bab 3

56 11 12
                                    


"Mak jah pun jadi pembantu rumah keluarga bella, tapi mama dan papa kamu tidak pernah layan mak jah seperti pembantu rumah, mereka anggap mak jah ni macam keluarga sendiri. Itulah mak jah berhutang budi sangat pada kamu sekeluarga." panjang cerita mak jah(khadijah).

"Betul tu bella, mak pun dah cerita dekat aku dulu." ujar sarah.

"Sekarang kami pula yang jaga bella, jadi.. Bella janganlah rasa kamu ni membebankan kami, mak jah dah anggap bella macam anak mak jah sendiri." kata mak jah.

Bella memeluk mak jah. "terima kasih mak jah, bella sayang mak jah dan sarah." bella terus menarik sarah dalam pelukannya juga, dan mereka bertiga berpelukan.

"Hah!"

"kenapa mak? " tanya sarah.

"Apa kata kita Balik kampung mak, Kampung fajar, mak ada rumah dekat sana." cadang mak jah.

"Tapi mak, kan rumah tu..."

"Tak, Rumah tu ialah rumah mak, atas nama mak, mereka tak boleh jual rumah tu kalau tak ada mak, lagi pun geran tanah, rumah semua ada pada mak. sudah tiba masanya kita tuntut balik hak kita sarah." tekad mak jah.

Mak jah mengambil keputusan kembali ke kampungnya semula. Nasib baik mak jah ada simpan duit selama dia bekerja. Mereka menaiki teksi ke kampung fajar selama 2jam lebih, nasib baik pakcik teksi itu baik hati sanggup menghantar mereka.

******

Sekarang mereka berada depan rumah mak jah yang dahulu. rumah ni seperti kena tinggal dalam jangka masa yang lama, kerana rumput di keliling rumah sudah panjang.

Makcik leha melihat ada kereta masuk kedalam kawasan rumah kasim. Dia pun menuju kearah 3orang wanita yang baru keluar dari teksi itu.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam!" Mak jah, sarah dan bella menoleh melihat siapa yang memberi salam.

"Kau ke tu ijah?" tanya makcik leha.

Khadijah(makjah) merenung makcik leha cuba mengigati siapa yang memanggilnya itu.

"Kak leha?"

"Ya Allah, ijah.. Kau pergi mana berbelas tahun menghilang."

Air mata mereka berdua mengalir saling berpelukan melepaskan rindu masing-masing.

Khadijah dan soleha dulu sangat rapat, jiran lah katakan.

"Kak leha.. Nanti saya terangkan semua ye." Leha hanya mengangguk.

Semua barang mereka telah dikeluarkan dari teksi, mak jah membayar tambang teksi dan berterimakasih pada pakcik teksi itu kerana sanggup menghantar mereka.

Setelah teksi itu keluar dari kawasan rumah khadijah. Khadijah memanggil sarah dan bella, lalu mengenalkan kepada soleha.

"Sarah, bella, ini makcik leha.. salam makcik tu.." arah mak jah.

"Panggil mak leha je.." tambah makcik leha.

Sarah dan bella menyalam mak leha."Ya Allah inilah sarah, dah besar dah sarah ni, tapi.. yang ni siapa jah? "

"Yang ini bella anak angkat saya kak." jawab mak jah tersenyum. Leha juga tersenyum, banyak dia mahu tanya pada khadijah.

"Err.. Kak leha, kasim mana?" tanya mak jah teragak-agak.

Raut wajah Mak leha berubah bila terdengar nama kasim.

"Kasim dah meninggal lima tahun lepas, kena bunuh dengan Ah long jah." jawab mak leha sebak.

issabellaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang