LELAKI MAUT TERJUN HOTEL
KUALA LUMPUR : SEORANG lelaki maut apabila terjun dari Hotel Paradise pada pukul 10 pagi semalam. Lelaki ini dipercayai lari dari hotel kerana takut ditangkap berkhalwat. Wajah lelaki ini hancur berkecai apabila terjun dari tingkat lima hotel itu. Wanita yang dipercayai bersamanya memberitahu bahawa namanya Zikqri bin Mohd Zamri. Lelaki itu dalam lingkungan 20an. Mayat kini berada di Hospital Kuala Lumpur.
Mata Aiman terbungkam apabila melihat nama sahabatnya pada satu sudut kecil dalam surat khabar itu. "Innalillahi wainna ilaihi raj'iun" Tanpa sedar , berlinang air mata Aiman. Aiman kejut semua housematenya. "Korang bangunn , Zikqri dah takde" semua terbangun. Mereka turut menangis apabila membacanya. "Jom pergi hospital itu , kau dah beritahu Maira?" tanya Haikal. "Belum" jawab Aiman ringkas. "Bagi lah tahu" kata Nabil. "Okay" jawab Aiman. Dia cuba menelefon Ilyana. "Hello , Nana , Zikqri dah tiada , jadi sekarang ni saya nak awak beritahu Maira , walaupun saya tahu Maira tida menyukainya tapi saya nak dia tahu , kami nak pergi ke Hospital Kuala Lumpur , korang nak ikut?" "Ha? Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Okay okay , saya bagi tahu Maira , kami nak ikut , kami siap sekarang" jawab Ilyana terkejut. "Okay , kejap lagi kami jemput." Kata Zikqri. "Okay" jawab Maira lalu meletakkan phone. "Maira , Maira bangun" kejut Ilyana perlahan. "Ha , kenapa , hari ni cuti , kenapa kejut awal awal ni?" tanya Umairah geram apabila Ilyana mengejutnya awal pagi. "Maira , Zikqri dah tiada" bulat mata Umairah mendengarnya , terus mengalir air matanya. "Kau tipu aku kan Nana , tak mungkin dia dah pergi , tak mungkinnn jerit Umairah. "Maira , sekarang ni aku nak kau siap , kita nak tengok mayat Ziq , tenang Maira tenang , setiap yang hidup akan merasakan kematian." Ilyana memujuk Umairah yang sedang menangis teresak-esak. "Dah dah , pergi siap" kata Ilyana kepada Umairah yang sudah merah matanya. Umairah bingkas bangun dan menukar bajunya. Ilyana juga. Ilyana juga menitiskan air matanya kerana Zikqri juga salah seorang rakannya yang rapat dengannya dan dia juga sedih melihat Umairah sebegitu.Tidak lama selepas itu , kereta Aiman datang untuk menjemputnya. Ilyana melihat semua housemate Aiman ada , dan mata bengkak. Mereka pun bertolak ke Hospital Kuala Lumpur. Mereka dibenarkan masuk ke bilik mayat kerana Aiman merupakan saudara Zikqri. Sekali lagi air mata Umairah menitis apabila melihat wajah Zikqri yang berkecai. Badannya yang kepeng itu sudah teruk. Ilyana mengusap usap Umairah menenangkannya. "Aku tak sangka weh , camtu je dia tinggalkan aku" ujar Umairah. "Maira , semua ni takdir Allah kau kena terima seadanya." pesan Ilyana.
"Maira , kau nak makan tak? Jomlah sekali" ajak Nabil. "Em takpelah aku malas nak makan" kata Umairah tiada selera. "Jomlah Maira , kalau Arwah tau kau macam ni , lagi dia sedih tau tak" kata Aiman. "Jangan panggil dia arwah , aku tahu yang dalam bilkk mayat tu bukan dia , aku yakin!" kata Umairah masih tidak boleh menerima ketiadaan Zikqri. "Maira , kau tak boleh macam ni , semua ni dah tertulis di Luh Mahfuz , kau kena kuat Maira , kau kena kuat untuk Ziq" tegur Ilyana. "Tapi kenapa dia mesti tinggalkan aku macam ni , kenapa bila selepas dia berkhalwat , Nana , kenapa?" tanya Umairah bertubi tubi. "Umairah , kau yakin ke Ziq buat semua tu , dia tu baik tau walaupun nakal , aku tau dia takkan buat kerja kerja bodoh tu , aku kenal dia since we were baby , so please jangan salah sangka dengan dia , dah tertulis dia meninggal cara tu Maira , kau tak boleh macam ni , patutnya aku lebih sedih , tapi aku kena kuat sekurang kurangnya untuk Ziq" kata Aiman lemah sehingga menitiskan air matanya. "Ma.. maafkan aku Aim" kata Umairah bersalah apabila salah sangka dengan arwah Zikqri. Mereka semua pun pergi bersarapan di kafeteria hospital itu. Suasana lengang sepanjang mereka makan , tidak seperti sebelum ini kalau makan , takleh stop bercakap. Mereka sudah reda dengan apa yang terjadi. "Kau dah call parents Zikqri? Dah call Tok Ikhwan dengan Nek Nani?" tanya Kimi. "Em belum , lepas ni la aku call , tapi doktor belum pastikan yang ni Zikqri" kata Aiman. "Em kau tunggu kepastian dari doktor dulu , baru kau call dyeorang semua" kata Haikal. Umairah yang mendengarnya tertunduk. Dia menyesal melayan Zikqri sebegitu. 'Kalau aku luahkan perasaan sebenar aku pada dia , mesti aku tak rasa menyesal sangat kan hm' kata Umairah dalam hati. Selepas mereka selesai makan , mereka pun pulang. Aiman menghantar Ilyana dan Umairah dahulu.
