4

131 2 1
                                    

Hari ni aku nekad untuk pergi pujuk Julia, untuk buktikan kat dia yang Alif betul betul dah takda. Sebab aku sangat terganggu dengan last word dia tu. Siap masuk mimpi and aku memang tak senang duduk.

Aku tekan loceng rumah agam berwarna floral white yang teguh berdiri atas bukit. Julia memang berada. Hidup penuh mewah. Sebelum datang aku dah inform Mama and minta Mama tak bagitahu Julia yang aku nak datang. Kononya nak buat surprise. Padahal Mama have no idea yang aku dah jumpa Julia beberapa minggu lepas. Mama excited gila. Aku pun dah lama tak jejak kaki dekat rumah ni. Takde sebab aku nak pergi rumah Julia. Lagi-lagi sejak vacation hari tu.

Pagar terbuka sendiri. Aku berjalan sambil menjamah pemandangan hijau di laman rumah Julia. Ada air terjun mini sebelah gazebo di belakang laman dihiasi pelbagai tanaman hiasan dari dalam mahupun luar negara. Mama memang suka bercucuk tanam. Kalau berjalan ke laman belakang lagi, mataku akan dijamu pula dengan sebuah glasshouse ibarat dalam cerita Barbie tu. Haaa dalam tu macam macam koleksi tanaman Mama. Ada juga Mama tanam sayuran. Walaupun hidup penuh mewah tapi Mama sangat humble. Kata Mama, makan hasil tanaman sendiri lebih memuaskan dan terjamin kebersihannya.

"Lisa!! Sampai pun haaa" sergah Mama yang lengkap berapron muncul dari pintu bersebelahan laman rumah.

Aku terus peluk Mama sebab teruja dan pastinya terkejut.

" Mama! Hahaha selalu tau macam ni main sergah sergah. Tak hidup lama Lisa, Ma."

"Haish,apa cakap macam tu. Sorry lah, alaaa Lisa, gurau manja. Ni, masuk dulu meh. Mama ada buat puding Milo untuk Lisa. Masuk jom. Eiii rindunya la dekat Lisa!"

Mama merangkul lenganku dan membawaku masuk ke dalam rumah. Mataku tak pernah jemu menjamah keindahan rumah Lisa. Moden dan urban. Tinggi siling rumah Lisa membuatkan rumah tu nampak lebih besar dan luas.

Kami terus menuju ke dapur dan kelihatan puding Milo dan susu cair tersedia di atas meja. Menjadi kebiasaan Mama untuk hidangkan puding dengan susu cair sebab kata Mama puding kalau dituangkan susu cair atasnya akan menambah lagi nikmat pencuci mulut tu. Aku percaya dengan kata ajaib tu sebab dari kecil aku sudah pun mencuba hidangan Mama yang satu ni. Memang superb!

"Lisa,sekarang makan dulu buat alas perut. Sementara tunggu Cik Rozie masak for lunch bolehlah pergi bilik Julia tu. Dia ada je dalam bilik tu, tidur lagi agaknya. Hahaha, biasalah teenagers macam uolls ni kan."

"Hahaha, ye Mama. Lisa faham sangat. Mama lepas ni nak pergi shopping lah tu, kan?"

"Iye Lisa, okaylah Mama nak siap ni. Nanti kawan-kawan marah pula. Makan tau puding ni. Pergi bawa naik atas laa kalau bosan makan sorang-sorang kat dapur ni. Ajak si Julia tu. Dia pun tak breakfast lagi. Okay, Lisa. See ya. Mama pergi dulu tau " bebel Mama lantas mengucup dahi aku. Terserlah keibuannya.

***

Julia masih beradu atas katil size Queen tersergam indah dalam bilik yang sangat gah berwarna pink lembut. Walaupun jam hampir menunjukkan angka sebelas tetapi hal itu biasa bagi mereka yang seusia kami. Julia seorang yang gemar keluar malam. So, itu lagi lah tak pelik kalau dia bangun lambat.

Aku melangkah perlahan ke meja konsol sebelah katil Julia untuk letak dulang berisi puding Milo dan sekotak Dutch Lady full cream untuk sarapan Julia dan untuk alas perut aku before lunch. Aku memanjat perlahan ke atas katil yang masih banyak ruang dan baring menghadap siling tanpa mempedulikan Julia yang sedang lena.

