daripada--apa Zahirah?" Zayn menyuruh adiknya sambung.

"Daripada iman!" Dua beradik itu tergelak terus berlari ke milik Zayd. Zayd yang sedang membuat tekan tubi dibilik terkejut akibat disergah oleh dua makhluk tak tau malu masuk bilik orang tak reti nak ketuk.

Zayd bangun daripada baringannya. Dia keluar dari pintu dan masuk semula. Diulangnya berulang kali, Zayn dan Zahirah hanya memandangnya pelik.

"Kenapa ngah?" tanya Zahirah. Zayd melihat pintu biliknya yang terbuka luas. Dia membuat muka berfikir, memegang dagunya.

"Takde. Angah rasa pelik."

"Apa pelik?" Soal Zayn pula.

"Sebab, tadikan rasanya ada pintu kat sini tapi hilang secara tiba-tiba pula. Angah macam nampak dua kelibat masuk melepasi pintu angah, baru angah perasan rupanya bilik angah takde pintu nak diketuk eh?" Perli Zayd, sinis. Zahirah dan Zayn sudah terkekek ketawa.

Selamanya, cinta.   [H]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang