1.

1.1K 34 16
                                    

"Aduh! Sakitlah! Lain kali jalan pakai mata bukan pakai lutut!" jerit Zikqri kepada gadis itu tidak peduli akan orang sekeliling yang sedang memandangnya. "Ma...maafkan saya." kata gadis itu perlahan sambil mengutip bukunya yang jatuh bersepah di atas lantai. Zikqri bin Mohd Zamri , seorang yang sangat ego. Kalau boleh nak umpamakan ego dia lebih tinggi dari langit. Ha, bayangkan. Nak meminta maaf itu bukan hal dia. Dia sangat anti perempuan. Ramai yang sebenarnya ada hati kepada Zikqri kerana wajahnya yang kacak , matanya yang berwarna coklat membuatkan ramai gadis jatuh hati. Bukan saja yang sebaya malah yang lebih muda juga menyukainya. Tapi sayang , kerana sifatnya yang ego dan benci akan perempuan membutkan semua gadis menyimpan rasa itu.

       Zikqri berjalan ke arah port yang selalu dia dan Aiman melepak di kafe itu. Tiada sesiapa yang berani mengambil tempat duduknya itu. "Kau tahu tak tadi ada perempuan tu terlanggar aku , geram aku , kalau ikutkan hati nak je aku tumbuk muka perempuan tu sampai berkecai , acah baik!" kata Zikqri sambil mengepal-ngepal tangannya yang keding itu. "Hahahahah kenapa tak tumbuk je , takut dipandang orang ke? Kalau aku kat tempat kau , dah lama aku jadikan budak perempuan tu punch bag aku" ujar Aiman sambil mentertawakan Zikqri.

       Zikqri dan Aiman ini memang sangat terkenal sebagai dua orang mamat yang anti perempuan. Ramai tertanya-tanya kenapa mereka sangat bencikan perempuan. Pernah sekali Iman bertanyakan kepada mereka akan hal tersebut namun hanya dijawab "kisah dulu , malas aku nak ungkit , nanti makin benci aku kat perempuan."

       "Jom pergi beli makanan , aku laparlah" rengek Aiman. "Kau ni Aim kalau sejam tak makan tak bolehkan , asyik nak makan je , tapi still kurus tak faham aku heh" "Kau tahu kan perut aku ni macam aquarium kat bilik kita tu , lagipun aku kan atlet , bolehla hilangkan balik lemak yang ada dalam badan hehe rilek la aboyy" kata Aiman dalam nada cina. Muka Aiman bin Baharuddin memang diakui kacak kerana mempunyai kacukan Cina dan France. Dia juga mempunyai bola mata biru. Disebabkan itulah dia menjadi pujaan gadisdi Universiti Malaya itu namun tidak ada satu pun yang dapat menawan hati jejaka ini.

Sayang tapi benci.Where stories live. Discover now