Part 1

46 6 4
                                    

          "Batrisyaa, Johan, Farah dan Puteri! Mari sini! Mama nak cakap sesuatu." kata Puan Lily. Mereka semua agak terkejut kerana mereka tidak pernah pun dipanggil sebegini oleh ibu mereka dahulu. Mereka hanyalah mendengar kata ibunya yang berpangkat itu. "Shh! Abah nak cakap tu. Diam!" tegur Puan Lily. "Dengar sini, semua. Mulai besok, abah dinaikkan pangkat. Oleh itu, kita akan berpindah ke Amerika." kata Encik Azman.

          "Amerika? Jauhnya!" kata Iszween. "Ya, Amerika." jawab Encik Azman. "Abah, Amerika kat mana?" tanya Farah. "Alah, banyak tanya lah kau ni Farah!" usik Johan. Farah terus mencubit bahu Johan sehingga merah. "Jap, kita akan pindah ke Omaha." "Omaha? Kat mana tu?" tanya keempat - empat mereka. "Jap. Iwin nak pergi tengok Omaha kat mana." kata Iszween sambil naik ke tingkat atas untuk membuka Macbook kepunyaan Iszween. "Omaha.." 

          "Omaha is a city in the U.S. state of Nebraska, on the Missouri River close to the Iowa border. A stop on the Lewis & Clark National Historic Trail, it's known for its pioneer history, museums and cultural centers."  Dan semestinya Iszween agak tidak memahami Bahasa Inggeris. Kemudian, Iszween membuka Google Translate.

          "Omaha adalah sebuah bandar di negeri U.S. Nebraska, di Missouri River berhampiran dengan sempadan negeri U.S. Iowa. Ia terkenal dengan sejarahnya perintisnya, muzium dan pusat kebudayaan." Selepas diterjemahkan, Iszween pun faham." Oooh, ok faham faham. Baik aku bukak fakta - fakta tentang Omaha." kata Iszween.

Fakta - fakta tentang Omaha, Nebraska

1. Muzik di Omaha lebih hebat berbanding anda.

"Muzik! Aku sukakan muzik."

2. Omaha merupakan jawapan untuk soalan anda iaitu " Dimanakah stik daging?"

"Stik! Aku adalah peminat stik daging nombor 1 didunia!"

3. Omaha mempunyai zoo yang terbaik di Amerika.

"Eee, zoo? Buang masa aku jer."

4. Pasaran di Omaha selalu mempunyai barangan baharu.

"Omaha pun ada pasar? Baik aku tak payah pindah sana. Kat KL ni berlambak!"

5. Mata anda akan terpegun melihat lukisan di sini.

"Emm, bolehla. Aku sukakan jugak seni ni. Biar ada kelas. Jangan lukisan macam apa!"

.

.

"AKU TAK NAK PINDAH KE OMAHAAAAAAAAAA!!!!!!!!"

From Kuala Lumpur To OmahaWhere stories live. Discover now