" maria, macam mana dani? "
Mommy Daniel cemas bertanyakan keadaan Daniel pada Maria iaitu doktor yang merawat Daniel. Daniel pengsan di tepi jalan, mujur sahaja ada orang ingin membantunya membawa ke hospital. Daniel pengsan kerana dadanya terasa amat sakit sekali, beberapa hari ini Daniel terlupa makan ubat oleh di sebabkan sibuk menjalankan misinya agar Meera mencintai Farhan. In The End, diri sendiri yang sakit. Maria membelek belek fail rawatan Daniel, mukanya amat serius sekali. Jelas terpancar akan ada sesuatu bakal terjadi. Kemudian, Maria mengangkat wajahnya memandang mommy Daniel dan menakap tubuh wanita itu." kenapa maria, dani... okay jer... kan? "
Tanya Mommy nya cemas." dani....... err..... dani..... dah sampai satge 4 aunty, and dani dah tak banyak masa aunty "
Bagai dihempap batu Mommy Daniel rasa, Ya Allah aku tak sanggup Ya Allah. Terus pecah tangisan Mommy Daniel di dalam bilik hospital itu.
" maria akan cuba sebaik mungkin aunty"
" ya maria, tolong usahakan.... "
Mommy Daniel menghampiri ke katil Daniel. Daniel yang memakai alat bantuan pernafasan di pandang nya sayu, lalu memberikan kucupan pada dahinya. Sebak sungguh hati Maria melihat.
*****
" benda yang baik baik kita kena percepatkan, tak baik lama lama " .
Kata nenek Meera memecah kesunyian di ruang tamu rumahnya, Farhan membawa mama dan papanya berjumpan dengan keluarga Meera. Farhan ingin memiliki Meera dengan mengahwininya secara sah dan halal. Farhan tidak mahu memikir panjang lagi dan ini keputusan nya yang muktamad." yaa. saya setuju, perkahwinan meera dan anak saya akan dibuat di hotel paradise yaa, saya akan support semua oleh kerana farhan ini satu satu nya anak kami"
Papa Farhan mula bersuara menambahkan lagi kemesraan nya." saya ikut saja, yang mana baik pada anak saya baik juga pada saya, asalkan farhan dapat membahagiakan meera"
Ibu Pajira bersuara sambil merenung Farhan dan Meera di hadapan nya." of course, ibu... eh aunty.. saya akan bahagiakan meera triple double action, saya akan usahakan "
Kata Farhan kepada Ibu Pajira. Ruang tamu rumah Meera meriah dengan perbincangan antara keluarga nya dan Farhan.*****
Esoknya, selepas perbincangan perkahwinan Meera keluar untuk membeli cincin perkahwinan mereka. Meera sedang asyik membelek belek cincin tersebut kerana cincin itu amat cantik sekali.
Meera menyarungkan cincin itu pada jari manis miliknya. Ternyata sungguh sempurna. Amat padan dan sesuai sekali. Tetapi berubah air muka Meera tatkala melihat harga cincin itu. Terus buang hajatnya ingin memiliki cincin tersebut. Farhan nampak perubahan muka Meera di situ. Lalu dia pun menapak ke arah nya.
KAMU SEDANG MEMBACA
TERIMA KASIH MR.CANCER
RandomMeera Pajira seorang gadis yang selalu bebal untuk hidup melalui hari hari yang semakin pudar ini kerana adanya nenek nya yang selalu membenci , memaki , menghina ibu nya dan adik nya. Farhan Mikael, kawan Meera semenjak di bangku di kolej lagi. Fa...