bab12

183 2 0
                                    


" kenapa kau tak terima saja pinangan Khairil saja tadi, aku dah cari calon yang baik baik kaya lagi buat meera, kau saja nak malukan kan aku kan!!!!!! asal kau ni bodoh sangat hahhh"

Tempik Nenek Meera memarahi Ibu Pajira.

" mak tahu kan meera belum bersedia lagi, mak tak payah laa nak......"

" ehh kau diam lah perempuan, kenapa malang sungguh nasib kau nih, sejak anak haram tu ada malang sungguh nasib aku, aku benci budak tuhh!!!!"

Pertengkaran mereka dilihat oleh baby, baby terhinjut hinjut menahan esak berlari turun lalu segera keluar.Baby berlari ke rumah Daniel .Dia mengetuk pintu rumah Daniel bertalu talu.Baby menjerit jerit memanggil nama Daniel.

" abang dani, abang dani!!!"

Daniel dan Mommy nya yang tengah menonton TV tersentak dek kwrana pintu rumah mereka diketuk kuat.Serta merta Daniel bangun mendapatkan pintu.

********

" dia anak haram, dia anak kau dengan jantan lain, kau curang dengan anak aku, kau perempuan MURAHAN, SUNDAL, kau yang buat anak aku mati BODOH!!!!! arhhhhhhh!!!! aku benci kau dengan anak haram kau tu!!!!!"

Satu suara mula bersuara dan mengejutkan Ibu Pajira dan Nenek.

" BABY BUKAN ANAK HARAM NENEK!!!!"

Kemudian mereka mengalih kepada suara yang didengar oleh mereka.

Ibu Pajira menghalang Daniel dari bercakap.

"jangan dani.... "

" stop aunty, nenek must know the truth "

" baby ialah anak halal dan cucu nenek yang sah, saya ulang ANAK YANG SAH!! anak nenek yang curang dengan aunty senyap senyap dan berkahwin dengan perempuan lain, kemudian papa meera dan isterinya kemalangan dan mati tinggal baby yang selamat, ibu pajira lah yang menadah tangan untuk menjaga baby, itu pun nenek tak habis habis nak salahkan baby, nenek tak sedar lagi ka apa yang nenek buat ni???"

Daniel menjelaskan segalanya kepada Nenek dan ternyata Nenek kembai tersedar dan menangis teresak esak di dalam pelukan baby. Daniel merasa lega kerana akhirnya Nenek sudah tahu kebenaran bahawa baby bukanlah anak luar nikah.

" maafkan nenek, maafkan mak pajira , maafkan mak......"

Terdengar esakan mereka tiga beranak dan Daniel menguntum senyum kepada merek.

*********

Meera mengambil sekeping roti yang telah siap dibakar lalu menyuap perlahan lahan ke dalam mulutnya dan mengunyah nya dengan tertib.Meera terperasan suasana di meja makan harini terasa pelik, kalau tidak mesti akan mendengar neneknya dan ibu pajira bertengkar selain maki hamun yang dilontarkan. Tetapi kali ini suasana yang tenang, Meera melihat neneknya sedang menyapu mentega di atas roti bakar dan terus menyuap nya ke dalam mulut baby . Pelik, aneh sekali, sesekali Meera mengerutkan dahi, kalau tidak bukan benci orang tua tu pada baby. Kali ni main suap suap bagai, dah buang tebiat ke apa? Meera juga perasan yang ibunya juga bertukar ceria hari ini. Wajah ibunya berseri seri berbanding sebelum ini.Malah bergelak ketawa dengan nenek. Dia sudah tidak tahan dengan sandiwara ini, dia harus bertanya apa yang sudah berlaku.

" look , what's going on?" meera silap makan ka?"

Ibunya dan Nenek saling berpandangan sebelum menjawab pertanyaan Meera tadi.Neneknya mula membuka suara.

" nenek minta maaf meera, nenek tahu semua ni salah nenek, nenek yang bodoh, lepas nenek tahu kebenaran barulah nenek sedar, nenek minta maaf sayang, nenek sayangkan kamu semua"

Terus pecah tangisan nenek seraya mengungkapkan kata itu.Nenek bangun dn terus memeluk tubuh Meera. Meera membalas pelukan Neneknya dan mereka sama sama mengeluarkan tangisan.

" tak apa nenek, lega hati meera lepas nenek dah tahu kebenaran, meera pun sayangkan nenek"

Ibu Pajira juga turut memeluk mereka, turut bersama menangis.
" okay , now kita happy happy jer, tak nak ada salah faham lagi okay"

Meera berkata seraya melepaskan pelukan dari neneknya.

Nenek dan Ibu Pajira hanya menguntum senyuman dalam tangisan.

Dalam hati Meera berkata terima kasih Tuhan kerana telah menyedarkan Nenek ku kembali dan kembalikan kebahagian kami, terima kasih.

********

Mata Farhan terkebil kebil kerana terasa ada benda yang menganggu tidurnya. Kemudian terasa wajahnya disentuh oleh tangan seseorang.

Splaaashhh!!!!

Terus terbangun Farhan dari tidurnya kerana mukanya dilimpahi dengan air.Siapakah yang berani menganggu tidurnya ini.Perlahan lahan Farhan mendongak kepalanya melihat susuk tubuh di depan nya itu. Farhan memandang nya atas bawah sambil mengerutkan dahinya.

" kau apahal kacau aku dani? simbah simbah bagai "
Marah Farhan.

" what, aku kacau kau? eh bukan kau yang bertekad nak dapatkan cinta meera ke? aku just nak tolong jer, kalau kau tak nak sokay aku belah dulu , chauuu!! "
Daniel pura pura merajuk, kakinya melangkah ke pintu bilik Farhan untuk keluar.

" okay fine, aku bangun, demi cinta meera aku sanggup kena simbah air dengan kau "
Farhan segera mencapai tualanya dan segera ke bilik air.

Daniel menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah dengan ayat Farhan.
Selang 20 minit Farhan sudah bersiap sambil itu Daniel sempat melelapkan matanya di atas katil Farhan.

" now, what we are going to do bro?"
Daniel bangun dari pembaringannya.

" okay, here what you have to do, first..."

Farhan mendengar sahaja Daniel yang sedang memberi arahan. Mulut Daniel yang terkumat kamit memberi arahan kepada Farhan. Ada sesekali Farhan mengerutkan dahinya dan adakalanya mengangguk angguk kepalanya. Selepas perbincangan semuanya Daniel meminta diri untuk pulang.

" aku tolong kau supaya meera dapat jatuh cinta balik, so kau tolong jangan main main okay "

" okay, thank you so much "

" don't thank me yet, lepas kau dapat cinta meera baru kau ucap balik, okay chauu!!"
Daniel pun segera pulang dari rumah Farhan.

******

TERIMA KASIH MR.CANCER Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang