1

351 5 0
                                    

"Semua ni takkan jadi kalau bukan sebab kau!"

Kata-kata Julia terus bermain dalam fikiran aku. Aku merenung ke dada langit yang menghamparkan kegelapan tanpa kehadiran sebutir bintang pun. Sama macam kebosanan yang aku hadap sekarang. Aku mengeluh perlahan sambil mengemas baju tidur satin yang membaluti tubuh, berwarna biru lembut pemberian bekas kekasih gelapku dari Indonesia, lalu duduk di kerusi rotan di balkoni. Baru mahu menghirup milo, tiba-tiba telefon aku berdering.

"Lisa, jumpa esok dekat tempat biasa around 9 pagi, okay? Aku tunggu"

Nonsense.Belum sempat aku jawab, talian dah putus. Inilah yang dinamakan kawan baik. Alahaiii. Aku menghirup cepat milo yang dah suam,masuk bilik, tutup sliding door balkoni terus ke bilik air dan lakukan rutin harian as gadis remaja untuk kekal cantik. Aku lemparkan badan ke katil empuk bersaiz queen,disulami udara sejuk penghawa dingin yang terus ke tulang temulang walaupun dah dibaluti selimut tebal dan aku hanyut dibuai angan yang membawa resah aku pergi. Ahhhhh! Sesungguhnya bermalam dan hidup di hotel adalah ketagihanku sejak azali!

***
"Kau still tinggal kat hotel ke?",

"A'ah", balas aku malas.

"Kan senang kalau kau buat rumah kau tu macam hotel, perabot apa semua. Bazir duit kau tahu? Walaupun aku tahu duit kau setinggi gunung, alahai banyak lagi benda yang kau boleh guna selain menginap kat hotel hari-hari.", bebel Farad panjang.

"Hey, tak sama lah menginap hotel dengan ubah suai rumah jadi macam hotel. Bau dia tu yang paling penting tau!". Ada pulak suruh aku ubah suai, heh.

"Aduh malas lah aku nak cakap dengan kau yang selalu nak memang ni." Kata Farad sambil menyedut fresh orange yang dah cair aisnya dek sibuk melayan kerenah aku.

Farad. Aku start kenal Farad ni dari  Form 1 dekat asrama. Kitaorang roomate and dia asal dari selangor, samalah macam aku. So, senang lah masuk. Kami berdua memang tak suka peraturan mengarut asrama yang asyik kena on time. Kerja kerja fly memang jadi habit kitaorang tapi sumpah tak pernah kantoi. Pernah sekali ni kitaorang fly prep malam.

Kejadian ni jadi lepas balik bermalam sempena cuti pertengahan tahun waktu form 2.

"Weh aku macam malas nak pergi malam ni. Baru balik kot." kata aku sambil baring atas katil.

Kebetulan waktu tu ada lagi  sorang yang selalu lepak bilik aku,Bat. And lagi sorang roomate aku, Alya. Alya ni terjebak juga la dengan gejala fly ni.

"Alaa macam tak biasa pula kau ni. Aku on je. Alya, Bat nak join sekali tak?" kata Farad.

"Okay je wei. Homework aku dah siap semua dah." lagak Alya.

Aku terus bersila atas katil lepas semua orang dah setuju nak fly.

"So macam ni, Alya kau buat-buat demam. Bat kau jadi orang jaga Alya. Ubat demam aku banyak ni. Nanti letak je tepi bantal tu. Pengawas tu percaya je. Lagipun yang jaga block hari ni akak Humai." arah aku seakan pro. Ceh, memang pun.

"Laa kalau Humai senang sangat la,noob teruk dia tu."balas Bat.

"Aku dengan Lisa macam biasa sorok dalam locker dia. Korang tau kan locker aku. Banyak barang."kata Farad.

Loceng block berbunyi. Kami bergegas mengambil tempat masing-masing. Keadaan dalam locker sangatlah padat walaupun aku dengan Farad memiliki tubuh yang ideal namun saiz locker yang cukup cukup tu buat kitorang bergulung macam tenggiling. Fuh.

Suasana sunyi. Hanya bunyi kipas kedengaran. Aku tau ramai lagi yang fly sekarang ni. Heh. Survival skill.

"Psst, Lisa." bisik Farad.

Aku memandang Farad yang tangannya kini berada di perut. Aku boleh agak apa yang akan jadi.

"Kau jangan macam-macam duh. Ini tak lawak lah ayam!" kataku separa jerit.

"Macam mana ni tak tahan sangat dah. Tolong wei. Macam mana ni"

"Oh tuhan! Kau ni betul lah."

"Wei tolong weh. Tolong...."

"Pruuuuuuuuuuuuuit"

Hanya aku dan Farad yang boleh dengar bunyi gas yang dilepaskan Farad. Halus dan ngilu. Macam segan segan nak keluar maklumlah dah terkepit dalam locker sempit ni.

"Shit bau diaa!!!!! Bontot betul!"

"Hahahahahahaha"

Kami berdua terkekek-kekek dalam locker. Berusaha sedaya upaya supaya ketawa tak terbahak.

Tiba-tiba.

Krakkkkk.

Locker aku terbukak. Bat yang dahinya tertepek cool fever sambil bercekak pinggang sambil Alya kat sebelah memandang aku dengan Farad pelik.

"Korang berdua buat apa duh kat dalam,bergoyang goyang locker si Lisa ni." tanya Alya.

"Haaa ayokk korang buat apa ha? Hehehe." balas Bat nakal. Bat ni otak dia rosak sikit.

"Eh kau jangan nak fikir bukan bukan eh. Ni Farad ni pergi kentut dalam tu. Lawak ke sial. Hahaaha."

Farad masih dengan tawa dia yang masih bersisa. Bat menepuk bahu Farad.

"Tadi ada announcement,prep batal malam ni." kata Alya gembira.

"Jom,maggie."balas Farad.

Haaa tulah dia.Walaupun banyak lagi peristiwa yang menjadi memori antara aku dengan Farad. Inilah kenangan yang paling jijik but sangat nostalgic antara aku dengan dia.

Lagi tentang Farad. Dia ni paling memahami dan tahu semua rahsia aku. Tahu baik buruk aku dan yang paling penting dia tahu dendam aku.

To be continued...

SilamWhere stories live. Discover now