"Ziq , apa jadi dengan 'khalwat' tu?" tanya Umairah. "Em tu , Ziq harap Maira tak salah faham , Ziq kena perangkap" kata Zikqri. "Ye takpe , Maira dengar apa yang Ziq nak kata" "Em haritu Qeela ajak jumpa , dia kata penting , Ziq pun pergilah, Sampai kat sana dia kata dia dah orderkan air untuk Ziq , tak lama lepas tu Ziq rasa pening pening and Ziq tertidur , pastu Ziq sedar sedar Ziq dan ada dekat dalam satu bilik kat hotel and Ziq naked , Ziq duduk lepas tu tiba tiba Ziq nampak Qeela pun naked and nampak macam berpura pura menangis , Ziq pun tanya dia tetapi tidak dijawb , dari situ Ziq tau yang dia dah perangkap Ziq , sebab tak lama lepas tu orang JAIS datang , so Ziq pun apa lagi , Ziq keluarlah ikut tingkap , nasib baik sempat kalau tak terpaksalah Ziq kahwin dengan Qeela tu , melepaslah Mairaa" cerita Zikqri lalu mengenyitkan matanya kepada Umairah. "Hm nasib baik sempat , Maira pun ada dapat gambar Ziq dengan si Qeela tu , mula mula nak percaya gambar tu , tapi Ilyana kata maira kena percaya Ziq , so Maira pun percayalah Ziq" "Alalalalala sweetnya Maira nii" usik Zikqri. "Ey tumbuk kang" kata Umairah sambil mengepal ngepal jarinya. "Hahahahah gurau je" kata Zikqri sedikit takut. Umairah ni bukan calang calang orang , tali pinggang hitam taekwondo nih.
"Semua dah ready ke Aim?" tanya Puan Rozaina. " Mummy pergilah dulu rumah Nana , Aim datang lambat." kata Aiman. Hari yang ditunggu Aiman sudah tiba , dia akan bertunang dengan kesayangannya hari ni. "Okaylah kalau macam tu" kata Puan Rozaina. Mereka bertolak menuju ke rumah Ilyana. Tok Ikhwan dan Nek Nani juga turut bersama , maklumlah cucu kesayangan. Family Zikqri juga turut menyertai. Sesampai sahaja di sana , mereka disambut mesra oleh ibu bapa Ilyana. "Mai lah , jemput masuk , naik je lift tu" jemput Puan Muslisa. Puan Muslisa tersenyum. Dia gembira anaknya sudah jumpa seorang yang boleh menjaganya sebagaimana dia menjaga Ilyana. Semua sudah berkumpul di atas. Segala tentang perkahwinan mereka dibincangkan waktu itu. Ilyana mununggu di swimming pool ditemani Umairah. Ilyana agak berdebar. "Lek ah , takyah berdebar sangat" tegur Umairah melihat kawannya itu diam semacam. "Hehe" tiba tiba Maklong Ilyana , Puan Nuha memanggil Ilyana untuk disarungkan cincin oleh Puan Rozaina. Ilyana yang berbaju kurung itu pun pergi ke ruang tamu. Semua ada di sana. Puan Rozaina pun memasangkan cincin ke jari manis Ilyana. Dengan itu , sahlah Ilyana sebagai tunang Aiman. Dia terseyum gembira. Mereka semua pun bergambar beramai ramai. Macam ragan ditunjukkan ketika itu. Ilyana sudah penat senyum tapi dia dah biasa so dia tak kisah. Setelah selesai sesi pengambaran , mereka pun turun untuk makan di bawah. Ilyana masih berada di atas. Menunggu Aiman untuk bergambar bersama. "Mana Aim ni Maira , lambatnya aku dah lapar ni" rengek Ilyana. "Kejap lagi dia naik la tu , ha tu dia dah mai jejaka malaya kau" kata Umairah setelah muncul kelibat Aiman. "Sorry lambat , rumah awak ni besar sangat , sesat saya" kata Aiman. "Hm yelah , cepat sikit saya dah lapoo" "Alalala siannya baby saya ni" pujuk Aiman. "Heh tumbuk kang" ugut Ilyana. Umairah tersenyum melihat mereka berdua. "Jap , saya nak betulkan tudung saya" "Okay saya nak betulkan butang baju saya"
*Bayangan sahaja*
"Okay one two three kecekikkk" itu gambar ke 89 mereka. "Nak lagi ke?" tanya Shahrul jurukamera itu. "Cukuplah tu hehe maaf" "Hoi apa yang lama sangat tu" jerit Zikqri. "Ye ye nak turun la ni" kata Aiman.
Aiman bersalaman dengan Tok Ikhwan dan nek Nani setibanya di bawah. "Alhamdulillah , dah bertunang dah cucu nenek ni , Ziq bila lagi?" kata Nek Nani lalu memandang ke arah Zikqri. "Dah nak dekat dah nek , lek lu , kita settle satu persatu ehek" jawab Zikqri lalu mengerling ke arah Umairah. "Ingat pesan atok , silat yang tok ajar bukan untuk dipermainkan , guna bila perlu , jangan kau silat Ilyana ni pula , nenek pun tak pernah kena , kalau kamu kena , Ilyana report je kat atok" "Baik tok" jawab Ilyana.
"Mummy , Daddy , ni kenalkan Umairah binti Muhd Fairul , bakal menantu mummy and daddy" Zikqri memperkenalkan Umairah. Umairah mencium tangan Puan Mariani. "Oh , kalau macam tu bila mummy boleh masuk minang?" tanya Puan Mariani tidak sabar. "Amboi awak , tak sabar nampak gayanya" kata Encik Mohd Zamri. "Tak saborla , anak kedua saya nak kahwin. Musyrif tu dah selamat kahwin dengan Hanis dah , tibalah masa anak kedua saya ni" kata Puan Mariani sambil menepuk nepuk bahu Zikqri. "Hehe next month la mummy , takut dikebas pulak Maira kesayangan angah ni" "Hahahaha okay la kalau macam tu" pipi Umairah dah merona merah. Malu apabila digelar sebegitu oleh Zikqri. "Ha tengoklah Umairah tu , dah malu dah dia , sudahlah kacau dia ngah" kata Encik Zamri. "Hehe , baru best daddy" kata Zikqri lalu hendak mencubit pipi Umairah namun dihalang oleh Puan Mariani. "Aip belum kahwin lagi , kalau betul angah sayang Umairah , angah kena jaga kehormatan Umairah" tegur Puan Mariani. "Ay ay kapten hehe"
"Hoi nanaim , tak nak ambil gambar dengan kami kaa" jerit Zikqri. "Ha mai la dari tadi cari tak jumpa" kata Aiman. Mereka pon berselfie menggunakan iphone Umairah. "Satu dua tiga cheese" mereka semua tersenyum. "Tak sangka kita nak kahwin dah Aim , dulu kitalah manusia yang paling anti kat perempuan. Tapi sekarang , paling sayang , haih parah parah" ujar Zikqri. "Em tulah , rasa cepat sangat masa berlalu , rasa nak stopkan masa pun ada" kata Aiman mengiyakan. "Ha tulah orang kata , jangan benci sangat nanti jatuh sayang , ha terimalah padahnya." kata Umairah sambil ketawa. "Masuk perangkap kita kan Umairah" balas Ilyana. Mereka semua ketawa. Namun ada yang tidak puas hati dengan mereka , lihat dari luar rumah. "Kita mesti buat sesuatu , mereka terlalu bahagia sedangkan kita menderita" "Hm betul tu"
YOU ARE READING
Sayang tapi benci.
DragosteAku sayang kau tapi at the same time aku benci kau sebab kau perempuan.