Sejak Zikqri bertemu Umairah , sifat egonya mulai kurang. Disebabkan itu dia sekarang mudah untuk meminta maaf. "Okay lah aunty , thanks bagi kami tumpang tido sini" kata Zikqri. "Alahh , nanti kamu akan tidur sini jugakk" jawab Puan Mispuwati. "Hehe" Kereta Aiman mulai hilang dari perkarangan rumah Puan Mispuwati. "Umi , boleh tak girl dengan Ilya nak keluar jap , kebosanan melandaa" pinta Umairah sambil melakonkan dirinya bagai ditiup angin ribut. "Okay , pergilah tapi make sure balik awal eh , kang abi marah" "Ay ay kapten" kata Umairah ala ala Spongebob Squarepants.
"Okay , kita nak pergi mana?" tanya Umairah yang sedang memandu. "Aku nak makan kek tiramissu crepe laa , pleasee Maiii" rayu Ilyana. "Hm yela yela , aku pun dah lama tak makan" Umairah memandu kereta ke arah Cafè Chupa Chups milik Sufiah kawan mereka yang juga merupakan kesayangan Haikal. Dah ada dua orang anak dah. Sofiyya Hairina dan Sofiy Hairi. Dua dua berkulit putih mulus mengikut papa dan mamanya. "Assalamualaikum" "Waalaikumussalam , jemputlah duduk nanti aku panggil waiter" kata Sufiah. "Okay" jawab Ilyana. Tidak lama selepas itu , waiter datang. "Ye cik nak apa?" "Nak tiramissu crepe dua dgn mocha blended and coffee" order Umairah. Dia memang penggemar coffee , ikut uminya. Sufiah muncul. "Hai , dah lama tak mai sini , rindu nak dengar celoteh korang berdua" tegur Sufiah. "Haii , hehe maaflah busy sikit , rindu kau gakk , Sofiyya dengan Sofiy mane , rindu nak tengok diorang" "Diorang kat rumah , Haikal jaga , dia cuti" jawab Sufiah. "Oh , dah lama tak jumpa dia , teringat dia tiba tiba hilang kat Universiti. Rupanya berhenti , dah kerja , pastu dah kahwin , and dah dapat anak dua orang dah sekarang , kembar pula tu , untung korang kan" celoteh Ilyana. Semua tergelak. "Hahahahah rezeki , Nana. Allah dah aturkan apa yang terbaik untuk kita. Korang berdua pon apa kurangnya. Dapat jejaka idaman UM tauu" "Hahahah apa yang idaman pun taktahulah , perangai annoying je dua dua , muka je kacak" kata Umairah. Makanan mereka sudah sampai. "Em okaylah , aku nak sambung buat kerja , byee" kata Sufiah sambil melambai lambai tangannya. "Weh , kau nak tau something tak?" tanya Umairah. "Pediaa?" jawab Ilyana tidak sabar. Umairah menceritakan segalanya yang terjadi malam tadi. "Ya Allah baiknya kau maafkan dia , kalau aku lah kan , takde maknanya" kata Ilyana setelah mendengar cerita Umairah. "Tadelah , aku malas nak gaduh , btw aku kenalah percaya dia , Qeela kot yang buat , takkan aku nak percaya perempuan tu kot , kalau kau kau percaya ke Qeela tu? Tak en" jawab Umairah panjang lebar. "Aah kan , tapi aku tabik spring ah kat kau , senang ja maafkan Ziq tu" jawab Ilyana. "Hahahah aku kena lah pupuk rasa percaya tu dalam diri aku , kalau tak macam mana nak hadapi masalah lepas kahwin , kita kena fikir jauh Nana" pesan Umairah. "Baik boss" jawab Ilyana. "Dah lah jom balik , kang Tuan Fairul aku marah hahahah" kata Umairah. Sebelum pulang , mereka berjumpa dengan Sufiah dahulu. Sufiah menghulurkan sekotak kek crepe untuk mereka. Dia tahu sahabatnya itu sangat minat dengan kek crepe ni. "Thanks mokcik , sayang kau" "Sama samaa" Ilyana dan umairah pun berlalu pergi.
Hari demi hari berlalu dengan pantas. Sudah tiba tarikh yang ditunggu oleh Zikqri , Aiman , Umairah dan Ilyana. 20 November 2020. Tarikh keramat mereka. Aiman dan Zikqri sungguh berdebar. Mereka akan memikul beban yang besar. Mujurlah Umairah dan Ilyana ini bertudung dan solehah walaupun kelihatan brutal. Semua sudah bersedia di ruang tamu rumah agam Encik Fairul dan Puan Mispuwati. "Aku terima nikahnya Umairah binti Muhd Fairul dengan mas kahwinnya RM26.90 tunai" "Aku terima nikahnya Ilyana binti Anuar dengan mas kahwinnya RM22.12 tunai" "Sah!" Dengan hanya sekali lafaz dalam sekali nafas , mereka berempat sah bergelar suami isteri. Aiman dan Zikqri melakukan solat sunat serta sujud syukur menandakan kesyukuran mereka kepada Ilahi kerana telah dikurniakan pasangan hidup yang terbaik iaitu Umairah dan ikyana. Aiman dan Zikqri memasangkan cincin ke jari manis buah hati masing masing. Zikqri menyatakan rasa sayangnya kepada Umairah ketika mengucup dahinya. Umairah menitiskan air matanya , bersyukur. Ibu bapa mereka juga turut menangis.
YOU ARE READING
Sayang tapi benci.
RomanceAku sayang kau tapi at the same time aku benci kau sebab kau perempuan.