"Weh , kenapa kita baik sangat eh dengan minah dua ekor tu?" tanya Aiman kepada Zikqri yang sedang jalan menuruni tangga. "Em tulah aku pun terfikir tadi masa mandi shower hehe. Mungkin kita boleh terima diorang sebagai kawan kot" "Aku pun rase macam tu , tapi kawan je eh" ujar Aiman.Zikqri pergi ke dapur untuk membancuh kopi yang sudah biasa diminum olehnya dan Aiman pada tengah malam begini. "perghhh kopi kau memang kaw kaw lahh , kopi feveret nii" "Heh kau bab memuji ni memang nombor satu , tapi untuk dapatkan apa yang kau nak lah kan." "Ehhh mana adaa , kau memang terbaik la ziq , aku kenal kau dari kecik , pandai masak , kalau bab bab photographer ni memang aku cari kau je , atlet bola sepak pulak tu , akademik takyah cakap la mmg umphh cehh" "Dah dah , melalut la kau , ni mane nabil dengan kimi ni , tak balik balik lagi , dah tengah malam dah ni" tanya zikqri. "Dyeorg tu mesti la lepak dengan awek awek dyeorg tu , macam la kau taktau" "haih tak faham aku dengan orang yang sayang sangat kat awek ni , jadi macam aku baru tau" teringat Zikqri akan memori pahitnya.
'Hari ni hari bahagia , nak sambutlah dengan dia , mesti dia ingat punya' Zikqri dengan hati yang gembira membonceng motor ke restoran yang selalu dia dan Qeela pergi. Sesampai sahaja di restoran itu , Zikqri parking motornya di tempat yang disediakan. Zikqri terlihat kereta Qeela , Zikqri teruja. Ketika sebelah kakinya melangkah masuk ke restoran itu , dye melihat seorang lelaki sedang memegang erat tangan seorang perempuan di meja yang selalu diduduki olehnya dan Qeela. 'Qeela ke tu? Mana mungkin! Tak mungkin dia bersama lelaki lain! Takkan dia tak ingat tarikh bersejarah ini!' Jerit Zikqri dalam hati. Zikqri kemudiannya bergegas menuju ke arah mereka dan menampar mereka berdua. "Kurang ajar kau , aku mati mati percaya kau , sayang kau , cintakan kau , tapi kau buat aku macam ni , aku ingat aku akan bahagia hari ni rupanya hari sial! Tak sangka kau sanggup buat aku macam ni , Qeela , terima kasih!" ujar zikqri lalu pergi meninggalkan Qeela. "Zikqri! Zikqri!" panggil Qeela namun tidak diendahkan Zikqri. Zikqri membonceng motosikalnya dengan laju tanpa dia sangka air matanya sudah mengalir di pipinya yang cengkung itu. Itulah kali pertama dia menangis kerana wanita yang bukan darah dagingnya. "Pammmmmm!" Motosikalnya dilanggar lori kayu balak. Orang ramai menghubungi polis dan hospital untuk mendapatkan rawatan.
Zikqri dibawa ke hospital oleh rakan baiknya , Aiman. Aiman menangis teruk di luar bilik Zikqri kerana dia takut dia akan kehilangan sahabat baiknya. Doktor keluar , "Kawan awak tidak stabil lagi , dia cedera parah , tulang kakinya retak kerana dihempap kayu balak , otaknya pun mengalami kecederaan , dia mempunyai potensi untuk mengalami amnesia" Aiman terduduk apabila mendengar apa yang dikatakan doktor. "Bersabarlah , Tuhan sentiasa ada , berdoalah untuk kawan kamu ini" kata Doktor Intan. "Terima kasih doktor" ucap Aiman. Sepanjang Zikqri ditahan di hospital , Aiman tidak pernah jemu untuk berdoa kepada Allah , memohon supaya rakannya itu sembuh.
Selepas tiga bulan , doktor mengesahkan bahawa Zikqri sudah stabil dan boleh dibawa keluar , namun Zikqri tidak boleh stress bimbang penyakitnya datang semula. Sejak itu , dia berasa sangat benci kepada perempuan. Kerana perempuan hidupnya menjadi sial! "Plak plak plak! Hoii kau kenape termenung siaa , aku petik jari 100 kali rasanya tak sedar sedar , kau fikir ape haa?" tanya Aiman kebingungan melihat Zikqri yang dari tadi termenung. "Ha? Tade pape , teringat mak ayah aku kat London tu ha. Tah ape khabar dyeorg kat sana" jawab Zikqri tersekat sekat. "Telefonlah dyeorang , haih la kau ni" "Takpelah , dah malam ni , okaylah aku nak tidur , bai" jalan Zikqri ke biliknya untuk mengelat dari Aiman. 'Fuhh , nasib baik tak tertangkap , kalau tak mati aku' bisik hati kecil Zikqri tau kerana dia telah berjanji untuk tidak lagi memikirkan hal itu.
YOU ARE READING
Sayang tapi benci.
RomanceAku sayang kau tapi at the same time aku benci kau sebab kau perempuan.