Apabila sampai ke rumah , Umairah terus ke bilik. Umairah merebahkan badannya ke katil kesayangannya. Umairah mengeluh. Dia mengambil telefonnya. Dia membelek belek galeri di telefonnya melihat gambar gambarnya bersama Zikqri. Dia juga melihat laman Instagram Zikqri , rindu.
"Hm comelnya bila Ziq senyum , Maira akan selalu kenang senyuman Ziq tu , kalaulah Maira diberi peluang kedua untuk ucapkan apa yang Maira patut ucap , Maira akan ambil peluang tu Ziq , tapi Maira buat tu bersebab , maafkan Maira, Ziq , Maira sayang Ziq" Umairah menangis lagi. Tiba tiba keluar satu noti. Umairah membukanya. Mata Umairah membulat. "Nanaaaa! Nanaaaaa! Sini japp!" Umairah memanggil Nana setelah melihat mesej itu. "Ye Maira , jap tunggu aku" Nana terus bergegas , risau apa apa terjadi. "Tengok ni , Nana" Umairah menunjukkan mesej itu. Umairah menangis teresak esak. "Maira , kau dengarkan apa yang Aim katakan tadi , kau kena percayakan Ziq , dia takkan buat perkara macam ni , Ziq dah pergi Maira , takkan kau nak bagi dia pergi dalam keadaan kau meragukan dia? Aku yakin dia diperangkap Maira" ujar Ilyana setelah melihat gambar Zikqri dan Qeela berdua duaan di dalam hotel. Tetapi wajah Zikqri jelas menunjukkan yang dia diberi ubat tidur kerana hanya Qeela yang buka mata. "Dah , takmo nanges , ala bucuk bucuk sayang aku nii , takmo nanges dah" pujuk Ilyana. "Hm , okay , i must trust him , cukuplah aku tipu dia kan?" kata Umairah. "Hm ye ye" kata Ilyana apabila teringat yang Umairah telah friendzonekan Zikqri. Tapi Ilyana tahu Umairah terpaksa. Kalau Ilyana di tempatnya pun , Ilyana akan buat seperti itu. Tiba tiba satu lagi noti masuk. "Awak , boleh saya jumpa awak sekejap tak dekat Starbuck" mesej dari Amir Haziq. Umairah memandang Ilyana. "Aku teman , tapi aku tak duduk dengan kau , sekarang ni bahaya untuk kau duduk seorang , Amir tu bukan boleh dipercayai pun. "Hm okay" jawab Umairah. "Okay aku tunggu kau kat situ , jangan lambat aku ada banyak benda nak settle" jawab Umairah malas nak layan Amir.
"Aku tunggu sini" kata Ilyana duduk tidak jauh dri Starbuck. "Okay" kata Umairah lalu berlalu pergi. "Hai awak" tegur Aiman. "Hai , thanks sudi datang." "Sokay , memang sepatutnya saya jaga korang berdua sekarang" kat Aiman. Ilyana mengajak Aiman datang takut apa apa terjadi pada Umairah. "Heh"
"Hai , sorry lambat" kata Amir apabila sampai di Starbuck. "Sorry naik lori lah" jawab Umairah geram. "Ha , nak apa?" tanya Umairah. "Jom kahwin? Saya tahu Zikqri tu dah mampos , so bolehlahkan?" "Eh , aku takkan terima kau sampai bila bila setelah apa yang kau cuba nak buat kat aku 6 tahun lepas" jawab Umairah terkejut. "Jomlah , saya akan bagi segalnya kat awak , harta saya , jiwa raga saya" pujuk Amir. "Puih , sila meninggal dengan semua tu , saya nak balik" jawa Umairah bingkas bangun untuk pergi namun tangannya dipegang oleh Amir. "Kau jangan nak mengada , jangan sampai aku bunuh kau" kata Amir lalu mengeluarkan pisau dari kocek seluarnya. "Ey lepaslah , lepas!" jerit Umairah. "Kau lepaskan dia sekarang" jerit aiman setelah nampak adegan itu. "Heh , hero konon , jomlah lawan" "Aku tak nak tapi kau yang pinta" Aiman membuka langkah silat yang telah diajar oleh Tok Ikhwan. Akhirnya Amir kalah , namun Amif sempat menikam perut Aiman. Aiman dibawa ke hospital manakala Amir dibawa ke balai polis dan Umairah diminta untuk ke balai untuk memberi keterangan.
YOU ARE READING
Sayang tapi benci.
RomanceAku sayang kau tapi at the same time aku benci kau sebab kau perempuan.