"Wa Kawin Muda Woah!"
2012 © All Rights Reserved
Sebelum saya memulakan cerita saya ini, saya ingin memohon maaf jika cerita yang saya buat ini ada sedikit persamaan dengan cerita-cerita anda ( kalau ada lah ) atau sesiapa sahaja. Begitu juga jika ada kesalahan tatabahasa atau ejaan kerana saya buat cerita ini untuk suka-suka sahaja. Ini adalah cerita pertama ciptaan saya. Kalau membosankan, komenlah kepada saya untuk memberi cadangan kepada jalan cerita yang boleh membuatkan cerita ini menjadi lebih menarik untuk dibaca. But don't forget....
Dedicated to Bernadette38
Vomment...!!!
Vote + Comment = Vomment...~
####################
Prolog
Yes! Hari ni aku boleh mandi sungai!
Akhirnya, setelah bertungkus-lumus aku bertempur di dalam dewan peperiksaan selama dua minggu, aku telah berjaya mengharunginya. Walaupun hanya peperiksaan akhir tahun, ujian ini juga penting dalam hidup aku. Nasib baik mak kasi main air, kalau tak melepaslah aku. Tu pun setelah aku mengekori ke mana saja mak aku pergi. Kalau dia masuk bilik air, aku tunggulah sampai dia keluar. Begitu dramatiknya aku hanya kerana nak mandi sungai. Inilah hidup sebagai orang kampung. Kalau tak mandi sungai, pergi tangkap burung kat dalam hutan.
Mana geng-geng aku yang lain eh? Ish, lambat pulak si Budin, Hamid, Ah Chong, dan Gopal ni. Selalunya, kalau aku ajak mandi sungai laju je diorang ni. Argh, takpelah. Aku main air dululah.
Eh, apa benda tu? Jap, jap, jap. Eh, human bodylah! Ish, merepeklah aku ni. Manusia tu beb! Macam lemas je. Baik aku tolong budak tu.
Ayoyo, beratnya budak ni. Macam mana ni eh? Eh, tu pon diorang. Nasib baik diorang sampai tepat pada masanya. Kalau tak, satu kerja aku nak angkat budak ni.
"Wey, korang! Sini! Tolong aku angkat budak lelaki ni sekejap!" kataku sambil menjerit.
"Dey, Endy. Siapa ni?" tanya Gopal.
"Entahlah. Aku pun tak kenal. Korang semua tolong aku angkat budak ni dulu eh. Lemas aku rasa budak ni kalau tengok keadaan dia sekarang," balasku bernada cemas.
Budak lelaki itu terbatuk-batuk kecil setelah kami mengangkatnya ke tebing sungai. Keadaannya sungguh lemah.
"Engkau okey tak? Rumah kau di mana? Meh, kami semua hantar kau balik rumah," tanyaku kepada budak itu.
"Aku rasa I'm fine. Rumah aku yang ada dekat hujung lorong Haji Awang tu. Kalau tak jumpa, kau bagitahu je nama aku Hamdan. Ada lah orang yang kenal aku nanti," Hamdan bersuara lemah dan terketar-ketar.
"Baiklah, korang. Aku kira sampai tiga, kita semua angkat saing-saing. Satu, dua, tiga, angkat!" kataku sambil mengesat peluh yang mula memercik di dahi ketika mengangkat si Hamdan ni. Cuaca pon agak panas. Memang sesuai untuk bermandi-manda. Tapi, apakan daya. Manusia hanya boleh merancang, Allah yang menentukan. So, Allah dah tentukan yang aku akan berjumpa dengan seorang budak lemas di sungai.
Ya Allah! Besarnya rumah dia! Ni kalau nak cari senang sangat. Dari jauh pun dah boleh nampak. Tapi, kenapa aku tak pernah nampak pun rumah ni? Mungkin sebab mak aku tak kasi aku jalan jauh-jauh dari rumah kot. Lagipun, aku tengok rumah ni macam baru buat je. Tapi, betol ke rumahnya ni?
"Budin, kau letak tangan dia dulu. Lepas tu, kau cuba tekan loceng tu," arahku kepada Budin.
Ding dong!
"Ya ampun, tuan muda Hamdan! Ngapain bisa jadi begini sik!" kata seorang bibik berloghat Indonesia yang tiba-tiba keluar dari rumah agam tersebut.
Kami mengangkatnya hingga ke katilnya. Berat juga eh budak ni walaupun kami mengangkatnya beramai-ramai.
"Perlahan-lahan ya," kata bibik Indon tadi yang kedutan di mukanya masih tidak hilang-hilang lagi semenjak mendengar berita si Hamdan ini. Risaunya dia dekat Hamdan ni.
"Hamdan, bik. Kami semua pulang dulu ya," kata Ah Cong setelah beberapa minit kami berada di situ.
"Erm, hati-hati ya kamu semua," bibik kepada Hamdan itu menjawab.
Ketika aku menoleh ke arah pintu, aku merasakan ada sesuatu yang menarik bajuku dari arah belakang.
"Thanks," tuturnya lemah.
####################
This is just the prolog. Okey ke tak ehh? Apa pun, komen ya..!
YOU ARE READING
Wa Kawin Muda Woah! (ON HOLD)
RomanceFelina dan juga Daniel yang masih bersekolah telah dipaksa berkahwin oleh keluarga masing-masing untuk merapatkan lagi persahabatan antara ibu bapa Felina dan ibu bapa Daniel. Pelbagai cara telah mereka lakukan untuk membatalkan perkahwinan tersebut...