"So,macam mana dengan Julia?" tanya Farad.
"Dia marah sangat dekat aku. Hem,dia tu susah betul nak terima kenyataan. Aku tak tau macam mana lagi nak explain dekat dia . Last aku jumpa dia minggu lepas."
"Kau kena yakinkan dia weh. Benda ni penting untuk kebaikan kau and untuk kebaikan dia juga." balas Farad risau.
"Ye aku tahu. Dia tu takkan tak nampak kot. Aku rasa aku bagi tau salah masa lah weh. Betul ke apa aku buat ni?"
"Apa yang kau buat ni betul. Dahlah, bagi dia masa untuk hadam semua benda ni. Okay?" kata Farad tersenyum menyedapkan hati aku.
***
Seminggu sebelum itu.
"Ding Dong,Ding Dong" loceng hotel aku berbunyi.
Aku bergegas untuk membuka pintu tanpa memeriksa terlebih dahulu melalui lubang pintu kerana tahu bahawa Julia yang datang.
"Hey babe,masuklah." kataku sambil mengiringi Julia ke ruang rehat bersebelahan dengan tingkap panjang lutsinar yang menghidangkan tetamu dengan pemandangan luar hotel serba kehijauan dek rimbunan pokok yang pelbagai. Sungguh mengasyikkan!
"So,kenapa you panggil I ke teratak you ni? Tiba-tiba je. Bukan apa, I just pelik. You bukan jenis yang suka sibuk pasal orang lain."kata Julia.
"Haih Julia,nampak sangat you dah tak kenal I lagi ni. Baru dua tahun I pindah. Hahaha, bukan tak sibuk pasal orang.I ni diam diam je sibuk pasal orang tak perlu kot kecoh kecoh." kataku sambil mencicip milo panas di atas meja.
"By the way, you tak suka rumah ke? Sebab asyik duduk hotel je." tanya Julia sambil memerhati sekeliling. Heh, aku bawa pergi rumah baru aku karang menganga kau. Tak tertutup mulut tu. Tapi aku tak jemu dengan soalan ni malah suka kalau ditanya sebab minat. Lagi satu sebab yang tanya tu Julia. Rindu.
"Hey hahaha,of course I suka rumah tapi I lagi suka duduk hotel ni. After all, semuanya sebab I suka hotel la and you ni macam sibuk pasal I je. Jaga tepi kain orang juga ye you ni." balas aku menyindir.
Julia tergelak kecil menyerlahkan lesung pipinya. Julia memang cantik.
"You know, I just have something important to tell you and this issue ada kaitan dengan you and I. So, nak tak nak I kena bagitau you since you macam tak tahu lagi pasal benda ni." sambung aku.
"Woah,sounds like serious."
"Yup,memang serius Julia, and aku harap kau sabar dengan apa yang aku nak bagitau ni. Okay?" aku jeling ke sebelah sofa, memastikan kotak tisu yang aku letak tadi ada dalam keadaan baik, heh.
"Julia,"
Julia kelihatan takut untuk mendengar apa yang aku akan sampaikan.Aku memandang ke dalam matanya dan..
"Alif dah tak da wei. Alif dah mati." Aku cepat-cepat mencapai kotak tisu di sebelah sofa tadi dan letakkannya di atas meja. Julia memandang tingkah lakuku. Matanya terhenti pada kotak tisu yang aku letak atas meja tadi.
Kemudian, dia memandang wajahku dan aku tahu dia sedang mencari kesahihan berita yang baru diterima. Wajahnya menggambarkan seribu satu persoalan yang bermain di mindanya.
"Look,are you kidding me? Kenapa dengan tisu tu? Kau ingat aku nangis la?! Ha?! Hey, Lisa! Dont lie to me. I dengan Alif baru je keluar semalam tau! And apa kena mengena Alif dalam hidup you?!" aku dah agak semua ni akan datang. So,aku pun heh,macam biasa je lah. Act cool.
"Julia, Julia, Julia."kataku sambil memegang mukanya yang bujur siri dengan kedua belah tangan sambil memerhati seluruh wajahnya yang bersih tanpa sebarang minyak,jerawat dan jeragat. Julia memang cantik tapi sayang akalnya semakin tak waras(nanti aku cerita,okay?).
"Believe me babe. Alif dah tak ada. I have to tell you this because ramai dah orang tanya I kenapa you asyik.. Hem, sorry to say Julia but orang selalu nampak you cakap sorang-sorang. Its hard for me to believe but I start to follow you last three days and its true! I terkejut since orang yang kononya you tengah berborak tu is Alif! You keep panggil dia, "Alif,jom pergi makan","Alif,I nak tengok movie","Alif,I penat". But the truth is, Alif is gone,Julia. Dia dah tak ada!"bebel aku.
Julia berdiri dan sedia untuk membidas. Urat-urat lehernya tegang dek marah yang amat.
"Habis kau nak cakap aku dah gila lah?! Hah?! Kalau Alif dah mati,bila dia mati?! Mana kubur dia?! Hah?! " nafas Julia turun naik,matanya mula bergenang dan Julia terduduk di atas lantai. She start to cry.
"Alif mati sebab accident lepas vacation yang kita pergi hari tu. Puas?! Dia dah pergi lama dah Julia. Dah lima bulan dah!"balas aku.
Julia capai tisu dan orange juice di atas meja. Dia menghirup orange juice gelojoh dan bangun menerpa aku. Matanya dijenggilkan dan aku dapat dengar dia mengetip giginya.
"Hey Lisa, you ingat eh. You ingat balik apa yang you dah buat before vacation tu. Semuanya you! You yang plan! You yang beria sangat hah! Kalau betul Alif dah tak ada its all your fault!"
Eh,dah aku pula yang kena. Cibs betul. Aku jegilkan mata aku pula and laga dahi dengan dia.
"Apa kau ni?! Kau nak salahkan aku?! Please dengar dulu apa aku nak cakap ni! Kau ni memang sama dari dulu la perempuan!"aku mula hilang sabar.
Julia tersengih sinis macam orang psyko yang terlepas dari asylum. Dia berjalan meninggalkan aku dan sebelum dia tutup pintu,her last word was..
"Semua ni takkan jadi kalau bukan sebab kau!"
"Eh. Tak guna betul. Eiiiii geramnya!" Jerit aku sambil menumbuk sofa.
Dan sejak haritu aku tak jumpa Julia lagi and her last words keep playing in my mind. Tak senang duduk nyah!
To be continued...
YOU ARE READING
Silam
Teen FictionThis cerpen bersiri 'Silam' is about a girl who really loves hotel and milo where she always being haunted by her past which involved her bestfriend too. She is struggling to help her friend from being victim of Delusional Disorder hence the main mi...