Sejak dari peristiwa di tepi tasik itu, Meera sering menyendiri, tidak keluar bilik malah hanya terperap sahaja di dalam biliknya. Ibunya sudah tidak tahu menegur macam mana lagi dan keadaan Meera. Esoknya, Ibu Pajira meminta pertolongan Farhan memujuk Meera yang dalam keadaan kemurungan. Farhan mendaki tangga rumah Meera untuk ke bilik Meera .Perlahan lahan Farhan membuka pintu. Terlihat satu susuk tubuh sedang berdiri tegak di luat balkoni. Farhan memberanikan diri menegurnya ." meera..... meera..... "
Meera yang sedang mengelamun terkejut dengan kehadiran Farhan. Serta merta dia membuat muka biasa." yaa, kau buat apa.... err.... kat.. sini... dalam bilik aku? "
" aku datang nak tengok kau, ibu kau cakap kau tak makan tak keluar bilik, aku risau meera, aku datang sini terus, aku.... aku sayang kau meera! "
Meera terus memeluk tubuh Farhan dan Farhan membalas pelukan nya. Meera menangis hiba di dada Farhan melepaskan semuanya yang dia rasa sakit.
" dani sakit... farhan, kenapa kita tak tahu yang dia sakit.... kenapa kita bodoh sangat tak terfikir yang dia tengah melawan untuk hidup, kenapa!!!! kenapa!!!!!! "
Meera melepaskan tangisan yang terpendam pada Farhan." ssshhh meera, ya aku faham.... Allah yang menentukan segalanya meera, kita hanya merancang , dani cintakan kau sepenuh hati dia meera.... kau tengok la walaupun dia dah nak pergi.... dia tinggalkan aku untuk kau meera.... sudi tau kau penuhi permintaan terakhir dani, kau sudi tak meera..!!! "
Farhan mula bersuara sebak , bila bila masa saja air mata ingin turun." yaa aku sudi farhan... aku sudi"
Meera kembali tersenyum pada Farhan. Dia akan cuba terima cinta Farhan dan penuhi permintaan Daniel. Seorang lelaki yang amat mencintai dirinya sanggup mengorbankan cintanya untuk orang lain demi ingin melihat orang yang dicintainya bahagia. Inilah yang dikatakan pengorbanan cinta.
******Hari ini, Meera sudah ada semangat yang baru. Farhan mencadangkan mereka untuk menikah beberapa hari saja lagi. Meera menerima Farhan dengan hati yang terbuka, ingin mencintai Farhan sepenuh hatinya. Ingin menjadi isteri kepada Farhan yang sah dan ingin dirinya di sayangi dan ingin bahagia selamanya.
Meera memilih baju pengantin berwarna putih suci sesuai dengan kulitnya.

Farhan melihat kecantikkan Meera di hadapan nya. Gadis ini walaupun mengenakan apa sahaja pakaian pada tubuhnya tetap cantik dan menarik pandangan. Farhan tidak banyak hal tentang pakaian, dia hanya mengikut kehendak Meera sahaja. Bagi dirinya memiliki Meera sudah cukup buat dirinya. Kalau ikutkan hatinya ingin membuat perkara yang wajib sahaja, oleh kerana mama nya memaksa, dia ikutkan saja.*****
" Aku terima nikahnya Meera Pajira Binti Haydar dengan mas kahwin nya senaskah Al-Quran bersama seutas gelang tunai..... "
Esoknya, rumah Meera sudah di hiasi dengan bunga bunga mawar merah jambu dan putih. Rumahnya penuh dengan sanak saudaranya memenuhi ruangan kediaman mereka.
"meera pajira, are you willing to share your life with me? "
Farhan bertanya sekali lagi pada Meera sambil tangan nya menyarungkan cincin ke jari manis Meera. Lalu menggenggam tangan milik Meera dengan penuh kasih sayang." yes farhan, i will do to share my life with you, for the rest of my life i be with you and i love you farhan"
Meera mengucapkan ayat ini di hadapan Farhan, lalu menyalam tangan Farhan dan mengucup nya lembut. Farhan pun membongkok kan sikit badan nya mengucup dahi Meera sambil memegang kepalanya.Tanpa mereka perasan ada sepasang mata yang memerhati adegan tersebut. Perlahan lahan air jernih mengalir tanpa dia sedari. Melihat orang yang dia cinta, dia sayang akhirnya sudah menjadi milik orang lain. Dia harus kuat menghadapi adegan yang terjadi di depan matanya saat ini. Perlahan lahan Daniel menyapu air matanya lalu berjalan ke arah pasangan tersebut. Ya, Daniel harus kelihatan gembira di depan mereka berdua. Daniel menyapa mereka dengan muka yang sangat gembira.
" congratulations both of you, i feel so amazing "
Farhan dan Meera mengalih wajah pada suara yang disapa mereka tadi. Farhan bangun dan terus memeluk tubuh Daniel." thank you bro, terima kasih... aku hanya mampu ucap kan terima kasih pada kau dani, kau sanggup..... "
Belum sempat Farhan bercakap, Daniel memotong." eh dah laaa.... kau ni, today is your day bro... enjoy it!! "
" dani.. muka awak pucat"
Meera menegur Daniel." eh tak lah, muka saya memang macam ni pun, awak cantik sangat meera, bertuah farhan"
Hampir menangis Meera apabila mendengar kata kata Daniel. Namun Meera bertahan supaya tidak menangis di sini dan cuba menunjukkan wajah gembira." aku harap korang bahagia selama lamanya hingga ke anak cucu, farhan..... kau.. jangan.... l.. u.. p.. a... "
Daniel mula terasa pening dan terasa sesak nafas di dada. Tubuhnya mula merasa lemah, kepalanya di pegang, kali ini memang dia rasa seperti mahu jatuh. Perlahan lahan tubuh Daniel jatuh dihadapan Farhan. Farhan terkejut lalu cuba memegang Daniel. Meera terus panik dan menjatuhkan dirinya di tubuh Daniel." dani..... dani.. kau kenapa dani.. please bangun dani.. jangan pergi dani.. kau kena lawan dani please.... "
Farhan menahan esakan ketika bercakap kerana melihat Daniel sudah pun lemah. Kemudian, Daniel mencuba membuka mulutnya untuk bicara." kau.. kau... janji dengan aku jaga meera baik baik, cintai dia sepenuh hati kau..... kau... janji.... farhan"
Farhan sudah pun menangis di dalam pelukan Daniel tatkala Daniel membuka bicara seperti itu. Meera yang mendengar sudah pun terhinjut hinjut menangis di tepi Daniel, lalu menggenggam tangan Daniel kuat." yaa... dani.... aku janji.. aku janji! "
Kemudian, Daniel memalingkan wajahnya pada Meera.
" awak.... awak..... jaga diri baik baik... jangan lupa senyum.. jangan sembunyikan senyuman awak..... cintakan farhan sepenuh hati awak... saya takkan lupakan awak meera....sampai saya mati dan harini saat ini saya akan pergi meera..... awak..... awak...... ingat.... cinta.... bukan.... m.. i.. l.. i.. k.... saya.... tapi milik awak...... "
Kemudian, Daniel pelan pelan mengucapkan dua kalimah syahadah dan dirinya sudah pun tidak bernyawa.
Farhan lantas memeluk tubuh Daniel dan menggoncangkan goncangkan tubuh Daniel. Meera sudah pun sebak saat Daniel sudah tidak lagi bernyawa lantas berlari memanggil ibunya dan mommy daniel.*******
KAMU SEDANG MEMBACA
TERIMA KASIH MR.CANCER
AcakMeera Pajira seorang gadis yang selalu bebal untuk hidup melalui hari hari yang semakin pudar ini kerana adanya nenek nya yang selalu membenci , memaki , menghina ibu nya dan adik nya. Farhan Mikael, kawan Meera semenjak di bangku di kolej lagi. Fa...