bab 6

45 5 5
                                    


Kringg!!!

Loceng berbunyi menandakan waktu pulang sekolah.

🌿

"Sarah, fatin.. aku nak ke tandas dulu ye.. Korang tunggu aku dekat pagar sekolah." kata bella sesampai di tingkat bawah.

"Biar aku temankan."

"tak yah la sarah, aku guna tandas depan tu je." bella menunjukkan pintu yang paling hujung.

"Okey la kalau macam tu, Hati-hati tau." pesan sarah.

"Pergi la bella, kang terlepas kat sini pula.." gurau fatin.

"Aku pergi dulu bye.." bella berlari anak menuju ke tandas.

"Kami tunggu kau kat pondok depan sekolah!"

"Ok!" jerit bella.

"Sarah jom, kita tunggu bella kat pondok." Sarah dan fatin berlalu ke pondok bas depan sekolah.

🍃

Setelah 'membuang' apa yang patut, bella keluar dari bilik tandas. Ketika bella memulas pintu tandas utama, ia..

Berkunci!

"Eh, kenapa ni." bella mula panik.

"Ada sesiapa kat luar ke?!"

bella mendekatkan telinganya ke pintu tandas. Dia mendengar bunyi tapak kaki, seperti bunyi orang berlari.

Bella mengetuk pintu dengan kuat.

"Ada sesiapa dekat luar tak! Tolong! Tolong!" jerit bella. Matanya mula berair.

******

"HAHAHAHA"

ammar menjeling Syafiq dan rahman. Mereka bertiga baru saja keluar dari kelas, ini semua sebab geng star girls.

(Flashback tadi)

Loceng sekolah berbunyi, semua pelajar berkemas ingin pulang ke rumah. Begitu juga dengan GENG SYAHMAR, Sewaktu Ammar and the geng ingin berdiri dari kerusi, mereka disapa oleh star girls.

"Hai Ammar..." sapa sarah gedik.

"Hai man.." iqah pula menyapa rahman.

"Er.. Ha..Hai Syafiq." gugup Hana.

"Korang nak apa ni?" tanya rahman.

"Kitorang nak ajak korang pergi bandar tengok wayang, nak tak?" ajak iqah.

"Kami nak main bola nanti petang, jadi tak boleh." jawab rahman selamba.

"Aah, korang pergilah bertiga, tak pun ajak budak kelas sebelah, siapa nama budak tu..."

"Roslan." sambung rahman.

"Ha! Roslan, ajak la roslan dan kawan dia sekali, si roslan kan suka dengan kau Farah, mesti mahu punya lah." ujar Syafiq.

Sarah menjeling rahman dan Syafiq.

"Eeee tak nak i, dia tu dah la budak skema, pakai spec mata besar euww..." balas Farah.

Farah mendekati Ammar. "Ammar... You nak pergi kan dengan i tengok wayang.." soal farah manja. Dia cuba memeluk lengan Ammar, tetapi Ammar pantas mengelak.

Semua pelajar sudah keluar dari kelas, sekarang tinggal mereka berenam saja.

"Ketepi, aku nak balik." kata Ammar dingin. Dia ingin berlalu tetapi farah and the geng menghalang laluannya.

"You tak jawab lagi, you nak pergi tengok wayang tak dengan i?" rengek Farah, mencuba ingin memeluk lengan Ammar lagi.

"Kan rahman dah cakap tak boleh! Apa lagi kau nak! Dan satu lagi, jangan berani sentuh aku! Dah Ketepi, aku nak lalu!" Ammar melanggar kuat bahu Farah dan iqah yang menghalang laluannya.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Mar 07, 2017 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

issabellaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang