Sewaktu Zikqri dan Umaurah dalam perjalanan pulang , mereka terlibat dalam kemalangan. Zikqri sempat call Aiman. Aiman yang call hospital untuk menghantar ambulans ke tempat kejadian. Dr Nazmi mengatakan bahawa Zikqri cedera sahaja manakala Umairah kritikal. Umairah sudah mengandung 8 bulan. Tidak lama selepas Zikqri tersedar Dr Intan bertanya kepadanya "Isteri awak sudah kritikal , awak perlu memilih antara Isteri awak atau anak awak" Zikqri buntu tidak tahu hendak pilih yang mana , dua dua orang tersebut amat disayanginya. "Em saya pilih isteri saya" kata Zikqri dengan berat hati. "Okay" Kalau Umairah tahu pasti dia dimarahi. Dia memilih Umairah kerana , Umairah tiada gantinya , anaknya in shaa Allah ada rezeki boleh dapat lagi. Dr Intan pergi untuk menjalankan pembedahan terhadap Umairah.
Setelah 5 jam , Dr Intan keluar dari bilik bedah. Zikqri , Aiman dan Ilyana melulu ke arah Dr Intan. Muka Ilyana sudah sembap. "Maafkan saya" kata Dr Intan sambil tertunduk. "Kenapa doktorr??!!" Sergah Zikqri. "Maafkan saya sebab saya tak dapat nak tunaikan permintaan awak" "Kenapaa??" tanya Ilyana. "Saya dapat selamatkan kedua duanya hehe" kata Dr Intan bergurau , dia sudah biasa dengan Zikqri ni. "Alhamdulillah" Zikqri sujud syukur lalu menangis. Dia gembira. "Cuma Umairah dalam keadaan yang sangat lemah. Awak kena betul betul jaga dia. Jangan bagi dia buat kerja banyak sangat. Jangan bagi dia penat lansung , kalau tak tekanan darah dia turun mendadak. Kalau jadi macam tu , terus bawak sini. Makan dia kena jaga. Means awak kena treat her like a queen. Okay?" pesan Dr Intan. "Okay boss" kata Zikqri. "Jaga dia elok elok , itupun kalau awak betul betul perlukan dia dalam hidup awak" kata Dr Intan sebelum berlalu pergi. Zikqri memandang sahaja Dr Intan. Terpaku mungkin dengar apa yang dikatakan oleh Dr Intan.
Zikqri dan Umairah menamakan anak mereka Fatin Humaira dan Fudhael Zikri. Kembar juga ni , sama macam anak Haikal dan Sufiah. Zikqri memohon cuti daripada Dr Nazmi untuk menjaga Umairah. Zikqri sangat menjaga Umairah. Kadang kadang Ilyana dan Aiman juga datang ke rumah untuk melawat Umairah. "Awak , takpelah , Maira boleh buat , sikit je nii" kata Umairah. "Tak bolehh , saya tak nak awak sakit , saya tak nak awak pergi dari hidup saya" kata Zikqri. "Takpelahh , i'm not a kid laa , pls let me do what i want if u love me" kata Umairah. Zikqri terdiam. Dia sayangkan Umairah tapi dia tidak mahu Umairah pergi dari hidupnya. Sejak dari itu Umairah yang membuat kerja walaupun sudah berulangkali ditegah Zikqri. "Awak , kawan awak tu memang degil eh" tanya Aiman. "Hahahah dia memang degil gilaa , kalau orang tak kasi dia buat pape mulalah memberontak , tapi saya dah masak dengan perangai dia ni hehe" jawab Ilyana. "Ohh , patutlahh" kata Aiman.
"Haih penatnya wak" kata Umairah lalu membaringkan dirinya di atas peha Zikqri. "Haa awak okay tak ni , jom pergi hospital" kata Zikqri cemas. "Awak , kalau Maira dah takde nanti jaga girl dengan boy elok elok eh , jaga diri awak juga , sebab Maira dah takde waktu tu untuk awak , jaga solat , jangan sedih kalau Maira dah takde nanti , sebab Maira kan milik Allah , jaga rumah ni elok elok , ni kan hasil duit kita hehe , selalu lah doakan Maira kat sana." kata Umairah , macam wasiat terakhir pulak. Empangan di mata Zikqri penuh. "Apa awak cakap ni , awak okay je , jangan risau , tapi jom pergi hospital dulu" kata Zikqri sambil mengusap kepala Umairah. Muka Umairah pucat. "Takpelah wak , Maira tau ni hari terakhir Maira hidup , Maira nak bersama dengan awak hehe" kata Umairah pucat. "Awak jangan lah macam nii , jom kita pergi hospitalll" "Takpe wakk , boleh tak awak bawa girl dengan boy , saya tak larat lah nak pergi sana hehe" pinta Umairah. "Okay okay , awak tunggu Ziq tau" "Ye , saya tahan selagi mampu" kata Umairah. Zikqri terus berlari mendapatkan Fatin dan Fudhael. Tidak lama selepas itu Zikqri muncul. Zikqri bersyukur Umairah masih bernafas. "Awak , ni girl dan boy" Umairah menyambut dan melihat kedua dua anak kesayangannya. "Girl , boy , jaga papa elok elok tau , mama dah takde lepas ni , kuat selalu tau , belajar elok elok , ingat mama dalam doa girl dan boy" bisik Umairah kepada Fatin dan Fudhael. Kemudian Umairah memeluk kedua dua anaknya itu erat lalu baring semula ke peha Zikqri. Akhirnya empangan di mata Zikqri pecah. Dia tahu isterinya itu akan meninggalkannya sebentar lagi. Dia sudah reda. Dia melihat wajah isterinya itu. Dikucupnya perlahan. Dia menyuruh isterinya itu mengucap. Umairah berjaya mengucap. Tidak lama selepas itu , Umairah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Zikqri reda. Fatin dan Fudhael masih dalam dakapan Umairah. Zikqri membiarkannya. Zikqri menelefon Ilyana. "Nana , aku harap kau dapat bersabar , aku ada berita untuk kau" kata Zikqri setelah panggilannya dijawab. "Ape diaa" "Maira dah pergi tinggalkan kita , dia kata dia penat , aku nak bawak dia pergi hospital gapi dia tak nak , dia tau ni hari yang terakhir" kata Zikqri. "Kau tipu aku kan Ziq , cakaplah kau tipu akuu" kata Ilyana tidak dapat menelan apa yang dikatakan. "Betul Nana , aku tak tipu , maafkan aku Nana" Zikqri meminta maaf. "Aku dengan Aiman datang sekarang" kata Ilyana. "Awak , Maira dah takde , jom pergi rumah Zikqri sekarang wak , cepat wakk" kata Ilyana. "Haaaa?? Ye ye , jom" Aiman terus memecut laju keretanya itu. Tidak lama selepas itipu mereka sampai di perkarangan rumah Zikqri. "Masuklah" Aiman dan Ilyana pergi ke arah Umairah. Kelihatan Fatin dan Fudhael masih dalam dakapan Umairah. "Kau tanak ambil Fatin dengan Fudhael ke?" tanya Aiman. "Aku nak bagi dyeorang rasa pelukan mama mereka yang terakhir" kata Zikqri. "Kau dah call parents dia dengan parents kau belom nih?" tanya Aiman. "Belom , kau callkan boleh tak?" Zikqri menghulurkan telefonnya. Aiman menelefon semua kekuarga terdekat. "Kau sabar eh Ziq , semua ni kan milik Allah" pesan Aiman. "Ye , aku reda , sekarang ni kau kena tenangkan isteri kau , kesian dia" jawab Zikqri. Aiman pergi ke arah Ilyana. "Awak , jangan la macam ni , saya tahu saya tak berada di tempat awak , tapi awak kena ingat Maira ni milik Allah sayang , kita kan tak boleh meratapi pemergian seseorang tu , kita kena reda dengan ketentuan Ilahi sayang" pesan Aiman. Ilyana berhenti menangis. Dia terdiam. Matanya sangat merah dan sembap. "Tapi wak , dia je satu satunya kawan yang saya ada , dia orang yang paling faham saya , dia yang tahu bila nak gembirakan saya dengan lawak bodoh dia tu" kata Ilyana. "Ge saya tahu , tapi awak kena kuat , awak nak ke dia menangis tengok awak yang bersedih ni?" "Hm okay" jawab Ilyana perlahan.
Setelah tiga hari tahlil dibuat , Zikqri berehat di rumahnya. Zikqri diberi cuti oleh Dr Nazmi. "Girl , boy , jadi anak yang baik ye sayang , dengar cakap papa , jangan buat benda yang melanggar perintah Allah , nanti mama tengok mama sedih" pesan Zikqri kepada Fatin dan Fudhael. "Aih girl , muka girl memang sebijik macam mama girl , cantik , pipi gebu sangat , mata shining" Zikqri mengucup dahi Fatin. "Awak ni boy memang sebijik macam muka papa kann , muka berkarisma gituh hehe" kata Zikqri lalu mengucup Fudhael juga. Fudhael sudah terima pemergian Umairah dari hidupnya dan dia berjanji dia tidak akan mencari pengganti Umairah kerana sesungguhnya Umairah tiada pengganti. 'I love you sayang'
YOU ARE READING
Sayang tapi benci.
RomanceAku sayang kau tapi at the same time aku benci kau sebab kau perempuan.