Banyak kenangan antara kami berdua sewaktu kecil. Jujur. Aku rindu zaman kanak-kanak kami. Katil Julia ni dulu ibarat katil aku aku setiap malam. Boleh dikatakan, hampir setiap hari aku tidur rumah Julia. Kadang-kadang pasang khemah kat dalam bilik Julia semata-mata untuk kepuasan hati riang kanak-kanak Ribena dan untuk pujuk Julia supaya tidur awal untuk ke sekolah esok hari. Julia memang baik tapi penyakitnya buat aku kehilangan Julia,sahabat aku dari kecil. Aku mesti berusaha untuk pulihkan dia. Aku taknak Mama tahu yang Julia sekarang tak seimbang. Aku mesti pulihkan Julia sebelum dia bukan lagi Julia. Sedar tak sedar, heh aku pun terlelap. Katil sedap wei, katil childhood. Aku rindu.

***
Sayup-sayup aku dengar suara orang mengaji. Aku buka mata perlahan-lahan dan terus cari tingkap. Damn! Hari dah gelap. I'm suppose to have serious conversation with Julia before lunch! Mata aku masih melilau untuk cari dari mana suara tu datang. Mata aku tertancap pada sesusuk tubuh yang lengkap bertelekung. Putih,suci dan sejuk mata memandang. Aku bangun dari jaga,duduk dengan fikiran yang masih mamai dan rambut serabai. Julia yang mendengar pergerakan dari katil menghentikan bacaannya dan memberikan senyuman. Aku yang masih mamai jadi makin keliru dengan respond Julia. Beberapa ketika, Julia menghabiskan bacaannya. Dia nampak normal dan aku yang macam tak. LOL.

"Hey, Lisa. Dahlah tu tidur, siap mengigau lagi. Malam dah Lisa, dah Maghrib dah. Kau boleh solat?"

Aku terpana dengan apa yang aku lihat ni. Lembutnya suara Julia tu membuatkan aku terimbau dengan zaman asrama kami. Lenggok suara Julia yang seperti itu hanya dapat aku dengar waktu zaman asrama je. Waktu tu Julia memang baik,lembut dan tenang. Sebab dia masih ada Julnar. Aku mula tak sedap hati. Aku melihat sekilas meja konsol sebelah katil. Tiada lagi dulang ataupun sisa makanan yang tinggal.

Kriukkk.

"Haaa,dah lapar tu. Jom la turun makan."

Aku masih like ha? What is just happening duh.

"Wait, Julia. Are you okay? Is this really you,bitch" aku lantas turun dari katil dan duduk di hadapan Julia yang masih bersimpuh atas tikar sejadah.

"Hahhaha! Ye Lisa. Aku okay je. Why tho? Hahaha. Kenapa? Is it Aliff? Okay, lets just eat first, okay? Im so hungry ni. Kau lagi lah dari pagi tidur. Sekarang dah pukul berapa babe"

Aku terpana. She just like Julia in the past. Thats all.

***

Dada langit yang hitam terhampar luas menjamu pemandangan kami di laman rumah. Segelas Milo ais dan air suam terhidang di atas meja kopi.

"Lisa, you tau, I happy sangat you datang hari ni. Tadi, I terkejut tengok you tidur atas katil I. Hahhaa, macam Lisa jatuh dari langit pula. Sumpah la, I tak sedar apa-apa."

Aku bertambah hairan dengan keramahan perempuan ni. Dia macam tak cakap sorang-sorang lagi. Dia nampak normal,sangat.

"Yas, know what I tak sedar pun dah terlelap. I think you already know what I'm going to say since incident last week at the hotel."

"First, I'm so sorry for that incident mayn. I terkejut waktu tu and I'm still actually. Well you know why babe. I love him so much. More than whatever shit you can imagine. I cant accept when people keep saying that I'm talking to myself. I betul-betul nampak dia Lisa. Please Lisa, I also dont want to hilang my memory. Shit."

"Please Julia, you sakit. I dont want to lose you. Just please. Let me explain. And you please dont stop take your pill and chill."

"Okay, sekarang cerita wei apa yang jadi sebenarnya. I really cant remember anything. Satu pun."

Aku 'sirup' Milo ais dan sambung.

To be continued...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 29, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SilamWhere stories live. Discover now