bab 1

84 12 15
                                    

Kisah bermula

"Papa! No! Jangan tinggalkan bella papa!!!" Jerit bella dalam tangisan.

"dahla bella.. tak baik nangis macam ni.. Bella kena kuat." pujuk mak jah. dia sendiri juga berasa sedih atas pemergian majikannya.

"Mak jah.. papa 'hiks' dah tak ada, papa dah tinggalkan bella, sama macam mama. 'hiks hiks' kenapa papa tinggalkan bella juga." Ujar bella dengan esakan

Ibu saudara dan kakak saudaranya hanya melihat saja bella menangis, langsung tiada hati nak memujuknya.

seketika kemudian bilik itu menjadi senyap tiba-tiba, tiada lagi tangisan dari bella.

"Bella!" Jerit mereka serentak apabila melihat bella yang tadi duduk disisi katil bersebelahan dengan arwah papanya kini terbaring tak sedarkan diri.

bella hanya terdengar orang memanggil-manggil namanya sebelum pandangannya menjadi gelap sepenuhnya.

******

Pov (bella)

Aku terbangun saat mendengar suara orang mengaji. Perlahan-lahan aku bangun dan mencapai tudungku lalu memakainya.
Aku melangkah keluar dari bilik dan turun ketingkat bawah.

Ramai orang masjid yang datang sedang membaca surah yasin sekarang ni.

'kenapa ni? siapa meninggal?'

aku menoleh ke ruang tengah dan melihat sekujur tubuh yang ditutupi kain putih berada di tengah ruang tamu, dan.. apa yang aku lihat ialah

papa!

Aku mula mengingati kejadian tadi pagi sebelum aku pengsan, rupa-rupanya aku tidak bermimpi. tanpa dipinta airmataku mula mengalir.

" bella?" Panggil seseorang dari belakang.

Perlahan-lahan aku berpusing dan melihat siapakah gerangan yang menegurku, Sebaik saja aku melihat siapa gerangan yang memanggilku tadi, aku terus memeluknya dan menangis di bahunya. dia pula menggosok-gosok belakangku untuk menenangkan ku.

"Sarah...." panggilku. sarah sahabatku a.k.a anak mak jah. Kami membesar sama-sama dan aku sudah menganggapnya seperti kakakku sendiri walaupun jarak umur kami hanya 3 bulan saja.

Sarah tiada tadi pagi kerana dia pergi ke kedai, tidak jauh dari rumah ini.

"sabar ya bella." Ujar sarah, masih menggosok-gosok belakangku.

"Papa dah tak ada.. papa aku dah takde dah dalam dunia ni..." aduhku pada sarah.

"iye bella.. aku tahu.. kita kena redah dengan ketentuanNYA, kau kena kuat, kau ada aku..ada mak jah, kami akan selalu ada dengan kau, sabar ya.." Pujuk sarah. Bella menganggukkan kepala.

"Bella.. kita dah nak pergi perkuburan dah, Bella pergilah tengok arwah papa buat kali terakhir nak." Ujar mak jah tiba-tiba.

Aku dan sarah saling melepaskan pelukan kami. Aku pandang sarah, dia mengangguk, ertinya dia menyuruhku kesana.

"Sarah.. kamu pun pergilah tengok arwah pak engku juga." Kata mak jah pada anaknya, sarah.

Aku dan sarah berjalan beriringan menuju ke arah arwah papa yang telah dikafankan. Aku dan sarah duduk di samping tubuh yang terbaring di tutupi kain putih.

Tidak jauh dari situ aku melihat mak su dan kak erina membuat muka selamba seperti tidak terkesan dengan pemergian papa, atau mungkin mereka sudah redah dengan pemergian arwah bapa.

'ya.. Mungkin' Aku cuba menyedapkan hati ku.

Aku mula bersuara. "papa.. bella redah dengan pemergian papa, bella nak minta maaf kalau bella ada buat salah dengan papa, bella janji.. bella akan jadi anak yang baik, jadi anak yang solehah." Ucapku dengan nada sebak, air mataku yang dari tadi tak berhenti-henti mengalir aku sekat Mengunakan tapak tanganku.

issabellaWhere stories live. Discover now