bab 4

38 8 5
                                    

(Pov bella)

Hari kedua kami di kampung fajar, kami nak pergi melawat kuburan arwah pakcik kasim, suami mak jah.

"Bella.. Dah siap ke?"

"Dah mak. Mana sarah mak?"

"Ada dekat luar." jawab mak jah.

"Oh.. Okey jom." aku memeluk lengan mak jah dan berjalan beriringan ke luar rumah.

Sarah yang duduk di tangga menoleh kearah kami. "Amboi dua beranak ni.. Bukan main lambat lagi bersiap, penat sarah tunggu." sarah bangun lalu memeluk lengan mak jah yang sebelah lagi. Aku dan mak jah tersenyum.

"Kamu berdua ni, lepaskan tangan mak, macam mana mak nak kunci pintu ni. Macam budak-budak!" kami berdua tersengih lalu melepaskan tangan makjah.

"Okey dah."

******

Selepas melawat kuburan arwah pakcik kasim. Mak jah, sarah dan bella menuju kewarung. mak jah kata nak bertegur sapa dengan orang kampung.

"Assalamualaikum.." mak jah memberi salam.

'banyak juga orang dekat warung ni' fikir bella.

"Waalaikumsalam!" jawab orang di warung serentak. Beberapa orang di situ terkejut melihat mak jah.

"Ya Allah.. Khadijah ke ni?" tanya seorang makcik yang dikenali makcik esah.

"Iyalah.. Khadijah kan ni?" tanya seorang lagi makcik.

"Ya, saya ni khadijah.." jawab makjah.

"Kau lari ke mana jah... Kasim cakap kau lari dengan jantan lain, tapi kami tidak percaya.. Kami semua tau kau tak macam tu." kata seorang lagi makcik yang dipanggil mak ros.

Mak jah dulu dikenali dan disenangi orang kampung kerana sifatnya yang baik hati, lemah lembut, hormat orang tua dan selalu ke masjid solat berjamaah, Sebab itu ramai yang mengenalinya.

"Panjang ceritanya kak." balas mak jah.

"Khadijah, kami balik dulu ya.. Nanti bila-bila kami singgah rumah kamu." makcik esah bersalam dengan mak jah diikuti dua orang lagi makcik.

"Ohh tak apa.. Nanti kau cerita pada kami ya. Eh siapa dua orang ni jah?" tanya mak ros.

"Ini sarah anak saya.. Yang ini pula anak angkat saya bella" terang mak jah. Bella dan sarah tersenyum kekok.

"Oh.. dah besar dah sarah ni... Dulu masih baby lagi, cepat betul masa berlalu kan. Eh duduk la.. Kamu jah kena cerita pada kami apa yang terja..."

Pak Majid memotong kata-kata isterinya(mak ros). "Kalau iya pun maknya.. Bagi la si jah dan anaknya minum ke.. makan ke dulu." ujar pak Majid.

"Iya tak iya juga, jah.. kamu nak apa?" soal mak ros.

"Bagi jah.. Teh tarik satu dengan nasi goreng kampung satu."

"Okey. Ni anak dara dua orang ni nak makan apa... " tanya mak ros lembut sambil tersenyum.

Sarah dan bella yang dari tadi mendiamkan diri bersuara. "Ermm saya nak mee goreng satu.. milo panas satu." ujar sarah, membalas senyuman mak ros.

"saya pun nak yang sama macam sarah." pinta bella tersenyum.

"Okey.. Mak ros nak pergi siapkan dulu ya." Mak ros berlalu kedapur. Pak Majid dah kedapur buat pesanan orang lain.

"Ramai juga yang masih kenal mak ye.. Sarah Ingat, dah berbelas tahun lupa dah."

"Orang kampung memang.. Lagipun kebanyakan orang kampung di sini kenal mak tau. Orang kampung di sini baik-baik belaka." kata mak jah.

issabellaWhere stories live. Discover now